Wednesday, 17 January 2018

Travelog Bangkok Part IV - Maeklong Railway Station Market

Bersambung dari entry sebelum ini, 

Travelog Percutian Bangkok - Maeklong Railway Station Market


Travelog Percutian Bangkok - Maeklong Railway Station Market




DAY-2

Trip ke Bangkok di Day-2 diteruskan lagi.... dari Damnoen Saduak Floating Market ke Elephant Village  dan kini ke Maeklong Railways Station Market.



Maeklong Railway Station Market



Maeklong Railway Market ni merupakan sebuah pasar tradisional Thai yang menjual pelbagai barangan segar seperti buah-buahan, sayuran dan makanan.

Apa yang special mengenai market ini adalah ia terletak dan tengah landasan berhampiran Maeklong Station. Bukan landasan kosong yang tak digunakan ye, tetapi landasan yang masih digunakan setiap hari.

Setiap hari, 6 kali (3 perjalanan pergi balik) kereta api akan melalui tengah-tengah pasar ini. Dan yang menariknya, bila kereta api lalu je, para peniaga akan turunkan khemah/payung mereka untuk beri laluan kepada kereta api. Dan apabila kereta api dah melepasi mereka, khemah/payung akan ditegakkan kembali dan perniagaan berjalan seperti biasa.

Ada sesetengah sayur dan buah-buahan yang diletak 'ngam-ngam' ditepi landasan, dan kereta apai akan lalu atas buah-buahan ini... 

Kereta api ni ada jadual dia tiba di sini, jadi plan elok-elok masa ke sini. Jangan pula datang tapi bukan masa kereta api tak ada. Kira tak lengkap la ke sini kalau tak merasai suasana tu. 


Jadual 

Jadual Operasi Maeklong Railways Market 
Dibuka setiap hari   6:00 am - 5:00pm


Jadual Kereta Api 
Berlepas dari Maeklong Station     6.20am     10.20 am     2.30 pm
Tiba di Maeklong Station              9.45am        1.45pm     6.2pm


Lokasi      :  Kasem Sukhum Alley, Mae Klong

Peta Map 👉👉🚩🚩Maeklong Railways Market




Tips Ke Maeklong Railway Market


1. Datang ikut jadual kereta api. Jangan main datang je, nanti tak dapat merasai suasana unik tu.

2. Tiba awal, ronda-ronda dahulu. Boleh beli buah tangan dan minum-minum di gerai di kawasan station ini.

3. Lokasi paling hampir dengan station, akan ramai orang dan untuk ambil gambar / video akan sedikit terganggu. Nak dapatkan view yang baik dan cantik, kena berjalan jauh sedikit dari station. (Tak jauh mana... cuma jauhkan diri dari crowded yang menunggu).

4. Walaupun kereta api ni sangat perlahan, dan hon dibunyikan serta ada pengawal.... PERLU ingat landasan ini tiada pagar pemisah dengan khemah/geri penjaja. Jadi berhati-hati terutama jika datang dengan anak-anak.

5. Main entrance memang crowded, walaupun kita dah tunggu awal di sini TAPI percayalah bila kereta api lalu sahaja.... pandangan kita akan terhalang kerana akan ramai yang tertumpu di sini untuk mengambil gambar dan video.


Mat Drat Belanja video satu...







Okey... jom ronda-ronda di Maeklong Railways Market ni


Travelog Percutian Bangkok - Maeklong Railway Station Market
Bersama sahabat Mat Drat.. Juga seorang runner dan hiker.
Belakang papan tanda ni adalah bangunan station manakala bahagian dihadapan papan tanda ni adalah kawasan penjaja / market.


Travelog Percutian Bangkok - Maeklong Railway Station Market
Sebelum ke bahagian pasar...Kita ke kawasan station dahulu.
"Maeklong Railway Station"


Travelog Percutian Bangkok - Maeklong Railway Station Market
Ini Station Maeklong. Di sini juga ada kedai-kedai runcit dan gerai minuman.
Boleh lah minum kalau rasa panas dan dahaga.


Travelog Percutian Bangkok - Maeklong Railway Station Market
Bangkok ni panas... lagi-lagi kat station ni.
Jadi kita minum air kelapa dulu


Travelog Percutian Bangkok - Maeklong Railway Station Market
Harga ikut saiz


Dah minum... kalau rasa nak cari toilet, toilet ada di hujung station ni. Bayar ye. Jadi sediakan duit kecil



Travelog Percutian Bangkok - Maeklong Railway Station Market
Dalam satu jam sebelum kereta api sampai, kawasan ini agak lengan. Pengunjung masih belum ramai. Jadi nak bergambar cukup selesa, cuma bergambar tanpa kereta api la...


Okey....jom kita ke pasar pula...ronda-ronda pasar.





Travelog Percutian Bangkok - Maeklong Railway Station Market
Pengunjung dah start ramai...



Travelog Percutian Bangkok - Maeklong Railway Station Market
Antara produk wajib beli di sini. Durian dan Mangga kering.
Tempat lain tak dapat dengan harga macam ni.
Beli...jangan tak beli, nanti menyesal



Travelog Percutian Bangkok - Maeklong Railway Station Market
Ikan kering ni tak payah beli laa ye walau di kira murah ni...
Takkan nak simpan kat hotel pulak kan...



Travelog Percutian Bangkok - Maeklong Railway Station Market
Kereta api dah nak sampai....Hon dah bunyi...
Para peniaga pun sibuk suruh semua pengunjung berlindung.

Dan ini lah masa untuk cari port paling baik untuk ambil gambar.


Travelog Percutian Bangkok - Maeklong Railway Station Market
Buah-buah di bawah kereta api.
Ngam-ngam oooooo...

Jangan lupa lihat video yang Mat Drat share kat atas tadi ye....





Travelog Percutian Bangkok - Maeklong Railway Station Market
Dalam beberapa minit, kereta api pun sampai di station.
Dan pengunjung mula mengerumuni kereta api special ni.


Travelog Percutian Bangkok - Maeklong Railway Station Market
Bukti  Mat Drat dah sampai.... 😊😊

Travelog Percutian Bangkok - Maeklong Railway Station Market
Dengan seorang sahabat yang sama-sama dalam trip ni.


Itulah serba sedikit perkongsian Mat Drat ke Maeklong Railway Market ni.

Dari sini kami terus balik ke Bangkok untuk solat Asar (dan Dzuhur) di Masjid Haroon serta mengejar last boat untuk Chowpraya River Cruise.


Bersambung di entry berikutnya  Travelog Part V - River Cruise



Entry-entry berkaitan trip Bangkok ini :

 Tips Bercuti ke Bangkok
Percutian ke Bangkok Thailand Travelog I: Bangkok
 Travelog II : Floating Market
Elephant Village Damnoen Saduak Housing Travelog III : Elephant Village 
Travelog Percutian Bangkok - Maeklong Railway Station Market Travelog IV : Maeklong Railways  
 Travelog V : River Cruise
Travelog Bangkok Day 3 - Shopping di Bangkok Travelog VI : Shopping Murah 
Tempat Makan Halal Di Bangkok Tempat Makan Halal di Bangkok 
Tempat Menarik di Bangkok Thailand Tempat Menarik di Bangkok 
Percutian ke PATTAYA







~Mat-Drat ~
Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇

No comments:

Post a Comment