Friday 16 February 2018

NAFAS Cube MARDI MAEPS - Review












Bersambung dari entry sebelum ini.....  👉👉 Tasik Cruise Putrajaya


Rombongan Road To Agro Tourism Menginap di Pulse Grande  Putrajaya



Setelah penat seharian menjelajah, rombongan Road To Agro Tourism Siri 3 (RTA3) ini merehatkan diri NAFAS CUbe MAEPS Serdang. 

Dari Tasik Cruise Putrajaya disebelah petang tadi, rombongan terus ke Masjid Tuanku Mizan untuk bersolat Maghrib dan singgah di Hotspot Food Truck Putrajaya untuk makan malam.

Selesai menjamu selera di situ, Mat Drat dan rakan-rakan lain terus di bawa NAFAS Cube untuk merasai pengalaman menginap di sini.... satu penginapan yang memberikan pengalaman lain dari yang lain.



NAFAS Cube MARDI MAEPS Serdang

Jika inginkan satu suasana penginapan yang unik dan lain dari yang lain, bolehlah mencuba menginap di NAFAS Cube MARDI Maeps Serdang ini.

Nafas Cube Maeps ini, menawarkan pengalaman penginapan yang berbeza dari penginapan di hotel atau resort.

Bilangan unit  yang agak terhad jadi penginapan di sini akan lebih terasa privasi dan juga sunyi.



Mat Drat kongsikan sedikit info mengenai NAFAS Cube ini :
  • NAFAS Cube ini dimiliki dan diuruskan oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan / National Farmer Association (NAFAS) 
  • Ada 2 pilihan penginapan di sini iaitu 
    • Kontena 
    • Culvert    Mulai  RM 120 / malam






NAFAS Cube MARDI - Review Pengalaman


Mat Drat dan rakana-rakan lain tiba agak lewat, iaitu sekitar jam 10 malam. Ketika tiba suasana memang agak sunyi dan tidak ada tetamu lain. Semua unit telah direservekan untuk rombongan RTA siri 3 ini.

Bilangan unit  yang agak terhad menjadikan penginapan di sini terasa privasi, sunyi dan mendamaikan.



Ketika Mat Drat sampai, jam sudah menunjukkan sekitar 10 malam dan bulan pun sudah tinggi.... terang bulan sungguh mendamaikan


Ketika Mat Drat sampai, jam sudah menunjukkan sekitar 10 malam dan bulan pun sudah tinggi.... terang bulan sungguh mendamaikan
- Penginapan Culvert ( Mat Drat tidur di sini)



Malam semakin lewat.... suasana bertambah sunyi dan damai



Seperti yang Mat Drat bagi tahu tadi, di sini ada dua jenis penginapan iaitu bilik jenis :

    • Kontena 
    • Culvert    Mulai  RM 120 / malam


Culvert 





Mat Drat menginap di bilik jenis ini. Katil yang diletakkan di dalam culvert atau orang panggil juga 'kolong'.

Seca ra ringkasnya, bilik jenis ini agak kecil dan hanya memuatkan 2 katil dan sedikit ruang kosong untuk letakkan barang-barang.

Jika yang tinggi tu, Mat Drat rasa elakkan menginap di sini dan ambil bilik jenis kontena kerana saiz katilnya agak pendek.

Ruang sangat terhad, nak berdiri pun tidak boleh... bilik ini memang hanya untuk tidur sahaja. Nak bersolat, kena bersolat di satu 'kontena' yang telah disediakan sebagai surau.

Untuk yang menginap di bilik jenis ini juga, bilik air dan bilik mandi terletak di luar ye... kena berkongsi tetapi unit yang berbeza antara lelaki dan wanita.

Jangan lupa bawa selipar untuk memudahkan pergerakan dari bilik kek bilik air/ bilik mandi/


Jom kita tengok dan intai-intai bilik jenis culvert ini.


Bilik jenis Culvert.
Unit Mat Drat berbelakangkan tasik. 

Setiap unit hanya ada katil / tilam
-Twin single atau boleh pilih Queen size


Sedikit ruang di bahagian tengah antara dua tilam

Air-Cond ada disediakan

Malam tadi tak nampak clear... ni dah bangun pagi...



Bangun pagi.....Tak perlu berebut ke bilik mandia tau bilik air. Hanya penginapan jenis culvert sahaja perlu menggunakan bilik mandi/bilik air di luar.


Kontena yang menempatkan bilik mandi/bilik air.
Unit berbeza untuk lelaki dan wanita

Saiz sebenar bilik mandi/bilik air. Saiz kontena

Ada 4 unit bilik mandi/bilik air di dalam kontena,
(Ni lelaki punya ye)

Unit Culvert di hadapan unit Mat Drat
Surau disediakan... satu unit kontena










Kontena

Rakan-rakan wanita lain dari rombongan MTC ini, diberi penginapan di dalam kontena. 

Sesuailah, jadi tak perlu lah mereka ke bilik air/bilik mandi diluar unit dan lebih selesa untuk mereka.

Jom kita tengok pula unit-unit penginapan kontena



Unit Penginapan jenis Kontena

Unit Penginapan jenis Kontena




Unit Penginapan jenis Kontena

Mini taman di hadapan Unit Penginapan jenis Kontena

Bilik yang luas dan selesa.
TV juga disedaiakan

Bilik mandi dan bilik air.
Tak perlu ke bilik air/mandi di luar





Yang nak buat event mcm small gathering, reunion, family day ke... Rasanya boleh la cuba di sini. Boleh contact nombor yang terdapat di FB NAFAS Cube ini.


Bab makan.... 

Sewaktu kami tiba , Cafe NAFAS telah di tutup. Jika untuk sarapan pagi boleh la merasai keenakan kacang phool di Cafe MAEPS MARDI ini. Dah try makan di sini, rasa nak repeat je. (review dlm blog nanti)

Di dlm kawasan MAEPS ni sendiri ada 5 tempat yg kalau makan....



Cafe MAEPS 



Kacang Pool




Terima kasih kepada MAEPS dan NAFAS Cube untuk trip ke Laman Agro Maeps dan juga penginapan di NAFAS Cube ini.








~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇



5 comments:

  1. seronok tengok ramai bagi pandangan positif dekat nafas cube nih
    nak try lah nanti kalau ada rezeki

    ReplyDelete
  2. Pertama kali tahunya pasal Nafas Cube ni masa Sally hadiri MAHA tahun lepas di MAEPS. Masa first time nampak tu mmg teruja gila...Sally suka konsep kontena dan culvert.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun first time, rasa agak menarik konsep mereka ni.

      Delete
  3. Replies
    1. Saya Tak pasti. Try tanya direct The Cube (Ada link ke FB)

      Delete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.