Wednesday, 13 June 2018

5 Sebab kita perlu LEBIH berhati-hari memandu di musim perayaan

Memandu di musim perayaan Aidilfitri balik kampung


Hari ni ada sikit perkongsian Pesanan Khidmat Masyarakat dari Mat Drat.

Lumrah tahu yang musim perayaan terutama Aidilfitri ni statistik kemalangan memang tinggi. Jadi kita perlu LEBIH Berhati-hati memandu/menunggang di musim perayaan ini

Jadi Mat Drat kongsi sikit 5 SEBAB mengapa kita perlu LEBIH berhati-hati memandu di musim perayaan ini.


1. Kenderaan Bertambah
  • Kenderaan bertambah semasa Aidilfitri ni memang tidak dinafikan. 
  • Dijangka PLUS Highway, LPT dan hghway-highway lain akan alami pertambahan kenderaan sehingga 40-50% ketika Aidilfitri. Jadi jangkakan sedikit kesesakan dan kena banyak bersabar.
  • Jika di jalan raya pula yang biasanya agak lengang, ketika Aidilfitri ni kenderaan akan bertambah. Jadi perlu LEBIH BERSABAR dan LEBIH Berhati-hati ketika memotong.
  • Tempay yang 'biasa' kita boleh memotong, kali ni mungkin tak dapat memotong kerana kenderaan dari hadapan tak putus.



2. Muncul Pemandu  'Part-Time' atau 'Sometime'
  • Masa ni juga akan muncul pemandu-pemandu yang baru pertama kali memandu, atau pun pemandu kereta /penunggang motorsikal yang jarang-jarang memandu/menunggang akan keluar di jalan raya. Kita gelar pemandu Part Time atau SomeTime
  • Jika biasanya mereka lebih suka jadi penumpang atau pembonceng, kini mereka mungkin ingin turut memandu memeriahkan suasana atau pun ada yang memang terpaksa memandu/menungggang motorsikal.
  • Biasa kita jumpa pemandu yang SANGAT teragak-agak atau pun terlalu perlahan dan terlalu berhati-hati ketika memandu, di mana cara pemaduan mereka ini sebenarnya boleh menyebabkan pemandu lain hilang sabar dan membahayakan juga pemandu lain. Jadi LEBIHKAN berhati-hati jika berjumpa dengan mereka kerana mereka ni tak biasa memandu atau menunggang.
  • Jika yang berada di kampung-kampung tu, LEBIH berhati-hati dengan penunggang motorsikal remaja yang segelintir masih belum mempunyai lesen tetapi ketika Aidilfitri ni mereka akan keluar berhari raya. Mereka mungkin tidak sedar cara tungangan mereka agak merbahaya lagi-lagi juka mereka menunggang secara berkumpulan.
  • Jangan cepat nak marah ketika memotong mereka, bayanhgkan mereka mungkin anak-anak saudara mara kita yang ingin berkunjung kerumah rakan-rakan sempena hari raya, cuma faktor keselamatan mereka tidak beratkan.






3. Pemandu Tak Sabar
  • Semua nak cepat...Semua kejar masa. Tapi ada segelinir pemandu yang yang nak cepat dan kejar masa TETAPI memandu tak ikut peraturan dan membahayakan pemandu lain.
  • Semalam, Mat Drat sendiri nyaris dilanggar sebuah kenderaan pacuan 4 roda yang memotong dari sebelah kiri. Nasib baik Mat Drat memang berhenti agak jauh ke dalam di bahu jalan. Ini jenis pemandu yang tak sabar nak memotong dan tak boleh terima hakikat kenderaan banyak di musim perayaan.
  • Nak keluar simpang di musim perayaan ni memang sedikit mendebarkan dan beri 'cabaran' terutama di simpang 'T'. Kenderaan yang nak keluar simpang memang agak panjang beratur di tambah pula kenderaan di jalan  utama yang tak putus-putus. jadi BANYAK berabar dan LEBIH Berhati-hati ye.



4. Pemandu dan penunggang Nak Tunjuk Power
  • Biasa juga sempena Aidilfitri ni segelintir pemandu yang pulang ke kampung nak tunjuk kehebatan kereta masing-masing. Sebelum balik dah di'make-up' dan di'modified'  itu ini, tapi bila balik ke kampung jalan raya sesak sedikit. Tak boleh terima hakikat kereta power kena 'Q' panjang tak dapat memotong.
  • Masa ni la sesetengah mereka nak tunjuk ke'power'-an kereta mereka dengan memotong kenderaan lain tanpa fikir keselamatan pemandu lain.
  • Dan masa ni juga kita akan nampak segelintir mat-mat motor yang menunggang dengan aksi yang agak berbahaya, lagi-lagi kalau mereka berkumpulan.
  • Jadi kalau jumpa 2 spesis pemandu dan penunggang macam ni, LEBIH berhati-hati ye. Jarakkan kenderaan kalau boleh.






5. Pemandu Mengantuk dan Terlelap.
  • Ini juga kita perlu berhati-hati ketika musim perayaan. Ada sesetengah tu, mereka terpaksa balik ke kampung selepas penat bekerja. Jadi selepas memandu beberapa jam, badan akan mula terasa letih dan mata mula mengantuk.  
  • Ada pula yang jarak pemanduan agak jauh dan ditambah pula dengan kesesakan, jadi mungkin sampai satu tahap mereka tidak mampu memandu lagi kerana terlalu mengantuk. 
  • Yang alami keadaan mengantuk ni, kalau boleh berhentilah dulu bila jumpa tempat selamat kerana 'misrosleep' yang beberapa saat tu boleh MEMBUNUH!!
  • Memandu semasa berpuasa ni mungkin sebabkan kita sedikit mengantuk jika tidak cukup rehat, jadi dapatkan rehat secukupnya sebelum memandu. Tapi kalau memandu selepas berbuka pun boleh jadikan kita mengantuk juga jika terlebih makan dan kurang rehat. 
  • Memandu semasa hari raya dan musim rumah terbuka, juga kadang-kadang boleh menambahkan faktor mengantuk jika makan terlalu lebih dan kurang rehat.
  • Apa-apa pun, sebelum memandu perlu dapatkan rehat secukupnya. Jika kita tengah memandu, 
    • dah rasa kurang fokus
    • respon pemanduan kita agak perlahan
    • mula menguap 2-3 kali 
        itu maknanya kita dah mula mengantuk dan elok cari tempat berhenti 
       yang selamat untuk melelapkan mata dahulu.




Akhir kata, keselamatan kita di jalan raya bukan sahaja tanggung jawab dan bergantung kepada kita sahaja, tetapi juga bergantung kepada pemandu lain. Jadi, jangan lupa mulakan setiap pemanduan dengan doa mulakan perjalanan.

Pandu Cermat....Jiwa Selamat

Mat Drat 
29 Ramadhan 1439






1 comment:

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri LeYa ucapkan buat Mat Drat.

    ReplyDelete