Tuesday, 3 October 2017

Parking Murah di Park n Ride Salak Tinggi - KLIA Transit Station

Parking Murah di Park n Ride Salak Tinggi ERL Station
KLIA Transit Salak Tinggi / ERL Station





Kali ni Mat Drat nak share sikit pasal Parking di Park n Ride Salak Tinggi yang terletak di sebelah KLIA Transit Station. Entry Mat Drat sebelum ni mengenai parking murah ke KLIA / KLIA2 di Park N Ride Putrajaya Sentral mendapat banyak pertanyaan mengenai parking di Salak Tinggi. Jadi Mat Drat cuba cari info mengenai Park n Ride yang baru ni.


Sebelum ni, Mat Drat cuba juga search maklumat Park N Ride Salak Tinggi tetapi info masih agak kurang. Jadi jika nak ke KLIA/KLIA2, terpaksalah lah Mat Drat 'setia'  parking kereta di  Park N Ride Putrajaya Sentral. Cuma baru-baru ni Mat Drat berkesempatan park di Park n Ride Salak Tinggi KLIA Transit Station.

Oleh kerana pertama kali, jadi tidak banyak maklumat yang dapat dikongsikan mengenai Park n Ride Salak Tinggi KLIA Transit Station ni. Walau bagaimana pun,  Mat Drat cuba kongsikan apa yang boleh terutama basic info mengenainya.

Parking di Park n Ride Salak Tinggi - KLIA Transit Station ni bolehlah dikatakan sebagai satu alternatif bagi mereka yang ingin ke KLIA/KLIA 2 dan mahukan tempat parking yang murah selain park kereta di Park n Ride Putrajaya - Putrajaya Sentral.


Park n Ride Salak Tinggi - KLIA Transit Station

  • Parking di Ride n Park Salak Tinggi ini terletak di Kota Warisan (bersebelahan) dan 2.5 km dari Xiamen University.
  • Ia bersambung dengan station KLIA Transit atau ERL Transit. Ada yang sebut ERL Station, tetapi yang sebetulnya adalah KLIA Transit Station kerana ;  
    • tren ERL adalah tren terus KLIA/KLIA2 - KL Sentral. Manakala
    • tren KLIA Transit adalah tren berhenti-henti bagi route KLIA/KLIA2 - KL Sentral.
  • Dibuka pada penghujung tahun 2016 dan menjadi alternatif parking murah untuk ke KLIA/KLIA2 selain park di Park n Ride Putrajaya Sentral atau di TBS (Terminal Bersatu Selatan)
  • Di sini terdapat 2 tempat parking kereta iaitu 
    • berbumbung (bangunan baru)
    • lot parking terbuka (tempat lama). 
  • Bangunan baru terdiri 5 tingkat dan mampu menampung xxxx kereta. ( Sorry, Mat Drat ak ada info berapa kapasiti - tapi memang banyak lot paking disediakan)
  • Jika kesini guna sahaja Waze dan cari Park n Ride Salak Tinggi ataupun cari ERL KLIA Transit Salak Tinggi.
  • Parking ini dibuka 24 jam (sama seperti Park n Ride Putrajaya). Jadi boleh masuk dan keluar bila-bila masa.
  • Cuma di sini, agak sunyi terutama pada waktu malam. Jika di Putrajaya Sentral yang ada perkhidmatan bas dan teksi pun sunyi sepi di tengah malam, di sini apatah lagi!!
  • Oleh kerana kawasan ini agak sunyi dan terpencil, elok sangat jika  lihat dan ambil tahu jadual tren KL Transit terutamanya First Tren dan Last Tren ke/dari KLIA dan KLIA2.
  • Mat Drat tidak perasan ada atau tidak kedai runcit / kedai makan di sini. Kalau di Park n Ride Putrajaya ada beberapa kedai runcit dan kedai makan.
  • Berhampiran dengan Park n Ride ni ada kawasan kedai Kota Warisan.. Jarak dalam 500 meter dari sini. Boleh ke situ kalau nak makan atau beli apa-apa. Tapi kalau jalan kaki, agak jauh juga la.

  • Dan ingat ye, di sini juga tidak disediakan trolley. Jadi beg dan bagasi kena tolak atau heret atau angkat dari tempat parking ke station KL Transit (ERL).
  • Surau dan toilet disediakan di Level G, tapi Mat Drat tak guna dan tak nampak hari tu kedudukannya.
  • Bila park kereta tu, jangan lupa level kita park kereta. Nanti travel jauh-jauh, boleh terlupa. Sampai sini nanti melilau cari kereta tak jumpa. Kalau tengah malam...haru dibuatnya.

Parking Murah di Park n Ride Salak Tinggi ERL Station
Bangunan Park n Ride Salak Tinggi
Lot Parking Berbumbung


Parking Murah di Park n Ride Salak Tinggi ERL Station
Bangunan Park n Ride Salak Tinggi
Lot Parking Berbumbung


Parking Lot Terbuka 

  • Lot parking terbuka (tanpa berbumbung) masih dibuka.
  • Jika lot parking berbumbung terletak disebelah kanan, yang terbuka pula terletak disebelah kiri.
  • Kedua-duanya bersambung dengan station KLIA Transit / ERL  Station ni.
  • Kadar parking sama.
  • Jika ingin park bermalam, elok lah park di bangunan berbumbung. Tidak lah gelap dan siangnya tidak lah kereta berpanas.
Lot Parking Tidak Berbumbung

Lot Parking Tidak Berbumbung

Tempat Parking Motorsikal di kawasan terbuka
tetapi untuk motorsikal ada bumbung

Ada yang park di luar, ditepi jalan.
Mungkin mereka yang park sekejap je kot.


Kadar Parking / Parking Rate di Park N Ride Salak Tinggi ERL Transit Station 

  • Kadar bayaran parking di sini adalah seperti berikut
    • RM 3.00 Sekali masuk 
    • RM 5.00 Bermalam / Overnight (Tambahan)
    • RM 1.00 Motorsikal
    • RM 50.00 Kalau hilang tiket.
  • Parking rate ni efektif mulai 1 Februari 2017. Sebelum tu parking rate hanyalah RM 3.00 per entry (tiada overnight charge).
  • Katakan kita Parking 4 hari (termasuk 4 malam) maka caj yang akan dikenakan adalah RM 32.00 ( RM 3 + RM 5 ) X 4 hari.
  • Caj tiket hilang adalah RM 50.00, jadi simpan elok-elok tiket parking.
  • Mesin bayaran parking ada di sediakan di level G dan Level 2.
  • Jangan lupa kalau travel jauh-jauh dan lama-lama tu, simpan siap-siap (standby) duit parking dalam kereta.
  • Standbykan duit kecil. Mesin bayar parking ni kadang-kadang cerewet sikit dan biasanya tak terima note besar. RM 50 tak terima rasanya.
  • In-case duit tak cukup atau mesin tak terima note kertas, elok reservekan lebih sikit duit parking tu. Letak je dalam kereta. 
  • Mat Drat pernah kena dulu, duit kecil tak ada tapi nasib baik kena kat Putrajaya Sentral dan boleh tukar di kedai yang ada di situ.

    Parking Rate / Kadar Bayaran
    di Park n Ride Salak Tinggi Station






    Jadual Tren KLIA Transit / ERL ke KLIA KLIA2 

    • Dari station ini ke KLIA ambil masa 7 minit dan 11 minit ke KLIA 2. Ikut pengalaman selama Mat Drat guna KLIA Transit ni memang tidak lewat, sentiasa on time. 
    • Tren di sini tiba setiap 20 minit (waktu sibuk) dan 30 minit ( waktu off-peak)
    • Perlu ambil tahu jadual perjalanan tren KLIA Transit ini terutamanya First Train dan Last Train. Jangan sampai tak sempat menaiki tren terakhir atau pun terpaksa menunggu tren pertama terlalu lama di awal pagi. Sini sunyi ye waktu malam. Apatah lagi jika selepas tren terakhir!!.


    • Dari sini untuk ke KLIA / KLIA2, kita perlu menaiki tren KLIA Transit dan bukannya KLIA Ekspres ERL.
    • Jangan bimbang ternaik tren ERL, kerana ERL tidak berhenti di sini. ERL hanya berhenti di 3 stesyen iaitu KLIA2 - KLIA - KL Sentral. Jadi apa tren yang berhenti itu adalah tren KLIA Transit dan tren itu akan ke KLIA/KLIA2 atau pun ke KL Sentral.

    • Jika anda ingin menuju ke KLIA/KLIA 2 dan mengejar waktu check-in atau departure, perlu juga ambil kira masa anda perlu menapak dari platform ke kaunter/departure hall. Biasanya Mat Drat reserve dalam 15 minit kepada diri sendiri untuk berjalan dari platform ke kaunter pemeriksaan imigresen. Biasa Mat Drat dah check-in awal. Cuma sekali sekala ada kena drop luggage.
    • Biasakan tiba di KLIA/KLIA awal. Mat Drat biasa tiba paling kurang 2 jam sebelum berlepas. Kalau flight international, paling kurang 3 jam Mat Drat akan awal. Kalau perlu drop luggage, akan lagi awal Mat Drat tiba di KLIA/KLIA2.

    Platform tren ERL KLIA Transit Salak Tinggi
    - Agak lengang
    Station ERL KLIA Transit Salak Tinggi
    - Agak lengang


    Jadual Tren KLIA Transit KLIA
    Schedules are subject to change.



    KL Sentral to airport  KLIA / KLIA 2

    First train departs 04:33 am (dari KL Sentral)

    Last train departs 12:03 am  (dari KL Sentral)
    • Tren ke KLIA/KLIA2 yang PERTAMA dari KL Sentral pada jam 4:33am dan dijangka tiba di Station Salak Tinggi  5:01am,  KLIA 5:08am dan KLIA2 5:12am.
    • Tren ke KLIA/KLIA2 yang TERAKHIR  pula bergerak dari KL Sentral jam 12:03am dan dijangka tiba di Station Salak Tinggi  12:31am,  KLIA 12:38am dan KLIA2 12:42am.
    • Jadi kalau penerbangan tu awal pagi sekitar jam 4-6 pagi, Mat Drat cadangkan boleh lah ambil tren terakhir. Tapi nak lagi selesa, ambil tren yang kedua terakhir.... kalau Mat Drat la. Biar sampai awal di airport. Tunggu di airport 2-3 jam tu perkara normal, lagi-lagi kalau untuk penerbangan jauh.
    • Kat KLIA / KLIA2 banyak tempat boleh 'melepak' sambil tunggu flight berlepas. Nanti Mat Drat share sikit kemudahan di KLIA/KLIA2 untuk panduan.



    KLIA/KLIA2  to KL Sentral
    First train departs 05:48 am(KLIA2), 
    05:52 am(KLIA)
    Last train departs 12:59 am(KLIA2), 01:03 am(KLIA)


    • Tren PERTAMA dari KLIA2 bertolak pada jam 5:48am, tiba di KLIA  5:52am sebelum menuju ke KL Sentral. Dijangka tiba di Station Salak Tinggi 5.59am
    • Tren yang TERAKHIR  pula bergerak dari KLIA2 adalah pada jam (12:59am), tiba di KLIA (1:03am) sebelum menuju ke KL Sentral. Dijangka tiba di Station Salak Tinggi (1:09am).
    • Jadi kalau tiba di KLIA/KLIA2 tengah malam dan tak sempat mengejar tren terakhir, boleh la tunggu tren awal yang pertama ke KL Sentral. 

    • Untuk maklumat terkini mengenai jadual KLIA Transit baru sila layari laman web rasmi DI SINI
    • Dan untuk jadual penuh perjalan KLIA Transit, sila KLIK DI SINI


    Tambang Tren KLIA Transit / ERL ke KLIA KLIA2 

    Dari sini ke KLIA / KLIA2 hanya RM4.90 sehala (Kanak-kanak RM 2.20). 
    Warga emas, student dan OKU dapat diskaun 30%. ( Tunjukkan IC ,Kad Pelajar & KDS1M , dan Kad Oku dikaunter untuk dapatkan diskaun tambang). 

    Untuk maklumat harga tambang terkini (sekiranya ada perubahan) sila layari laman web rasmi dengan KLIK DI SINI
    Tambang ERL KLIA Transit

    Mesin Tiket ERL KLIA Transit 



    Bas Percuma ke KLIA / KLIA2 - Bas Selangorku

    • Jika nak jimat lagi, boleh guna bas ke KLIA / KLIA2 dengan Bas Selangorku.
    • Tapi bas ni akan ambil masa yang agak lama. 
    • Saya tak rekemen kalau nak travel, elok naik sahaja tren.
    • Tapi sebagai alternatif, saya kongsikan sedikit gambar untuk panduan.
    • Menurut pemandu bas ni, jika di awal pagi bas akan penuh kerana ramai mereka yang bekerja di KLIA/KLIA2 akan menggunakan perkhidmatan bas percuma ini.
    • Sewaktu saya di sini, hanya ada 2 orang yang penumpang. Waktu ni dalam 2 petang.

    Bas Percuma ke KLIA / KLIA2 - Bas Selangorku



    Bas Percuma ke KLIA / KLIA2 - Bas Selangorku

    Bas Percuma ke KLIA / KLIA2 - Bas Selangorku

    Bas Percuma ke KLIA / KLIA2 - Bas Selangorku

    Bas Percuma ke KLIA / KLIA2 - Bas Selangorku


    Harap perkongsian ini bermanfaat. Ada apa-apa info tambahan akan saya update dari masa kesemasa. Dan sebarang komen saya ucapkan terima kasih.


    ~ Mat Drat ~


    Kalau rasa bermanafaat, boleh share. πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡



    32 comments:

    1. Kiranya, kalau nak parking untuk tempoh yang lama, park n ride di putrajaya lebih jimat la kan? sebab saya baca, kat sini entry charge pun dah rm3 + overnight charge rm 5..di putrajaya entry charge rm 2 + overnight charge rm 4. (correct me if i'm wrong hee)

      Jadi pendapat mat drat, where is better and safer to park car for two weeks travel ?

      ReplyDelete
      Replies
      1. Hi Athi,
        Kalau rate Putrajaya belum naik, akan jimat RM1 perday. Tapi dari sini, tambang ke KLIA/KLIA2 mahal sikit compare dari Salak Tinggi. Kalau ramai naik tren, saving tak banyak la kot.

        Better n safer tu, susah gak la nak cakap. Putrajaya tu saya dah biasa, jadi utk saya... rasa lebih selesa.

        Tapi My trip next week dgn my family (with kids), mungkin saya Park di Salak Tinggi utk 5 days dan akan naik 2nd last tren ke KLIA.
        (Tapi Kalau terlalu sunyi, mungkin Park di Putrajaya je kot...)

        Delete
      2. Sebenarnya ni kali pertama saya nak park kereta untuk tempoh yang lama (10 hari). Saya pun mungkin berseorangan masa tu. Jadi, saya sedang survey tempat parking yang selamat & sesuai untuk letak kereta bagi tempoh yang lama.

        Apa-apa pun,terima kasih atas perkongsian pendapat :)

        Delete
      3. kalau seorang, Putrajaya Sentral Park N Ride lebih okey kot.

        jauh bercuti tu kalau 10 hari tu.... selamat bercuti dan enjoy your trip

        Delete
      4. Hehe.terima kasih.. selamat bercuti juga!

        Delete
    2. I was very happy to uncover this page. I want to to thank
      you for ones time just for this fantastic read!!
      I definitely savored every part of it and I have you book-marked to
      look at new stuff in your blog.

      ReplyDelete
    3. I need to to thank you for this excellent read!! I absolutely enjoyed every bit of it.
      I have got you saved as a favorite to check out new stuff you post…

      ReplyDelete
    4. Assalam. Hi mat drat. Sy suke bace entri mat drat tulis. Especially mmg sy bercadang bercuti bawa mak ayah n family ke langkawi. And naik airasia . Nk minta surgestion mat drat. Sy family 20 org. Mgkn kereta akan park 4 kereta then terus KLiA. Nak tya mane yg save utk park. And saya bawa budak2 6org. Surgest please antara salak tinggi & putrajaya?

      ReplyDelete
      Replies
      1. Wasallam. Hi Amy, TQ singgah blog saya.

        Kalau 20 org... utk 1 kereta dlm 5 orang. Kira ramai gak tu. Rasanya Salak Tinggi lebih save sebab tambang lebih murah. Return tiket KLIA dlm RM 10, compare dari Putrajaya RM 19.

        Tapi kalau nak ke KLIA/KLIA2 waktu tengah malam dan balik pun tengah malam... saya lebih preferred Putrajaya. Saya tak pernah park di Salak Tinggi utk jadual flight yg tengah malam/ awal pagi.

        Delete
      2. Dan kalau nak park di Putrajaya, nanti kira la dulu kos parking + tiket train vs kos parking kat KLIA/KLIA2.

        Bukan apa, kalau jimat sikit je compare park di KLIA/KLIA2, saya rasa elok park terus di KLIA/KLIA2 je.... sebab ada kanak2 + mak ayah.... lebih selesa

        sebab Amy pergi dgn Mak + Ayah + Kanak2,

        Delete
      3. saya mulan lepas ke Bandung 4hari... 7 org dengan 2 anak kecil.

        Mula2 nak park kat salak tinggi...tapi flight awal pagi dan balik lewat malam... so plan nak park kat Putrajaya.

        Fikir2 factor keselesaan... saya park terus kat KLIA2 je
        - tak nak menunggu lama di airport awal pagi (kena naik last tren)
        - takut flight balik delay... takut nanti last tren dari KLIA2 terlepas

        - Dan rasanya akan banyak bagasi bertambah... Bandung tempat shopping.

        Saya park di KLIA2, kos lebih dalam RM 20 shj dari Putrajaya Sentral. Tapi selesa, balik2 bercuti dalam keletihan (dah 4 jam menunggu di Bandung Airport)... dengan barang banyak , rasa berbaloi. Anak2 pula, masuk kereta boleh terus tidur.... sebab sampai dah tengah malam.

        Delete
    5. Assalam. Hi mat drat. Sy suke bace entri mat drat tulis. Especially mmg sy bercadang bercuti bawa mak ayah n family ke langkawi. And naik airasia . Nk minta surgestion mat drat. Sy family 20 org. Mgkn kereta akan park 4 kereta then terus KLiA. Nak tya mane yg save utk park. And saya bawa budak2 6org. Surgest please antara salak tinggi & putrajaya?

      ReplyDelete
    6. Salak Tinggi Park & Ride should improve the following statements:
      Flat rate (4am – 1:59am) – RM 3.00 / Entry / Day
      Overnight parking (2am – 3:59am) – RM 5.00

      Should state more clearly:
      Flat rate, RM3.00, from 4am today till 1.59am tomorrow (22 hours of parking)

      Overnight parking (2am – 3:59am) is a misleading term here.
      Normally overnight is 8 hours.
      Here it refers to ONLY 2 hours of parking, from 2am – 3:59am each day, and charges a flat rate of RM5.00.
      Even if you park for 5 minutes between 2 to 3:59am, you have to pay RM5.00.
      Please change the word "Overnight" - wrongly used and misleading.

      Should state more clearly:
      RM3.00 for 22 hours of parking from 4am one day till 1.59am next day.
      RM5.00 for 2 hours of parking from 2am to 3.59am each day.
      RM8.00 for 24 hours of parking from 4am one day to 3.59am next day.

      Because if I enter ONE-TIME Salak Tinggi Park & Ride today at 6am, park my car there, and leave Salak Tinggi Park & Ride at 6am tomorrow, I will be charged RM3 (from 6am today till 1.59am tomorrow) + RM5 (from 2am to 3.59am tomorrow) + RM3 (from 4am to 6am tomorrow) = RM11 of parking fee.

      Not RM8, but RM11.

      ReplyDelete
      Replies
      1. you got point here. agreed with you. Thanks for the details calculation.

        a few times juga rasa 'terbayar' lebih. No wonder la.... the charges start at 6am and not an hour to hour basic.

        Delete
    7. abey mat,
      parking berbumbung level mana yg connect direct dgn kaunter tiket?
      lpastu abey mat rekemen turunkan bagasi/org kt lobi baru masuk parking ke masuk parking terus pon boleh?
      tq

      ReplyDelete
      Replies
      1. Abe Q....
        Connect di Ground Floor. Sini senang turun kan org/bagasi dulu kalau byk bagasi n ramai org (budak2 n org tua2)
        Park n Ride Salak Tinggi ni tak mcm Park n Ride Putrajaya Sentral ye. Kalau Putrajaya Sentral kena turun sekali kat parking

        Delete
      2. Pagi tadi saya Park kat Putrajaya Sentral, malas nak drive jauh ke sana... Ni pun tgh travel seminggu ni.. 😊

        Delete
    8. Boleh kira di website kami:

      https://blog.pakej.my/info/tempat-parking-murah-ke-klia-atau-klia2/

      terima kasih tuan Mat Drat :)

      ReplyDelete
    9. Alhamdulillah. Sgt membantu. Terima kasih. Murah rezeki awak

      ReplyDelete
    10. Tq..sgt membntu...mmg tgh cri parking y murah n dekat dgn klia2..tqvm

      ReplyDelete
    11. December lepas saya park 5H4M di KLIA2 sahaja sebab ramai,
      -Nak park ni Putrajaya Sentral rasa kurang berbaloi sebab lebih kurang sama je total caj parking + tiket tren 7 orang.
      - Nak Ppark di Salak Tinggi pula macam tak berapa 'selesa' nak naik last tren 12:30am kat sini dengan anak2....

      Jadi saya park terus di KLIA2... dan senang balik dari Bandung dengan bagasi banyak, turun flight tak perlu nak heret beg banyak ke sana sini.

      ReplyDelete
    12. Dan Februari lepas saya park di Putrajaya Sentral untuk 5 hari.

      Saya suka park kat Putrajaya Sentral ni sebab dekat sikit... dari tol Putrajaya tu dalam 20 minit je. Kalau ke Salak Tinggi, agak jauh - malas nak drive jauh2..

      ReplyDelete
    13. tq.sy amat perlukan info2 parking ni.coz nak ke bandung 4hari.tpi dalam 15org.anak2 ramai.better park klia2 kan.sbb smpai malam dan dtg awl pagi.naik pun kt klia2. cume nak tau berapa harga di klia2 tu ye

      ReplyDelete
      Replies
      1. maximum RM46 a day for first 3 days, RM20 a day after.

        Mcm saya ke Bandung Dec hari tu, 46 + 46 + 46 + 20 + 20 = RM162

        Delete
    14. Kalau saya park 2 minggu which is kos parking rm112 total tetapi balik masa tu ticket hilang. Mereka akan charge RM50 saja untuk ticket hilang? haha

      ReplyDelete
    15. Thank you very very much!! Sangat2 membantu. Rasanya ni entry yang paling detail sy pernah jumpa. Rsnya parking kat putrajaya central dekat lg dgn sy.

      Saya baru first time nk cuba parking di park n ride ni. Be Mat boleh komen pasal isu keselamatan di parking x? Sy ada member cakap xberapa selamat nak parking sana. Return flight saya dari dan ke klia awal2 pagi so kalau letak kereta kat situ lg conveniant. Tp tu la diorg duk cerita macam2 sy dah serba salah pulak. Please enlighten me. Thank you!

      ReplyDelete
      Replies
      1. TQ Cik Sy!m singgah blog saya..

        Soal keselamatan tu susah nak cakap, so far saya tak ada masalah terutamanya di Putrajaya Sentral. Mmg selalu saya Park, Okey je.. Paling lama 10 hari dan terbaru hujung bulan lepasl saya Park 6 hari.

        Delete
      2. Kalau awal pagi ke KLIA (takut lama tunggu 1st tren) dan awal pagi dari KLIA, mungkin Boleh consider park terus je di KLIA/KLIA2 mcm saya hujung tahun lepas. Cuma kos lebih sikittt la, tapi lebih convenient. Atau boleh cuba grab je kalau travel 2-3 org

        Delete
    16. Terima kasih byk atas info bang..

      ReplyDelete
    17. Ade perkhidmatan taxi tak di station ni?

      ReplyDelete