Tuesday, 10 July 2018

Percutian Ke Bandung - Tips dan Panduan


Percutian Ke Bandung - Tips dan Panduan
Glamping Area Bandung



PERCUTIAN KE BANDUNG

Kali ni Mat Drat nak berkongsi sikit mengenai trip Mat Drat bersama family ke Bandung.
(cerita sahaja dahulu... gambar sedikit hari baru Mat Drat upload ye)

Macam biasa lah, kalau trip family ni....biasa last minit baru plan. Dah dapat confirm jadual cuti semester salah seorang anak, baru Mat Drat boleh decide berapa hari nak bercuti dan nak bercuti kemana. Dalam 2 minggu Mat Drat settlekan semua , buat itinerari dan buat booking apa yang patut (hotel dan transport).

Masa nak decide tempat nak bercuti tu pun sebenarnya berbelah bagi sama ada nak ke Bangkok atau Bandung...

Beberapa bulan sebelum ke Bandung ni, Mat Drat dah ke Bangkok dengan rakan-rakan, jadi  macam teringin ke Bangkok pula bawa isteri dan anak-anak. Tapi pada masa sama terasa macam nak ke Bandung pula sebab Mat Drat ada seorang kenalan di Facebook yang buat biznes transport di Bandung, selalu dia invite Mat Drat melawat Bandung dan selalu lihat dia share trip-trip yang dia bawa pelancong dari Malaysia... Selalu terlintas di fikiran... "Menarik juga Bandung ni!!"

Tapi pilihan mana nak pergi, Mat Drat bagi pada isteri yang pilih....

Isteri kata..."Kita pergi Bandung la, sebab abang dah pergi Bangkok kan baru ni, kesian pulak abang kalau pergi Bangkok lagi..."

Nak baca Trip Mat Drat ke Bangkok, boleh baca di link ni...
Sebelum Mat Drat cerita panjang....Nak bagi tahu yang Bandung ni best sebab ada percutian tanah tinggi, ada kawah gunung berapi , ada taman tema yang murah, dan orang kata syurga membeli belah... !! dan Mat Drat kenal sorang kawan yang dah 3 tahun turut-turut dia bawa family bercuti ke Bandung!!


PENERBANGAN KE BANDUNG

Penerbangan Kuala Lumpur - Bandung


  • Bila dah pilih destinasi, tugas utama kenalah cari tiket dulu. Nasib  tak berapa baik, waktu tu tak ada sebarang promosi dari Air Asia atau pun Malindo. Jadi terpaksa beli return tiket lebih kurang RM 500++ seorang. Agak mahal  sebenarnya sebab kalau waktu promosi, boleh dapat lagi murah. 
  • Mat Drat ambil penerbangan AirAsia awal pagi (6:30AM) dari Kuala Lumpur. Dan tiba di Bandung jam 7:55AM selepas 2 jam 25 minit penerbangan.
  • Pesawat akan mendarat di Hussein Sastranegara International Airport, Bandung. Ia International airport cuma agak kecil, kecil dari airport Langkawi atau airport KK/ Kuching.


  • Untuk ke Bandung, hanya AirAsia dan Malindo yang menawarkan penerbangan Kuala Lumpur - Bandung ye.

  • Ada 2 penerbangan sehari oleh AirAsia, boleh pilih penerbangan
    •  6:30 am ( sampai Bandung 7:55am) atau 
    •  6:10 pm (sampai Bandung 7:35pm)
  • Malindo pun ada tawarkan penerbangan, boleh pilih penerbangan
    •  8:05 am ( sampai Bandung 9:20am) atau 
    •  12:05 pm (sampai Bandung 1:20pm)
  • Malindo ni untung sikit kalau dapat tiket murah sebab tiket dah termasuk baggage allowance. Maklumlah pergi Bandung ni mesti banyak shopping punya.
  • Penerbangan ambil masa 2 jam 25 minit ( Malindo = 2 jam 15 minit). Dan waktu di Bandung lewat 1 jam ye berbanding Kuala Lumpur.

Jom layan gambar sikit....


Percutian Ke Bandung - Tips dan Panduan
Penerbangan KL - Bandung
Bangga sorang ni sebab masih tak tidur.
Yang lagi 3 hujung tu dah tertidur. Maklumlah, 3am dah gerak dari rumah.

Percutian Ke Bandung - Tips dan Panduan
Tapi akhirnya tewas jugak....terlentok jugak..

Percutian Ke Bandung - Tips dan Panduan
Turn abang n kakak dia pulak berjaga...


Percutian Ke Bandung - Tips dan Panduan
Pesawat mula menghampiri Bandung....Kelihatan gunung ganang...

Percutian Ke Bandung - Tips dan Panduan
Pesawat bersedia mendarat. Nampak kepadatan Bandaraya Bandung

Alhamdulillah...safely landed

Percutian Ke Bandung - Tips dan Panduan
Rombongan Mat Drat...

Belakang tu airport Hussein Sastranegara International Airport
 (Gambar tak rotate)


Penerbangan Balik Bandung - Kuala Lumpur

  • Okey, untuk penerbangan balik, Mat Drat ambil penerbangan sebelah petang (malam).  
  • Nak ambil penerbangan 8:00 am ke Kuala Lumpur rasanya awal sangat, jadi Mat Drat ambil penerbangan sebelah malam - 8:00 malam. Lagipun ambil penerbangan sebelah petang, kita dapat lagi 1 hari jalan-jalan di Bandung.

TRAVELOKA LAH MURAH !!
HOTEL DAN FLIGHT


Bagasi 
  • Penerbangan Kuala Lumpur - Bandung, Mat Drat tak beli 'baggage allowance', tak ada check-in luggage , kira isteri dan anak-anak bawa beg masing-masing cara 'hand carry' je. 
  • Mat Drat tak bawa baju banyak sebab memang akan plan beli sehelai dua di Bandung untuk pakai di Bandung. Bandung baju memang murah-murah.
  • Tapi balik, kena la ambil 'baggage allowance'... 7kg hand carry seorang mana cukup kalau pergi Bandung ye.
  • Dan untuk balik ni, Mat Drat beli luggage allowance 40 kg!!! Untuk sumbat macam-macam pakaian / kain / telekung yang dibeli di sini selain 7kg X 7 orang hand carry.

Beli Bagasi Tambahan Air Asia / Baggage allowance
  • Yang nak beli bagasi tambahan, belilah secara online sebelum menaiki pesawat. Kita boleh add-on walaupun tiket dah beli lama.
  • Jika tak boleh beli (top-up) di website, boleh beli di kaunter AirAsia di airport dan bukan beli di kaunter check-in atau kaunter drop beg ye.
  • Yang nak beli tu kena sampai awal, paling kurang 4 jam sebelum penerbangan. Beli waktu ni masih dapat harga murah.
  • Jika kurang dari 4 jam, tak dapat beli dengan harga 'awal' yang lebih murah di kaunter AirAsia. Nanti redha je lah kena bayar masa timbang sewaktu drop beg... waktu ni nanti harga memang kena bayar ikut rate yang agak mahal..... memang mahal.
  • Ingat, nak beli bagasi tambahan AirAsia di airport, boleh beli di kaunter sales n service Air Asia. Jangan sampai kena beli di kaunter check-in (drop beg) ye. Di kaunter tu kalau masa timbang beg dan berat terlebih, jadi kena bayar caj berat beg tambahan. Memang 'berat' la rasa nak bayar masa tu nanti.....
  • Sebenarnya Mat Drat nak beli online je tambahan berat bagasi (baggage allowance) pagi hari terakhir, tapi tak dapat nak beli dan berkemungkinan sistem ada masalah waktu tu. Biasalah, bila dah packing barang-barang, baru tahu baggage allowance yang dibeli sebelum ni tak cukup. Jadi terpaksa datang awal ke airport untuk beli bagasi tambahan ni secara manual.
  • Kalau sampai awal di airport, boleh timbang berat beg di penimbang yang disediakan... dah timbang boleh decide berapa kg lagi perlu beli. Penimbang ada di kawasan dalam terminal (depan kaunter drop beg). 


In-flight Meal
  • Jangan lupa, order in-flight meal awal-awal, nanti dalam flight tak lapar bila lihat jiran sebelah (depan/belakang) makan nasi lemak!!  Bau nasi lemak Pak Nasir AirAsia ni memang cukup menusuk hidung. 
  • Lagi pun, sampai di Bandung nanti tak ada la tercari-cari nak makan kat mana. Perut dah kenyang, boleh teruskan itinerari di Bandung.




Parking Murah di KLIA / KLIA2

  • Okey sebelum tu, yang nak ke KLIA/KLIA2 dengan kos murah boleh baca perkongsian Mat Drat sebelum-sebelum ni.
  • Mat Drat pernah share di blog ni tempat parking murah jika ingin ke KLIA / KLIA2. 
  • Jika ingin Park di TBS (Terminal Bersepadu Selatan) pun boleh, boleh juga gunakan tips yang Mat Drat share untuk bayar murah menaiki Tren KLIA Transit. Ada Mat Drat share di link atas juga. Kalau tak ikut tips pun okey, cuma bayar harga tiket tren yang mahal sahaja la....
  • Kalau nak murah lagi, boleh je naik bas dari KL Sental atau destinasi lain untuk ke KLIA/KLIA2. Tak silap dari One Utama ada bas terus ke KLIA/KLIA2. Mat Drat pun pernah beberapa kali naik bas dari KL Sental ke KLIA, tapi naik bas kalau trip sorang-sorang la...
  • Walaupun Mat Drat share 3-4 tips untuk ke KLIA/KLIA2 dengan cara jimat (termasuk parking murah), tapi trip ke Bandung kali ni Mat Drat parking di KLIA2 sahaja. Nak tahu sebab apa....

1. Salak Tinggi Park n Ride
  • Memandangkan Mat Drat tarvel dengan 5 adult + 2 child, jadi tambang tren kena kira untuk 7 orang. 
  • Kos tiket tren + parking (5 hari ++) lebih kurang RM 100-RM110 kalau Mat Drat park kat sini. 
  • Kos memang agak murah (sebab tiket tren murah ke KLIA2 berbanding dari Putrajaya Sentral), tapi Mat Drat tak berapa selesa berada di Salak Tinggi Park N Ride ni tengah-tengah malam dengan anak-anak kecil menunggu tren terakhir untuk ke KLIA2. Nak ambil tren paling awal di awal pagi,takut tak sempat nak kejar flight pula.
  • Kesimpulannya faktor keselesaan untuk anak-anak sebabkan Mat Drat tak pilih park kereta di sini. 
    • 'keselesaan' di kawasan parking waktu tengah malam 
    • keselesaan anak-anak sewaktu menunggu penerbangan 6 pagi

2. Putrajaya Sentral /Putrajaya Park n Ride
  • Kalau park di Putrajaya Sentral pula,  tambang tren KLIA Transit untuk 5 Dewasa + 2 Child pergi balik sahaja pun dah hampir RM 120, tambah lagi  kos parking RM30 (RM 6 X 5 hari). Total lebih  kurang RM 150.
  • Di sini pun Mat Drat kena ambil tren tengah malam (tren terakhir / kedua terakhir) untuk ke KLIA2. Dan terpaksa la anak beranak berkampung di KLIA2 beberapa jam sebelum flight berlepas. 

3. Parking terus di KLIA2
  • Kos parking (parking rate) di KLIA2 adalah RM46 sehari dan selepas hari ke-3, flat parking akan dikenakan adalah RM20 sehari. 
  • Macam Mat Drat yang akan ke Bandung untuk 5 hari ++, jadi parking yang perlu dibayar adalah RM 160++ ( RM 46 + RM46+ RM 46 + RM20 + ikut jam).
  • Total kos parking lebih kurang macam kos parking di Putrajaya Sentral tapi dengan park di KLIA2 ni Mat Drat rasa lebih selesa. Mat Drat tak perlu bertolak tengah malam, sebaliknya Mat Drat bertolak 3am dari rumah ke airport. (sampai 2 1/2 jam sebelum penerbangan kira okey sebab Mat Drat dah check-in online dan tiada drop bag)
  • Tambahan pula, Mat Drat bayangkan balik dari Bandung nanti mesti beg bertambah, dan sampai pula tengah malam dan pasti letih. Jadi senag kalau park di sini sahaja, ambilbes masuk kereta dan terus jalan balik rumah!



Airport Bandung - Hussein Sastranegara International Airport

Okey... sampai di Bandung... 
  • Ini 'International Airport' ye. Walau pun agak kecil, tapi kemudahan cukup lengkap. Dulu mungkin agak kecil, tapi selepas disambung bangunan dan ditambah baik, ia semakin besar dan cukup selesa.
  • Airport ni terletak di 'kem askar'. Bandung ni tiada airport lain, hanya ada airport tentera' ni sahaja. Ini pun Mat Drat perasan waktu nak balik ke Malaysia bila nak masuk ke kawasan ni perasan 'abam-abam' askar mengawal di pintu masuk dan juga terdapat banyak rumah-rumah kediaman askar menuju ke terminal. 
  • Kuala Lumpur-Bandung
    • Selesai pemeriksaan imigresen, Mat Drat terus keluar ke Arrival Hall. Arrival Hall kecik je tak macam KLIA/KLIA2. Jika yang ada check-in beg tu, jangan lupa ambil beg dulu ye sebelum keluar.
    • Keluar sahaja dari gate, Encik Gunawan (kenalan di Facebook) terus berteriak memanggil nama Mat Drat. Kami dah saling mengenali di Facebook dan juga dah berurusan di Whatsapp... jadi muka dah kenal antara satu sama lain.
    • Encik Gunawan ni merupakan pemandu kami (supir) sepanjang Mat Drat di sini.
  • Bandung - Kuala Lumpur
    • Jika nak nalik ke Malaysia nanti, jangan risau kalau terpaksa menunggu lama sebelum pesawat berlepas. Di dalam ni agak selesa.
    • Di luar terminal terdapat banyak cafe dan restoran jika ingin makan terlebih dahulu.
    • Bila dah masuk melepasi pemeriksaan kastam dan imigresen, ruang menunggu memang agak selesa dan tidak ramai penumpang.  Airport ni tidak sibuk. 
    • Ada ruang rehat di bahagian dalam boarding area yang cukup seles. Anak-anak siap main game dan layan youtube di komputer-komputer yang disediakan.
    • Dulu-dulu orang kata kena sediakan duit cash untuk bayar airport tax, tapi sekarang dah tak perlu lagi. Tak silap mulai tahun 2015, airport tax dah termasuk dalam harga tiket.
Cukup selesa menunggu penerbangan. Waktu anak-anak yang lebih besar,
layan youtube dan game di komputer yang disediakan di ruang menunggu ni.




GROUND TRANSPORT (SUPIR) 

  • BAS
    • Sebelum ke Bandung, Mat Drat ada baca juga beberapa blog, ada yang datang ke sini menggunakan public transport untuk bergerak kesana kesini. Guna public transport macam bas tu memang murah kat sini tapi bagi Mat Drat kurang selesa dan akan membuang masa yang agak banyak. Tapi kalau nak menikmati suasana dan meneroka kehidupan penduduk di Bandung, boleh la cuba 'bas' mereka di Bandung ni. 
    • Dari pemerhatian Mat Drat, naik bas di sini agak melecehkan kerana terpaksa melompat satu 'bas' ke 'bas' lain. Rugi masa yang sepatutnya kita boleh guna untuk menikmati banyak tempat yang menarik di Bandung ni. 
    • Tu belum lagi lihat keadaan 'bas' di sini... Kalau nak travel ala-ala backpacker mungkin boleh, tapi kalau datang bawa anak-anak kena fikir 3-4 kali ye kalau nak naik bas. Jika yang pernah naik bas mini di Kuala Lumpur zaman 80-an dan 90-an, bas mini di KL lebih selesa berbanding 'bas' di sini.

  • Sewa Van
    • Okey... Mat Drat guna ground transport yang disediakan oleh Encik Gunawan. Tak boleh panggil dia Pak Gunawan....sebab dia ni muda lagi. Very friendly person....senang berurusan dan dia ni memang orang tempatan, jadi tahu persekitaran di sini dan ramai kenalan.
    • Sebelum ke sini, Mat Drat ada juga bertanya kepada 2-3 ejen lain untuk tanya kadar seva van... harga yang diberi lebih kurang semuanya, jadi Mat Drat ambil dengan Gunawan Transport sahaja. Kenal pun dah kenal...
    • Dengan Gunawan ni, Mat Drat bila dah confirm dengan dia, dia tak minta bayar deposit. Semua bayar bila di Bandung sahaja. 
    • Dan baru-baru ni ada kawan Mat Drat pergi ke Bandung (pergi dengan big family), juga ambil transport dengan Encik Gunawan ni walau dia dah survey 2-3 ejen transport yang lain.
    • Untuk trip Bandung ni, destinasi lawatan agak jauh terutama untuk 2 hari lawatan.... jadi Mat Drat ambil van yang agak besar. Toyota Hiace.  Jadi anak-anak memang selesa.  
    • Jangan lupa baca catitan masa Mat Drat ke Glamping Area, ni antara tempat yang wajib dilawati jika ke Bandung... menarik sangat tempat ni sebenarnya macam Tanah tinggi macam Cameron Highland


Gunawan Transport

  • Ingat lagi antara perbualan awal masa naik van dengan dia.... dia tanya biasa Mat Drat makan di Malaysia ni di restoran macam mana? harga yang macam mana biasa kalau sekali makan?
  • Dia nak tahu range harga untuk mudah dia bawa kita ke tempat yang dalam range kita biasa makan. Tempat-tempat yang dia bawa memang tak mengecewakan lah.... 
  • Nak berbual dengan dia sepanjang perjalanan pun tak ada masalah.... very friendy dan kita akan rasa cukup selesa....
  • Dan satu lagi, senang pakai van ni (dengan driver), kita boleh arrange jadual kita ikut kesesuaian kita . Itinerari dia dah bagi tapi kita boleh sesuaikan ikut kita. Inform awal-awal, tak ada masalah. Kita senang dan dia pun senang.
  • Itinerari dia sediakan, Mat Drat follow je cuma adjust sikit-sikit ikut kesesuaian Mat Drat dan family. Apa apa pun, kena inform sebelum tiba untuk memudahkan semua.
  • Kos sewa van ni  dah termasuk petrol, tol (kalau ada), tips penjaga parking.  Tapi parking kalau kena caj, kita kena bayar ye. Ada tempat lawatan yang kenakan caj parking.
  • Banyak berjalan ni Mat Drat lihat bukan Malaysia je ada tol, pergi Australia... Mat Drat lalu higway ber'tol'. Pergi Singapore, lagi mahal tol. Korea pun sama...Bangkok pun ada tol... Cuma pergi Europe je dulu tak jumpa (tak lalu jalan ber'tol').
Ni dia Gunawan pemandu / pemandu pelancong kami di Bandung ni.



Sim Kad Murah di Bandung (Kartu Sim)

  • Memandangkan roaming data telco diluar negara agak mahal, jadi buat masa sekarang lebih murah dan berbaloi beli sim kad di Bandung. 
  • Celcom atau Maxis pun untuk pakej data termurah sehingga entry ni ditulis adalah plan RM 38 sehari. 
  • Hotel memang ada sediakan wifi, tapi data pun penting juga sewaktu berjalan ni. Nak WhatApps Supir atau nak cari info-info tempat lawatan boleh bila-bila masa kalau ada data. Kalau terpisah dengan ahli rombongan, pun senang nak berhubung antara satu sama lain.
  • Mat Drat beli di airport sahaja Sim Kad (Kartu Sim) ni, ada lelaki bawa sim kad tourist ni di terminal. Harga yang dijual juga sama macam yang Mat Drat baca, jadi Mat Drat terus beli dengan dia.
  • Harga sim kad untuk tourist/pelancong di Bandung Indonesia ini agak murah. Mat Drat beli sim kad (Kartu Sim) XL dengan harga IRD 65,000 = RM 18
  • Cukuplah 4G data untuk pakai 4 hari. Ini pun tak habis diguankan walau pun data dikongsi dengan anak-anak juga. (Tapi Mat Drat siap pesan awal-awal pada anak-anak " jangan tengok You Tube!!). Kalau tengok youtube, satu hari boleh habis data 4GB tu....
  • Kalau nak senang, boleh juga minta Pak Supir tolong belikan. Jadi bila sampai je di Bandung,  sim kad dah ada dan terus boleh guna. Kalau ambil van dengan En Gunawan, boleh minta dia belikan terus.





Itinerari 4H3M di Bandung

Ini itinerari yang Gunawan beri.  Boleh ikut kalau rasa bersesuaian

Day 1
- Sampai di airport
- Dusun Bambu
- Lunch
- Check In Hotel
- Relax
- Pekan Baru - Shopping

Day 2
- Transtudio Theme Park
- Toko Jeans - Shopping Jeans
- Factory Outlet Jalan Riau - Shopping 
- Dinner
- Balik Hotel

Day 3 - Kawasan Selatan
- Kawah Putih
- Glamping Area
- Ladang Tea
- Straberry Farm
- Lunch
- Bergerak ke Bandung
- Jalan Cibaduyut - Shopping Barangan Kulit (kasut, jacket dll)

Day 4 - Kawasan Utara
- Gunung Tangkubanperahu
- Kopi Luwak (Kopi Musang)
- Lunch
- Floating Market
- Farm House (Ada rumah hobbit)
- Gerak ke Airport


Memandangkan Mat Drat dengan anak-anak kecil, sikit perubahan yang Mat Drat buat dari itinerari yang dia bagi. 
- Lawatan Kawasan Utara Day 4, Mat Drat buat di Day 1 ... dan sebaliknya.
Sampai di airport terus gerak ke utara.
- Tempat shopping pun sedikit berubah
- Di kawasan Selatan, ada tempat yang tak pergi untuk sesuaikan dengan masa dan 'kesesuaian anak-anak'.

Asalnya hari pertama dia cadangkan banyak masa dihabiskan untuk shopping, tapi Mat Drat kata nak terus jalan-jalan. Shopping Mat Drat minta dibuat hari akhir sahaja dan selit sebeah petang hari-hari lain kalau sempat. Niat datang nak jalan-jalan dan niat shopping tu nombor 2 atau 3.  

Mat Drat memang bagi tahu En Gunawan ni awal-awal apa antara barang yang ingin di cari.... dia tahu je mana nak di bawa. Contohnya Mat Drat kata nak shoppinng kain telekun, nak shopping kain pasang 'lis', nak shopping jeans dan nak cari t-shirt souvenior.

Nasib tak berapa untung untuk Cik Isteri sebab di hari akhir tu (hari ke-4) kami semua dah terlalu letih untuk menyopping di 'Pasar Baru. Mampu habiskan masa 2-3 jam je kat situ... Tak dapat meronda lama-lama di situ... 

Nanti Mat Drat share entry khas untuk tempat shopping murah di Bandung ni... Boleh baca di 
👉👉  Tempat Shopping Murah di Bandung - Syurga Membeli Belah





Glamping Area ...Berdekatan Kawah Putih

Di Floating Market

Di Farm House

Kebun Bunga Begonia 

Sebelum habiskan 1 hari di Transtudio




Ni itinerari yang Mat Drat beri kepada Pak Gunawan (selepas adjust), bersesuaian dengan Mat Drat dan anak-anak. Tempat-tempat yang Mat Drat pergi ni, nanti Mat Drat share detail di entry berikutnya.....


Day 1 - Kawasan Utara (Lembang)
- Kopi Luwak
- Lunch
- Begonia Garden
- Floating market
- Farm House
- Check in hotel (7pm)
- Shopping area Cihampelas, Teras Cihampelas dan jalan area CIWALK

* Tangkuban Perahu, Mat Drat tak melawat. Selain faktor masa agak tak mengizinkan, juga harga yang perlu dibayar agak tak berbaloi (sebab bawa anak-anak, mereka tak dapat memahami dan menikmati pemandangan sightseing)


Day 2
- Transtudio (satu hari di sini sampai lewat petang)
Toko Jeans - Shopping Jeans
- Factory Outlet Jalan Riau - Shopping 
- Dinner

Day 3
- Glamping Area
- Kawah Putih
- Ladang Tea dan Straberry Farm Mat Drat keluarkan  Cameron Highland ada)
- Rumah Mode - shopping kain telekung dan kain pasang
- Kain Sulam
- Dinner

Day 4
- Pasar Baru - shopping
- Alun - Alun
- Masjid Bandung
- Lunch
- Airport




HOTEL DI BANDUNG

Sampai di Airport tadi, Gunawan dan sedia menunggu. Dari airport kami tak terus ke hotel sebab masih awal. Kami terus dengan itinerari lawatan dan check-in agak lewat.

Hotel Murah dan Menarik di Bandung

  • Mat Drat menginap 
    • 2 malam di Hotel Promenade Jalan Cihampelas dan 
    • 1 malam di Hotel Karmila Jalan Dago
  • Dua-dua hotel ni Mat Drat booking melalui Agoda.
  • Setiap hotel Mat Drat ambil 3 bilik untuk keselesaan anak-anak, lagipun hotel di sini agak murah berbanding rate hotel di Malaysia.
  • Mat Drat senaraikan 3-4 hotel yang agak menarik di Bandung bagi pandangan Mat Drat. (Harga dan lokasi jadi kriteria utama selain rating dan review yang diberikan oleh pelanggan sebelum ini)


Hotel Murah di Jalan Cihampelas Bandung

  • Mat Drat pilih hotel di area Cihempelas ni sebab tempat ni memang antara tumpuan pengunjung.
  • Selain tu 
    • Shopping souveniour atau mencari t-shirt senang di sini, banyak kedai-kedai murah. 
    • Ada CIWALK (Cihampelas Walk). CIWALK ni shopping complex yang sangat ramai pengunjung.
    • Banyak fast food dan restoran/cafe (di CIWALK), seang nak makan.
    • Teras Cihampelas juga tempat menarik untuk disinggahi kalau menginap di sini.
  • Dan Mat Drat pilih The Promonade Hotel sebab harga yang agak murah dan suka konsep dia yang agak kotemporari, simple tapi selesa. Ala-ala iBIS Hotel.
Hotel Murah di Jalan Cihampelas Bandung
 The Promonade Hotel





Hotel Murah di Jalan Cihampelas Bandung
Hotel Promonade


Hotel 3 Bintang
- Lokasi : Jalan Cihampelas
- Rating agak tinggi (7.0 ++)
minit je dari Cihampelas Walk
- Betul-betul mengadap jalan utama
- Design yang agak kotemporari
- Harga murah RM 100++ sahaja



Hotel Murah di Jalan Cihampelas Bandung
Aston Tropicana Hotel


Hotel 4 Bintang
- Lokasi : Jalan Cihampelas
- Rating agak tinggi (7.8)
1 minit je dari Cihampelas Walk
- Betul-betul mengadap jalan utama
- Bersebelahan Promenade Hotel
- Harga murah RM 150++
   sahaja utk 4 star

Hotel Murah di Jalan Cihampelas Bandung
De Batara Hotel


- Hotel 3 Bintang
- Lokasi Jalan Cihampelas
- Rating tinggi, review sgt bagus 7.5
- Harga murah, boleh dapat below
  RM100 dari harga asal RM 300++

Hotel Murah di Jalan Cihampelas Bandung
The Regia


- Hotel 2 Bintang
- Lokasi : Jalan Cihampelas
- Rating tinggi 8.0
- Harga murah. Bwh RM 100





Hotel Murah di Jalan Ir Hj Djuanda , Dago Bandung

  • Mat Drat ambil 1 malam di area Jalan Dago (Jl Ir H Djuanda - lebih tepat) ni konon-kononnya nak menyopping di sini di malam akhir. Tapi petang hari kedua terakhir dan malam tu Mat Drat dah tak sanggup nak berjalan, dah terlalu letih. Tak dapatlah nak berjalan dan menyopping di area sini.
  • Katanya di sini banyak Factory Outlet, tapi tak lah sebesar JPO atau GPO. Ada beberapa factory outlet seperti NIKE, Adidas dll. Harga tak sure sejauh mana murahnya sebab Mat Drat tak sempat nak singgah.
  • Hotel area sini agak sunyi kalau bandingkan area Cihampelas
  • Bab Shopping ni baca kat link atas tu nanti ye.
  • Mat Drat pilih hotel Karmila Hotel  ,boleh kata hotel budget la...sangat sempoi. Tapi kalau untuk bermalam sahaja, kira okey la. Mat Drat pun chec-in sekitar 8 malam dan esok awal paginya sudah keluar check-out.
  • Kat area sini, hotel-hotel lain yang mungkin boleh di pilih:




Jalan Ir H Djuanda Dago


Jalan Ir H Djuanda Dago


 Dago




 Dago


 Dago




Hotel Murah di Jalan Setiabudi

  • Sebenarnya pada hari pertama, sewaktu 'turun' dari melawat Farm House, Begonia Garden dan Floating Market, Mat Drat juga tertarik dengan hotel-hotel yang terdapat di kawasan Jalan Setiabudi di utara Bandung ni. 
  • Banyak hotel-hotel di kawasan ini yang agak menarik dan 'lebih sejuk' suasananya kerana berada di atas bukit. 
  • Mat Drat siap cakap kat Pak Gunawan, next time Mat Drat nak menginap di kawasan ni pulak bila datang ke Bandung.
  • Lihat hotel-hotel di sini memang namoak menarik, harga pun tak mahal mana....
  • 4 hotel yang agak menarik... boleh dapat di bawah RM150, dan silap hari bulan boleh dapat below RM 100 ( untuk review baca di setiap link hotel ye)



Setiabudi



 Setiabudi



 Setiabudi



 Setiabudi




TEMPAT MENARIK DI BANDUNG

  • Bandung ni memang banyak tempat menarik untuk di lawati. 
  • Antara tempat yang menarik untuk dilawati:
    • Kawasan Utara
    • Kawasan Selatan
  • Untuk tempat menarik yang Mat Drat lawati, boleh baca di travelog trip Bandung ni, Mat Drat akan cerita lebih detail.
  • Dan Mat Drat juga akan summarykan senarai tempat menarik di Bandung, termasuk juga tempat-tempat yang tidak sempat Mat Drat singgahi semasa trip hari tu.
👉👉 Tempat Menarik Di Bandung


TEMPAT MAKAN MURAH DAN SEDAP  DI BANDUNG

  • Kalau sewa van di sini, bab makan boleh minta pemandu bawakan tempat yang biasa dikunjungi pelancong
  • Nasi padang dan nasi minang antara pilihan yang selalu menjadi pilihan.
  • Senarai tempat makan yang sedap dan murah, Mat Drat share kan di link di bawah.
  • Kalau boleh elakkan makan dengan beli di geri-gerai tepi jalan ye, takut perut kita tak tahan dengan makanan yang dijual di situ.
👉👉 Tempat Makan Murah dan Sedap Di Bandung


Tempat Makan Murah dan Sedap Di Bandung


TEMPAT SHOPPING MURAH  DI BANDUNG

  • Kalau ke Bandung tak menyopping kira tak sah la kan.... Jadi Mat Drat share tempat-tempat yang 'wajib' disinggahi untuk memenuhi aktiviti shopping di Bandung ni.
👉👉 Tempat Shopping  Murah Di Bandung



Masa memborong...




Rasanya ini serba sedikit tips yang dapat Mat Drat share. Untuk detail, boleh baca di travelog trip Bandung ni di entry berikutnya.


~Mat-Drat ~



~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇

4 comments:

  1. Anak dah masuk u. Mat nampak muda belia.

    ReplyDelete
  2. Saya akan ke bandung buat kali ke 3. Itu 5 tahun yang lepas...tiga kali itu dah 5 atau 10 tahun yang lepas. Banyak tempat dah berubah..

    ReplyDelete
  3. Dah lama juga rasanya LeYa tak ke Bandung. Last pada tahun 2011 kalau tak silap bersama family. Masa tuh pun belum kawen lagi.. Hehe... Ingat nak plan jugak ni ke Bandung dengan Incik Otomen Taro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. omakaiiii lama sangat dah tu....dah boleh repeat semula.

      Delete