Monday, 21 August 2017

Percutian ke Busan Korea Selatan - Tips Percutian











Annyeong-haseyo .....

Kali ini Mat Drat berkongsi pengalaman percutian ke Busan Korea Selatan. Percutian kali ni atas tajaan Astro Circle.  

Perkongsian tips di entry ni Mat Drat harap2 sikit sebanyak dapat membantu mereka yang nak bercuti ke Busan.

Busan.... Jika dahulu ramai yang tak berapa kenal Busan ni. Tapi lepas filem Korea Train To Busan keluar, sedikit sebanyak Busan juga dikenali. Kalau tak, sebut Korea....mesti pergi Seoul lepas tu Jeju Island.

Dan kerana Filem Train To Busan inilah juga Mat Drat dapat pergi ke Busan selepas menyertai satu contest di FB Astro Circle. Mat Drat cuma langgan Astro Best (Train To Busan) tonton,  kira zombie dan buat slogan. 

Dan rezeki Mat Drat terpilih menang hadiah Grand Prize:
- Dua Tiket Pergi Balik Kuala Lumpur - Busan
- Penginapan di iBIS Ambassador Busan (Best Western Busan fully booked)
- Tour di Busan (Day 1  & Day 2)
- Airport return (Airport - Hotel)
- Travel Insurance


Memandangkan Mat Drat pada waktu ke Busan ni ada anak kecil yang kena bawa sekali, jadi terpaksalah tanggung sendiri kos penerbangan untuk anak kecil. 

Tetapi pihak ejen di sini (Mayflower) memaklumkan pihak tour di Busan tidak membenarkan anak di bawah 3 tahun untuk mengikuti Tour di sana. Mungkin untuk elak mengganggu peserta tour yang lain.

Dan atas persetujuan bersama, Mat Drat terpaksa tolak pakej tour 2 hari dan pihak ejen menawarkan untuk 'offset' tour  dengan kos-kos lain. Dengan cancel tour di sana, Mat Drat dapat
- Kos flight baby ditanggung sepenuhnya
- In-flight meal dan seat selection tidak perlu bayar
- Dapat check-in awal sehari
- Hotel di upgrade ke Novotel Ambassador Haeundae Busan
- Airport Return (Rasanya ejen upgrade juga sebab pickup by BMW 5 series!!)



Masa Paling Best ke Busan

Seperti biasa, sebelum kemana mana tu kita kena survey juga masa paling best ke sesuatu tempat tu.

Pilih nak pergi masa bila ;
*Musim Sejuk (Winter)    : Dec -  Feb : Average temperature 3ΒΊC, 
*Musim Bunga (Spring)   : Mac -  Mei : Average temperature 17ΒΊC, 
*Musim Panas (Summer) : Jun -  Sept : Average temperature 25ΒΊC, 
*Musim Luruh (Autumn)  : Oct -  Nov : Average temperature 19ΒΊC, 

Untuk Busan, dan Korea amnya.... antara masa paling ramai pengunjung adalah waktu Spring dan kemuncaknya pada waktu Sakura -  full cherry blossom.

Tapi masalahnya waktu ni hotel agak penuh. Tiket penerbangan juga sedikit mahal, dalam kes Air Asia - rasanya susah nak dapat tiket betul-betul murah pada waktu ni.

Pihak Tourism Korea akan paparkan jadual full cherry blossom di Korea dengan lokasi berbeza mengikut kawasan... Busan lain,  Seoul lain dan juga tempat-tempat lain. 

Rasanya dalam tempoh seminggu semuanya dah tamat. Maknanya kalau datang selain tarikh yang diberikan, kita tak dapatlah tengok pokok-pokok sakura sedang berbunga penuh dan mewarnai korea.

Mat Drat pun asalnya minta tarikh sama dengan full cherry blossom, tapi flight tak availabale... semua flight penuh. Jadi terpaksa anjak ke beberapa minggu kedepan.

Ada juga kawan yang suggest pergi time winter, tapi bagi Mat Drat kalau pergi time winter tak sesuai dengan baby kecil. Lagi pun kalau berjalan waktu winter ni, seronok main salji je, nak jalan-jalan agak susah dan premis-premis banyak ditutup atau kalau dibuka pun akan ditutup agak awal.




Pakaian Sesuai

Bergantung kepada musim apa di Korea sewaktu kita ke sana. 

Macam Mat Drat datang waktu Spring, walaupun musim spring,  tapi di sini agak sejuk terutama pada waktu malam. Jadi kena bawa juga baju 'tebal'/jaket cuma tak perlu la bawa baju tebal-tebal sangat. 

Mat Drat ada beli beberapa helai t-shirt di UNIQLO, t-shirt nipis tetapi dapat simpan haba. Apa entah nama baju tu... Sehelai dalam RM 39.00. 

Baju ni boleh order direct je. Lebih senang. Sebab MatDrat hari tu, di Sogo untuk women punya tak ada stock. Salesman suruh cari di Uniqlo lain yang besar macam di One Utama. Jadi rasanya lebih senang beli online, jimat masa dan jimat duit parking n petrol kereta.


πŸ‘‰πŸ‘‰ UNIQLO ONLINE πŸ‘ˆπŸ‘ˆ





Mat Drat sarankan beli la.... kalau jalan waktu siang, pakai la buat lapis dalam. Tak la sejuk sangat bila di tiup angin. Kalau waktu malam tu, pun dapat membantu. Jangan pakai waktu winter sudah la... tak membantu sangat rasanya.

Mat Drat ada bawa juga jaket untuk jalan-jalan waktu malam. Kat Busan pun ada beli lagi sebab murah sangat... (yang bundle la). 

Bila di dalam station metro underground,  ia tak sesejuk seperti di luar walau pada waktu malam.



Penerbangan ke Busan

Untuk ke Busan, hanya Air Asia sahaja yang tawarkan penerbangan ke sana. MAS hanya tawarkan penerbangan ke Seoul sahaja.

Penerbangan mengambil masa lebih kurang 6 jam 15 minit. 
Beza waktu Malaysia dan Busan adalah 1 jam.

Sarapan disajikan menjelang subuh, lebih kurang 2 jam sebelum mendarat.
Jadi, sebelum naik flight tu makan la kenyang-kenyang. 

Walaupun ambil penerbangan Air Asia awal pagi, beli sahaja in-flight meal. Bila makanan dihidangkan diawal pagi, tu dah kira sarapan. Nanti sampai kat Busan, tak ada la lapar dan berpusing nak cari makan.

Ini juga penerbangan pertama kali Mat Drat dengan baby bawah 2 tahun.  Bila 
kita terbang bersama anak kecil ni, baru Mat Drat tahu yang kita :
- tidak boleh check in secara online
- tidak boleh ambil seat dibahagian depan berhampiran bussiness class

Untuk keselesaan dan kelegaan anak kecil, elok rasanya ambil seat yang paling depan (dibahagian yang dibenarkan). Jadi anak ada ruang lega yang agak luas, kalau dia boring-boring, bolehla kita lepaskan dia di hadapan kita sebab depan tu tak ada kerusi penumpang lain.


Seat depan sekali ni boleh la baby rasa 'lapang'


Nanti ada masa, Mat Drat share juga serba sedikit tips terbang dengan baby atau anak kecil.

πŸ‘‰πŸ‘‰ Tips Terbang Bersama Anak Kecil



Hotel di Busan

Pada asalnya pihak ejen Astro tawarkan hotel Best Western Busan. Tetapi memandangkan Mat Drat pergi ke sana dikira masih dalam waktu peak season, Best Western tidak ada kekosongan. Pihak ejen tawarkan Ibis Ambasador Busan, kira downgrade la.

Best Western Hauendae ni memang menjadi pilihan ramai kerana lokasinya Huandae Beach. Huandae Beach memang lokasi paling digemari pelancong yang datang ke sini. Rate pun tak mahal, satu bilik per malam dalam RM 200 ++ sahaja. Dah penuh, tak dapat la stay kat Best Western.

Sebagai ganti, Mat Drat diberikan hotel Ibis Ambassador Busan City. Ibis hotel ni boleh dikira sebagai hotel 'budget' tapi kebanyakkannya mendapat pengiktirafan hotel 3 bintang. Walau pun 'budget' tapi cukup selesa. 

Balik dari Busan hari tu, Mat Drat ke Bangkok untuk 4 malam dan menginap ni Ibis Hotel Bangkok. Memang selesa.

Seperti yang Mat Drat beritahu awal2 tadi, 'package tour 2 hari' yang Mat Drat tak dapat join telah di ganti dengan item-item lain. Dan salah satunya adalah Mat Drat dapat check in awal sehari dan hotel di upgrade ke The Novotel Ambassador Busan (sebelah Hauendae Beach)

Hotel Novotel Ambassador ni betul-betul sebelah tempat tumpuan pelancong di Hauendae ni. Pantai ni memang happening terutamanya jika musim panas. Katanya juga, pantai ni paling digemari di Korea. Sure, waktu summer mesti berderet manusia berjemur di sini. Tengok di IG dengan #HauendaeBeach , memang boleh tahan ke'happening'an dan ke'hot'tan pantai ni.


Okey, Walaupun Novotel Ambassador ni sedikit mahal iaitu RM 400++ satu malam, Mat Drat suka Novotel Ambassador ni sebab
- Cuma dalam 500 meter ke station Metro Hauendae
- Nak cari makanan halal senang di sini. Depan hotel pun ada satu.
- Service memang mantap sebab 4 bintang
- Juga menjadi pilihan 2 Airlines untuk penginapan staff mereka. (Perasan semasa breakfast - sama sama breakfast)


Dan pantai ni juga buat Mat Drat teringat trip Mat Drat ke Barcelona beberapa tahun lepas (Tajaan Qatar Airways) di mana pihak Qatar Airways bagi penginapan di W Barcelona yang betul-betul di sebelah pantai Barceloneta. Barceloneta Beach ni kira pantai paling happening di Barcelona.... terutama ketika summer. Cuba la intai-intai IG dengan #Barcelonetabeach. Memang happening dan meriah dengan manusia.


Hasil pembacaan dan pengalaman di sana, Mat Drat boleh rasa 2 tempat yang biasa menjadi tumpuan pengunjung untuk menginap adalah kawasan sekitar
- Haeundae-gu
- Jung-gu (Busan City)  

Bagi Mat Drat, kawasan Haeundae lebih senang untuk mencari makanan halal sebab ada 3 restoran halal berhampiran Station Metro Haeundae.

Bagi yang menginap di sekitar Busan City,  akan lebih dekat dengan lokasi tempat-tempat menarik seperti Gukje Market,  BIFF Square,  Jagalchi Market, Yeondongsun Park dan Lotte Mall. 

Jadi boleh la pilih ikut kesesuaian, nak senang jalan-jalan atau nak senang cari tempat makan. 

Jika ingin lihat hotel-hotel pilihan di sekitar Busan, boleh la klik link dibawah. 

πŸ‘‰πŸ‘‰ Hotel Di Busan - Agoda Recommendation




Pengangkutan di Busan Korea Selatan


Metro Tren
- Di Busan ni pengangkutan utama adalah menggunakan public tren Subway Metro. 

- Tiket single trip untuk section 1 berharga 1,300 won (Dewasa) dan 900 (won) untuk remaja. Manakala untuk section 2 pula berharga 1,500 won (Dewasa) dan 1,200 (won) untuk remaja.

- Tiket daily pass boleh dibeli di station metro untuk lebih jimat. Harga tiket 4,500 won dan boleh guna sepanjang hari untuk subway metro. Tak kira beli pukul berapa. tiket akan expired pada waktu terakhir service tren pada hari tersebut. Maknanya, esok pagi tidak boleh digunakan lagi walaupun belum 24 jam.

- Mesin tiket hanya terima notes kecil,  jadi sediakan duit kertas kecil.  

- Ada sesetengah station sediakan mesin tukar duit. 
Klook.com

Untuk kesana kemari, memang Mat Drat bergerak menggunakan tren Metro. Cuma bila masuk ke hari ke 3, Mat Drat mula menggunakan teksi untuk ke destinasi tertentu dari station metro,  dah tak larat nak berjalan.

Bukan apa, bila dah masuk hari ke 3, kaki pun dah mula lenguh-lenguh apatah lagi berjalan dengan baby kecil. Tambahan pula day 1 & day 2 kami memang berjalan dari pagi hingga ke malam. Memang berjalan sungguh!!!

Naik tren di sini boleh dikatakan akan sentiasa penuh, tetapi jangan risau jika bawa anak kecil sebab orang-orang Korea ni sangatlah baik hati.  Mereka sentiasa tawarkan tempat duduk, dan ada sekali tu....Mat Drat sendiri pun di suruh duduk sekali dengan isteri dan baby.

Hari pertama Mat Drat dibantu oleh petugas di station metro Haeundae untuk beli tiket daily pass ni. Dan hari-hari berikutnya, Mat Drat dah boleh beli sendiri. 


Percutian ke Busan Korea Selatan - Tips Percutian
Ada pilihan bahasa Inggeris. Jangan risau


Percutian ke Busan Korea Selatan - Tips Percutian
Petugas ni tolong tukarkan duit. 
Mesin ni menyenangkan pengguna.

Percutian ke Busan Korea Selatan - Tips Percutian
Mereka di sini sangat friendly sebenarnya, tak percaya....
baca la travelog ni sampai habis.

Percutian ke Busan Korea Selatan - Tips Percutian
Station Metro Huaendae...
Agak lengang sebab kira dah station hujung
Mesin tiket di Station Jangsan dan disebelahnya mesin tukar duit





Bas Hop In Hop Off / Busan City Tour
- Mat Drat ada juga study dan merancang nak naik bas hop in hop off ni di Busan, tetapi kekangan tak dapat Mat Drat naik. 
- Memang dah study habis bab bas hop-in hop-off ni.
- Boleh dapatkan info di laman web rasmi Busan City Tour atau City Tour

- Bas Busan City Tour / Hop-in Hop-off ni ada 2 jenis iaitu Loop Tour dan Theme Tour.

- Loop Tour pula ada 2 route iaitu Hauendae Tour dan Taejongdae Tour.
- 1 tiket Loop Tour boleh guna untuk dua-dua route. 
- Harga tiket daily pass 15,000 won ( lebih kurang RM 55)
- Kedua-dua tour ni (route) akan bertemu di Station Bas Busan. Boleh tukar bas di sini.
- 1 route akan mengambil masa lebih 1 jam 30 minit, belum ambil kira kalau kita turun berhenti ambil gambar lama dan kena tunggu bas berikutnya.
- Kalau naik 2 route (Hauendae Tour dan Taejongdae Tour), Mat Drat kira-kira akan makan masa yang agak lama.
- Nak lebih faham, klik view tour interactive di SINI - LOOP Tour

- Theme Tour pula ada 4 jenis tour iaitu Historic and Culture Tour, Haedongyonggunsa Temple Tour, Eulsokdo Eco Tour dan Night View Tour.
- Harga setiap tour berbeza dan 1 tiket untuk 1 tour sahaja.

Hari pertama sampai tu kononnya Mat Drat nak relax-relax dengan naik bas Hop In Hop Off dari station/bus stop bas Huaendae (sebelah hotel je). Sekitar jam 3.30pm bas sampai, bila Mat Drat nak naik driver bas cakap elok naik esok sahaja sebab bas ni trip yang terakhir. Nanti tak sempat nak tukar bas route Taejongdae... kira rugi. Driver dah kata macam tu,  ikut kna je la. 

Bas Hop-In Hop-Off ni ada beberapa route, kita boleh beli mengikut minat kita.

Hari kedua dan hari ketiga Mat Drat tak plan nak naik bas ni sebab banyak tempat-tempat yang Mat Drat nak pergi tak dicover oleh bas Hop In Hop Off ni.


Airport Transfer - Gimhae Airport ke Busan City

Kami di sini sebenarnya tak pening pasal bab airport transfer sebab semuanya di uruskan oleh ejen kami.  Driver sememangnya sedia menanti kami di arrival hall, jadi kami tak risau.

Walau bagaimana pun, untuk pembaca Mat Drat kumpul sedikit info mengenai airport transfer ke Busan City. Info Mat Drat ambil dari pamplet untuk tourist yang ada kat airport.

Ada beberapa pilihan untuk ke Busan City iaitu :

1. Bas Airport Limousines
Ambil bas di Bus Stop 2, 1st Floor International Airport.
- Ada dua bas / route ( Haeundae dan Seomyeon / Busan Station)
- Setiap laluan, bas akan berhenti di beberapa perhentian disepanjang laluan

Bas Airport -  Haeundae
- Waktu operasi 06:45 - 22:15 ( Bas setiap 30-35 minit ).
- Masa Perjalanan  1 jam 20 minit
- Bas aa
Tambang 7,000 won ( 4,500 won untuk kanak-kanak)


Bas Airport - Saemyeon / Busan Station
- Waktu operasi 06:55 - 21:15 ( Bas setiap 40-45 minit ).
- Masa Perjalanan  1 jam 
Tambang 6,000 won ( 4,000 won untuk kanak-kanak)


2. City Bas 
- Naik di International Airport, Bus Stop 3. ( 1,300 won)
- City Bus 307 ke Haeundae-gu

- City Bus 1009 ke Geumgok/Gadeok Quay


3. Subway Metro
- Boleh terus ke Busan City dengan LRT dan tukar kepada Subway Metro
- Naik Busan - Gimhae Light Rail transit (LRT) dan tukar kepada subway metro.
- LRT perlu turun di station Daejoo untuk tukar kepada subway metro Line 3 atau di station Sasang untuk tukar kepada subway metro Line 2


- Jika menginap di sekitar Haeundae, dari LRT sambung Metro Line 2
- Jika menginap sekitar Busan Station/ Nampo, kena naik Metro Line 1. 
- Metro Line 1 ni bertemu dengan Line 2 di Station Seomyen.
- Metro Line 1 ni bertemu dengan Line 3 di Station Yeonsan.

- Nak senang, sampai di airport kena ambil map untuk tourist. lengkap dengan map subway metro.

4. Taxi 
Tambang di antara 20.000 wom - 30,000 won. 
Tambang ni bergantung kepada lokasi - klik untuk anggaran Tambang Taxi )



Tempat Menarik di Busan Korea Selatan

Di Busan ni memang banyak tempat yang menarik untuk di lawati. Di part Travelog entry berikutnya nanti Mat Drat share lokasi-lokasi yang Mat Drat lawati dan kunjungi. Jadi kena baca la beberapa entry travelog yang Mat Drat kongsikan.

Tempat-tempat berikut yang Mat Drat lawati

  1. Yongsudan Park - kalau minat 
  2. Gamcheon Culture Village - wajib pergi
  3. Oryukdo Skywalk - wajib pergi
  4. Huaendae Beach - kalau suka
  5. Jagalchi Market - pun kira wajib (selalu masuk dalam dokumentari)
  6. BIFF Square (Busan International Film Festival) - pun wajib
  7. Gukje Market - pun wajib sebab Running Man pun ada buat di sini
  8. Gwangbokro Fashion Street
  9. Huaendae Dalmaji-gil Road ni wajib pergi kalau full cherry blossom
  10. Masjid Busan Al-Fatah - ni memang wajib pergi


Dan beberapa tempat yang ingin dilawati tetapi masa tak mengizinkan

  1. Gwangandaegyo Bridge
  2. Yeongdodaegyo Bridge
  3. Dongbaeksom Islang
  4. Taejongdae
  5. Gwanggali Beach
  6. Beomeosa Temple





Tempat Makanan Halal di Busan Korea Selatan

Di Korea Selatan ni khususnya Busan kalau nak mencari restoran halal agak sukar sedikit berbanding di Seoul. Pilihan tidak banyak lagi-lagi jika kita mencari restoran yang menyajikan masakan tempatan. Memang kita perlu study dahulu tempat-tempat makanan halal di sini atau restoran yang menyajikan makanan halal untuk memudahkan kita. Takkan 4 -5 hari nak makan maggi dan nasi segera je kan....

Walau pilihan agak terhad, semasa di sini Mat Drat tiada masalah untuk makan kerana lokasi hotel di Haeundae ini berhampiran dengan beberapa restoran halal. Cuma Mat Drat tak dapat menjamu selera dengan masakan tempatan sahaja di sini, sebabnya restoran yang menyajikan masakan tempatan halal agak jauh dari lokasi yang Mat Drat tuju.

Nak makan seafood,  di sini memang banyak dan semuanya fresh-fresh terutama di area Jagalchi Market.  Cuma kena rajin cari yang halal masakkanya. Ada rakan-rakan (juga di blog-blog) kata makan seafood di sini halal, janji makan seafood je TAPI Mat Drat ni bab bab makan berkira sikit,  jadi tak try la seafood kat sini.

Nanti Mat Drat akan share lokasi-lokasi Mat Drat singgah makan dan juga senarai restoran halal di Busan Korea Selatan ini berdasarkan pemerhatian semasa di sana dan juga berdasarkan maklumat dari pihak Korea Tourism dan juga Busan Tourism..  



Tapi nak bawa makanan segera macam Mat Drat pun boleh juga, sebagai 'back-up' untuk makan kat sini. Antara yang Mat Drat cadangkan boleh la bawa nasi-nasi segera jenama Brahim's dan My Chef.

Kalau My Chef ni boleh order online je, beli lebih akan dapat diskaun lebih. Kalau duduk area Shah Alam, boleh juga order online dan self pick-up macam Mat Drat hari tu.

Facebook: 

https://www.facebook.com/delicious.mychef/

Nak beli boleh order di

http://store.mychef.com.my

Untuk maklumat awal, mengikut buku/pamplet "Halal Restaurant Week Korea" yang Mat Drat perolehi dari pihak Korea Tourism Organization semasa Matta Fair baru-baru ni, pihak Korea Tourism Organization mengkasifikasikan 4 kategori Muslim-Friendly Restoran  iaitu

  1. Halal Certefied - Restoran yang ada pengsijilan sijil halal dari badan/pihak tertentu.
  2. Self Certified - Restoran di akui halal oleh pemilik restoran itu sendiri.
  3. Muslim Friendly - Ada menu halal disajikan tetapi mungkin Alcohol juga disajikan.
  4. Pork Free - Restoran tidak sajikan makanan halal tetapi tidak sajikan 'pork'. Alcohol mungkin disajikan
Nak cari yang ada Halal Certified agak sukar, yang ada 'Self Cerified' atau status 'Muslim Friendly'. Kalau  status 'Pork Free' tu, rasanya mungkin boleh consider untuk cari tempat lain walau pun tak sediakan pork ye. Takut bahan-bahan lain pun ada.




Lain -  Lain Tips

Map / Tourist Guide
Jangan lupa ambil map dan pamplet tourist guide sebelum meninggalkan airport.  

Ambil pamplet English ye,  Mat Drta hari tu kelam kabut terambil tulisan Cina punya.  Nasib baik wife ada ambik yang English version. 

Tourist guide n map ni sangat sangat membantu terutama map subway metronya.




Masjid Busan 

Masjid di Busan terletak di Geumdan-ro. Juga dikenali Masjid AL-Fatah atau Busan Islamic Mosque. Boleh baca travelog saya di :
πŸ‘‰πŸ‘‰ Travelog Percutian Ke Busan Korea - Part VI  (Masjid Al-Fatah, Cappodicia)


Surau /Prayer room di Gimahae Airport

Di Gimhae terdapat sebuah surau/prayer room. Terletak di 'south passenger terminal' di 3rd floor.



Sim Kad 
Sim Kad ada dijual di airport tapi kalau rasa tak perlu sangat,  tak payah la beli. Guna je wifi hotel pun cukup.  Kita tengah bercuti takkan nak mengadap handphone tak henti-henti.

Nak update apa apa kat FB, IG...update masa kat hotel je la. Public wifi pun ada.

Busan Metropolitan City-Free Service disediakan di banyak tempat tarikan pengunjung seperti di panta dan tourist attraction. Hanya cari wifi "Dynamic Busan" dan sambung kepada wifi yang ditawrkan.


Percutian ke Busan Korea Selatan - Tips Percutian Sim kad
Harga sim kad di Busan Korea




Imigresen dan kastam di airport sini tak ketat sangat,  jadi makanan yang kita bawa tidak diperiksa. Boleh bawa tanpa masalah.  Cuma jangan bawa barangan larangan je. 







....  Ada tips yang Mat Drat ingat akan Mat Drat tambah kemudian.

Akan bersambung dalam travelog percutian ke Busan. Susah juga nak update blog ni kalau tengah bercuti ni sebenarnya....

Tunggu juga cerita dan perkongsian selanjutnya untuk trip Mat Drat ke Kuching, Bangkok dan Pattaya.

Sekarang ni Mat Drat tengah bercuti di Langkawi lagi... walaupun hujung tahun lepas dah ke Langkawi. πŸ˜ƒ



bersambung di entry berikutnya... Travelog Part I
πŸ‘‰πŸ‘‰ Travelog Percutian Ke Busan Korea - Part I







~Mat-Drat~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡


Perkongsian lain berkaitan Trip Busan ini



2 comments:

  1. Assalamualaikum Mat Drat,
    Terima kasih kerana blog sgt2 membantu. Saya juga sedang plan trip ke sana sendiri, and baru first time pegi so masih x familiar with certain things. Saya nak bertanya berkenaan dengan Bas Airport Limousin tu. Bas tu akan hantar passenger from Airport shj atau boleh pick up passenger ke Airport jugak ye? Contohnya sy akan menetap di area Seomyeon dan dari apa yg saya baca Airport Limousine ni akan drop off di area Lotte Hotel and Seomyeon 1st street. Tapi kalau nak gerak ke airport dari situ, boleh ke naik Airport Limousine ni jugak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam

      terima kasih sudi singgah blog saya.

      Saya tak naik bas utk airport transfer hari tu, tapi info dari website route Bus Limousine tu memang untuk juga ke airport.
      Saya tak cerita detail bab bas dlm blog... takut salah info sbb tak ada pengalaman.

      Dari website, Airport (Bus Limousine) https://www.airport.co.kr/gimhaeeng/extra/bus/busList/layOut.do?menuId=2728&categoryIdx=10


      Gimhae Airport→Seomyeon/Busan Station
      First bus : 07 : 00,
      Last bus : 21 : 50

      ○ Main Route
      International Terminal - Domestic Terminal - Seomyeon Lotte Hotel - Hyundai Department Store - Busanjin Station - Busan Station - Jungangdong - Nampodong

      ○ Time Table(From Domestic Terminal)
      07:00, 07:40, 08:20, 09:00, 09:40, 10:20, 11:00, 11:40, 12:20, 13:00, 13:40, 14:20, 15:00, 15:40, 16:20, 17:00, 17:40, 18:20, 19:00, 19:40, 20:20, 21:00, 21:50


      Harap dapat membantu.

      Delete