Thursday 4 January 2018

MATTA FAIR 2018

Matta Fair Mac 2018


MATTA FAIR kembali lagi. Satu acara yang sangat dinanti-nantikan bagi mereka yang mencari tawaran-tawaran dan promosi terbaik untuk bercuti dan melancong.

Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA) di laman webnya menyatakan MATTA FAIR® pertama 2018 ini akan diadakan di Putra World Trade Center (PWTC), Kuala Lumpur pada 16-18 March 2018.







Jika MATTA FAIR September 2017 di Kuala Lumpur yang lalu, Emirates Airlines menjadi Official Airline. Untuk edisi Mac 2018 ini,  Malaysia Airlines kembali menjadi  Official Airline. Pastinya MAS akan membuat tawaran yang cukup istimewa nanti.



Maklumat mengenai MATTA FAIR adalah seperti berikut :

Date: Fri, 16 March 2018 (10:00 AM) - Sun, 18 March 2018 (9:00 PM)
Location : Putra World Trade Centre (PWTC) - Halls 1, 1M, 2, Linkway, 3, 4, and 5

Untuk maklumat lanjut, boleh klik ke laman web rasmi MATTA


Jadi inilah masanya untuk mencari pelbagai tawaran dan promosi yangi ditawarkan oleh syarikat penerbangan, travel ejen, hotel dan resort serta pihak-pihak yang berkaitan dengan industri pelancongan dan percutian.

Kalau yang bercadang untuk ke Luar Negara, selain dapatkan tiket penerbangan pada harga promosi, boleh la ambil kesempatan untuk ke booth travel ejen dari negara-negara tersebut (jika ada) atau pun dari tourism board negara terbabit. 


Kalau tak nak pening-pening kepala buat arrangement sendiri semasa melancong, pergi sahaja ke booth ejen pelancongan. Dapatkan harga dan tawaran terbaik. Pilih nak travel ejen 'besar' atau 'kecil', ikut budget dan ikut citarasa sendiri.


Ikut pengalaman saya, booth taman tema / theme park juga akan menjadi tumpuan pengunjung. Taman tema seperti  A Famosa Resort, Legoland, Universal Studio, Primaland Port Dickson, Bukit Gambang Resort dan seumpamanya akan menjadi tumpuan bagi mereka yang ingin mendapatkan tiket masuk pada tawaran yang menarik. Seeloknya datang pada hari-hari awal jika ingin mendapatkan tawaran yang menarik. Sesetengah taman tema menawarkan bilangan tiket yang agak terhad pada harga diskaun hebat.

Di sini juga, hotel-hotel tertentu akan menawarkan promosi harga yang betul-betul murah. Kena rajin pusing dan ada sesetengah hotel boleh beri diskaun atas diskaun lagi!!! 







Dan biasanya, membeli di MATTA FAIR ni selain boleh dapat harga yang agak istimewa, kebiasaanya pihak-pihak tertentu akan turut mengadakan peraduan. Jadi sambil membeli tu boleh la mencuba nasib dengan menyertai mana-mana peraduan atau lucky draw. MATTA sendiri kebiasaannya akan turut mengadakan peraduan / lucky draw untuk pengunjung. 




~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡



No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.