Monday, 6 November 2017

Tempat Menarik di Cameron Highland

Tempat Menarik di Cameron Highland Untuk Dilawati

Tempat Menarik di Cameron Highland



Sebelum baca artikel ni, boleh juga baca dulu perkongsian percutian Mat Drat sebelum ni ke Cameron Highland


👉👉 Bercuti ke Cameron Highland 👈👈


Di sini juga Mat Drat share tempat-tempat menarik di Cameron Highland yang Mat Drat lawati. Ada juga beberapa lokasi yang tak sempat disinggahi tapi dari pembacaan, ia juga menarik untuk di lawati.

Di entry ini, maklumat yang Mat Drat share lebih detail berbanding di perkongsian Percutian Mat Drat sendiri ke sini. 



1. LADANG TEH BOH SG PALAS

Ladang Teh Cameron Valley (The Bharat Tea)

Ladang Teh Boh Sg Palas Cameron Highland


Ladang Teh BOH Sg Palas merupakan antara destinasi sentiasa menjadi tumpuan pengunjung yang datang ke Cameron Highland. 

Ladang Teh BOH ni terletak di antara Brinchang dan Tringkap. Persimpangan ke Ladang teh ini lebih kurang 2 km dari Kea Farm, dan ia terletak di sebelah kiri. Perlu pandu perlahan untuk elak terlepas simpang. Nak senang  lagi gunakan sahaja WAZE atau Google Map (Drive).



Tips :
Aktiviti utama mereka yang datang kesini, adalah bergambar di ladang teh, melawat kilang teh untuk lihat pemprosesan teh dan bersantai di cafe. 

Kena datang awal sebelum 11am untuk melihat bagaimana pemprosesan teh dilakukan. Mat Drat datang lewat,  pemprosesan dah tamat.

Perlu melalui jalan yang agak sempit dan sedikit berliku lebih kurang 1.5 km dari persimpangan jalan utama ke ladang teh ini. Jadi pandu berhati-hati dan bertolak ansur kerana kereta keluar masuk menggunakan jalan yang sama.

Kalau kenderaan banyak (cuti sekolah atau public holiday), bersedia kena berhenti dan saling beri laluan.  

Parking kereta di tempat yang disediakan. Kemudian pelawat perlu menapak dan mendaki sedikit ke BOH Centre yang menempatkan tea shop,  cafe dan kilang. 

Bagi mereka yang membawa pelawat berumur atau berkerusi Road,  minta dengan pengawal untuk drop kan mereka di bahagian atas.  Tapi lepas tu driver kena turun park kereta semula di bawah.

Harga minuman dan makanan di kafe sini boleh tahan juga, sesesuai dengan statusnya tempat tarikan pelancong. Tapi apa salahnya belanja lebih sekali sekala menikmati secawan teh di sini.

Dan juga jangan lupa beli produk-produk teh di Tea Shop Centre untuk dijadikan buah tangan.

Bayaran Masuk : Percuma

Waktu Operasi : 9.00pg – 4.30ptg ( Isnin Tutup)

Lokasi : 👉👉 Peta Ke Ladang Teh BOH




2. LADANG TEH CAMERON VALLEY (BHARAT TEA)



 

Ladang Teh Cameron Valley ini merupakan ladang teh ke dua terbesar selepas Ladang Teh Boh (Main Plantation). Ladang Teh Bharat ni dahulunya dibuka oleh seorang pendatang India.

Ada dua lokasi iaitu Tea House 1 dan Tea House 2. Jarak diantara kedua-duanya lebih kurang  800 meter sahaja.

Jika jalan ke Ladang Teh Boh Sg Palas agak berselekoh, Ladang Teh Cameron Valley (Bharat Tea) ini pula terletak di tepi jalan utama di Tanah Rata.

Untuk ke sini, cukup senang kerana ia terletak di tepi jalan utama dan signboardnya yang cukup jelas. Nak senang gunakan sahaja WAZE atau Google Map (Drive).


Tips :
Lokasinya di tepi jalan utama, jadi parking lot agak terhad. Tea House 2 lebih banyak lot parking berbandingTea House 1.

Selain melawat ladang teh, pengunjung boleh bersantai sambil minum teh di kafe yang disediakan. Harga masih dikira boleh diterima sesuai dengan ia sebagai destinasi pelancong.

Boleh la beli produk-produk teh di kedai di sini seperti teh perasa strawberry, perasa lemon dan pelbagai lagi produk tea untuk dijadikan buah tangan.

Kafe di Tea House 2 juga lebih besar berbandng Tea House 1. Selepas minum bolehlah turun ke ladang teh.


Bayaran Masuk : Percuma

Waktu Operasi : 9.00pg – 4.30ptg ( Kilang di tutup pada Isnin tetapi)

Lokasi : Peta Ke Ladang Teh Cameron Valley (Bharat Tea)

Website : http://www.bharattea.com.my/







3. LADANG TEH BOH (Main Plantation)

Ladang Teh Cameron Valley (The Bharat Tea)

Ladang Teh Boh Sg Palas Cameron Highland




Ladang Teh BOH Centre (Main Plantation) yang terletak di Ringlet ini merupakan terbesar di Cameron Highland dan juga di Asia  Tenggara.

Kedudukan ladang teh ini yang agak jauh kedalam (6km) dari jalan utama.

Persimpangan ke ladang teh ini terletak di jalan utama Ringlet - Tanah Rata. Jika dari Tanah Rata, ia terletak di sebelah kiri. Untuk elak terlepas simpang, gunakan WAZE atau Google Map (Drive).

Tips :
Pengunjung perlu melalui jalan yang agak sempit dan sedikit berliku lebih, jadi pandu berhati-hati dan bertolak ansur kerana pengunjung memang ramai. Papan tanda mengingatkan pemandu supaya memandu berhati-hati dipacak sebagai peringatan.

Sama seperti Ladang Teh BOH Sg Palas dan Ladang Teh Cameron Valley, di sini juga terdapat kafe. Sambil minum teh bolehlah menikmati keindahan pemandangan ladang teh ini.

Bayaran Masuk : Percuma

Waktu Operasi : 9.00pg – 4.30ptg ( Isnin Tutup)

4. STRAWBERRY FARM


Di Cameron Highland ni terdapat beberapa strawberry farm samaada di Tanah Rata atau di Brinchang. 

Ada sesetengah Strawberry Farm, pemilik membenarkan kita memetik sendiri  buah strawberry. Cuma perlu bayar harga masuk dan kemudian strawberry yang dikutip akan ditimbang apabila keluar. Harga strawberry memang akan sedikit mahal kerana kita turut bayar "harga pengalaman dan keseronokan petik strawberry".

Nak makan strawberry banyak-banyak, jangan petik banyak-banyak di strawbery farm ye. Beli yang telah siap di petik sama ada di strawberry farm itu sendiri auatu di Pasar Malam Brinchang ataupun di Kea Farm Market.

Strawberry Farm di Cameron Highland agak banyak. Nak kata mana yang paling best tu susah jugak. Kebanyakkan lebih kurang sama dengan membenarkan pengunjung melawat ladang strawberry, sesetengahnya membenarkan pengunjung memetik strawberry (dengan bayaran) dan juga menjual produk berasaskan strawberry. 

Berikut beberapa strawberry farm di Cameron Highland beserta peta ke lokasi.

Lokasi Strawberry Farm di TANAH RATA



 KHM Strawberry & Jam 




 YZ Agro Farm & Cafe 





 Taman Agro Al-Mashoor 




Ketiga-tiga strawberry farm ini (KHM Strawberry Jem,   YZ Agro Farm dan Taman Agro Al-Mashoor) terletak di Kampung Taman Sedia atau dikenali juga sebagai Kampung Melayu Cameron Highland. Rasanya ini adalah starwberry farm milik bumiputera yang ada di Cameron Highland. 

(Jika ada maklumat tambahan, boleh la tinggalkan di ruang komen. Nanti Mat Drat update .TQ)

Lokasi Strawberry Farm di BRINCHANG


 Big Red Strawberry Farm 


  Kea Strawberry Farm 


  Raju's Hill Strawberry Farm 


  EQ Strawberry Farm 


Kasimanis Strawberry Farm 



Big Red Strawberry Farm yang terletak bersebelahan Cactus Valley dipekan Brinchang bagi Mat Drat antara yang terbesar di Cameron Highland ni. Parking luas dan banyak kedai-kedai di sini.

Di 'puncak' Brinchang pula, Kea Strawberry Farm, Raju Hill Strawberry Farm dan EQ Strawberry Farm masing-masing agak berdekatan antara satu sama lain.


Bayaran Masuk : Berbeza mengikut lokasi dan kebanyakkannya tidak mengenakan bayaran masuk. Bayaran hanya untuk memetik buah strawberry.

Waktu Operasi :  Kebanyakkan dibuka mulai jam 9 pagi




5. CACTUS FARM

Antara tempat tumpuan pengunjung di Cameron Highland adalah juga tempat menjual pokok-pokok kaktus.  Di Cameron Highland pokok-pokok kaktus hidup cukup subur. Pasti geram je tengok.

Pokok kaktus ni selain sensetif dengan cuaca, ia juga memerlukan penjagaan yang agak cerewet terutamanya tidak boleh terlebih siram air. Jadi bagi Mat Drat, nak lebih selamat beli pokok kaktus yang agak besar kerana yang kecil lebih cerewet untuk dijaga. Cuma harga pokok kaktus ni, makin besar saiz dan usia, maka makin 'besar' harganya.

Antara tempat yang banyak koleksi pokok kaktus dan menjadi tumpuan pengunjung dan pelancong :


Cactus Valley

  
Cactus Point 

   Arked Peladang  


Selain beli pokok kaktus tu di Cactus Valley, Arked Peladang atau Cactus Point, boleh juga beli di Kea Farm atau kedai-kedai tepi jalan. Cuma nak cari kaktus yang besar dan "rare" sikit, agak susah. Itu kena cai di 3 tempat di atas.

Selain kaktus, biasanya di turut dijual pokok-pokok bunga seperti orkid dan pokok-pokok hiasan lain. 


(Jika ada maklumat tambahan, boleh la tinggalkan di ruang komen. Nanti Mat Drat update .TQ)

Bayaran Masuk : Percuma

Waktu Operasi :  Kebanyakkan dibuka mulai jam 9 pagi


6. PASAR MALAM

Ini antara tempat wajib disinggahi kalau ke Cameron Highland. 

Pasar Malam Brinchang pada setiap malam minggu telah bertukar lokasi mulai awal 2017 hari tu. Lokasi terbaru terletak berhampiran Cameron Golden Hills Resort. Lokasi baru ni kira-kira 2km dari lokasi lama. Jika dari Brinchang kita perlu menghala ke Tanah Rata dan persimpangan ke tapak baru pasar malam terletak disebelah kanan. Bukan ditepi jalan utama lagi, jadi tidak akan nampak pasar malam ini kecuali kita masuk ke kawasan  Cameron Golden Hill.


Lokasi Pasar Malam Brinchang Cameron Highland

Pelbagai produk-produk Cameron Highland, boleh didapati di sini. Cuma jangan terbeli produk dari bawah yang dibawa naik sudah. 

Antara yang jangan dilepaskan adalah 
- Jagung 'mutiara' . Jagung Cameron ni memang manis rasanya. 
- Produk straberry. Selain buah strawberry jangan lupa beli juga strawberry yang telah dikeringkan, dan pastinya jem strawberry.
- Sayur-sayuran. Jika tak berkesempatan ke Kea Farm, boleh juga beli sayuran segar di sini. Selain tu, di sini juga ada sayur yang digoreng tepung seperti cendawan dan bayam. Juga sedap untuk di makan panas-panas di c sini.
- Produk berasaskan lebah juga boleh di dapati di sini. Mungkin ada yang tak sempat ke bee farm, boleh sahaja beli di sini.

Nak cari hotel atau homestay berdekatan tapak pasar malam yang baru ni, boleh klik  
👉👉 Hotel dan Apartment sekitar Tapak Pasar Malam Baru  👈👈


Bayaran Masuk : Semestinya Percuma

Waktu Operasi :  6 ptg sehingga  9 malam

Lokasi : 👉👉 PETA Lokasi Pasar Malam Baru Brinchang 








7. KEA FARM MARKET






Ni boleh dikatakan pasar yang wajib disinggahi kalau ke Cameron Highland.

Dibuka setiap hari dan terdapat pelbagai barangan dan produk tempatan.

Kalau ada masa, berjalan la ke gerai-gerai di kawasan yang jauh ke dalam sedikit.

Sayur-sayuran segar, bunga  segar, kaktus, straberry memang murah di sini.

Sesuai disinggahi di hari terakhir sebab ikut pengalaman, pasti akan banyak sayuran dan strawberry yang dibeli. Jadi tidak lah kita menyimpan lama di Cameron Highland sebelum turun ke bawah kalau beli awal


Bayaran Masuk : Percuma

Waktu Operasi : 8.00 am - 6.00 pm

Lokasi : 👉👉 PETA Lokasi KEA Farm



8. LAVENDER GARDEN 




Ini antara tarikan terbaru di Cameron Highland yang mulai dibuka pada tahun 2013. Ia terletak di antara Brinchang dan Tringkap.

Nak merasa bergambar dengan dikelilingi bunga-bunga lavender, boleh la datang ke sini, lepas tu berangan ala ala di ladang lavender di France atau Holland. 

Jangan lupa makan aiskrim perisa lavender dan beli souvenior dari lavender.


Bayaran Masuk : RM 8.00 (Dewasa) / RM 5.00 (Kanak-Kanak)

Waktu Operasi : 9.00am - 6.00pm (Isnin-Khamis) / 9.00am - 7.00pm (Jumaat - Ahad)

Lokasi :  👉👉 PETA Lokasi Lavender Garden

Website : http://cameronlavender.com/


9. TAMAN AGRO TECHNOLOGY MARDI 



Taman Agrotechnolgy Mardi ni terletak di Tanah Rata.

Taman ni dibahagikan kepada 4 taman iaitu iaitu English Garden, Herb Garden, Orchid Garden dan Rose Garden. Pelbagai spesis bunga ros, strawberry,  sayuran dan buahan ada di sini.


Sesetengah hasil tanaman ini akan di jual pada harga cukup murah dan juga terdapat produk-produk lain.

Di sini juga ada disediakan beberapa unit cottage untuk di sewa. Mat Drat bermalam di sini untuk 2 malam, cukup berbaloi rasanya.
Bangun-bangun pagi, terus bersiar di taman depan cottage. Nyaman je

Bayaran Masuk : RM 5.00 (Dewasa) / RM 3.00 (Kanak-kanak)


Waktu Operasi :
Isnin - Khamis : 8.00am - 5.00 pm ( Waktu rehat 12.30pm - 2.00pm)
Jumaat            : 8.00am - 5.00 pm ( Waktu rehat 12.45pm - 2.30pm)
Sabtu - Ahad   : 8.00am - 5.00 pm

Website :  Taman Agro Technology MARDI 

Lokasi :  👉👉 PETA Lokasi Taman Agro Technology MARDI



10. BEE FARM - Ee Feng Gu 


Bee Farm Ee Feng Gu ni terletak di antara Brinchnag dan Tringkap. Sudah pastinya sarang lebah menjadi tarikan utama di sini. Produk berasaskan madu lebah ada dijual disini, jadi boleh la beli pada harga sedikit murah.

Selain melawat sarang lebah, juga ada sedikit tarikan permainan lain di sini. 


Bayaran Masuk : Percuma

Waktu Operasi :  8.00am - 7.00 pm 


Website :  http://www.eefenggu.com/ 

Lokasi :  Terletak di antara Brinchang - Tringkap

              👉👉 PETA Lokasi Bee Farm - Ee Feng Gu



11. TIME TUNNEL MUSEUM 


Bagi Mat Drat, Time Tunnel Museum agak menarik jika ingin melihat barang-barangan lama. Koleksi barang-barangan lama disini pasti mengimbau seribu kenangan.

Seronok juga dapat melihat barang yang dahulunya kita amat biasa dengannya. 

Tempat yang sesuai untuk disinggahi kerana di sini, pengunjung tidak akan lama.



Bayaran Masuk : RM 6.00 (Dewasa) / RM 4.00 (Kanak-kanak)

Waktu Operasi :  9.00am - 6.00 pm 


Website :  http://www.timetunnel.cameronhighlands.com/

Lokasi :    👉👉 PETA Lokasi Time Tunnel Museum



Nota :

Buat masa ni, ini sahaja yang Mat Drat kongsikan. Ada lagi lokasi yang Mat Drat rasa menarik, akan Mat Drat share di sini.

Jika pembaca ada cadangan tempat untuk dimasukkan, bolehlah tinggalkan di ruangan komen. Semoga info yang ditinggalkan diruangan komen akan beri  manfaat untuk pembaca lain.


Update  : 03.12.2017
Mat Drat baru balik bercuti ke Bandung melawat tempat peranginan di sana. Di Bandung juga terdapat dua kawasan peranginan tanah tinggi iaitu di kawasan Lembang di sebelah Utara dan di kawasan Ciwidey di sebelah selatan. 
Jemput singgah baca perkongsian percutian Mat Drat di Bandung.


Perkongsian berkaitan Cameron Highland :
Rasanya ini dahulu perkongsian untuk percutian ke Cameron Highland. 


Bercuti Percutian ke Cameron Highland Percutian ke 
Cameron Highland 
Ladang Teh Cameron Valley (The Bharat Tea)
 Tempat Menarik 
di Cameron Highland 
Tempat Makan Best Sedap di Cameron Highland Tempat Makan Best 
di Cameron Highland
Pasar Malam Brinchang Cameron Highland

 Lokasi Baru 
Pasar Malam


Selamat Bercuti

~Mat-Drat ~



Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇

1 comment:

  1. Foor most up-to-date information you have tto pay a visit web and on the web I found this website as a best ite for hottest updates.

    ReplyDelete