Wednesday, 2 August 2017

Bercuti ke Melaka : Dataran Pahlawan

bersambung dari entry sebelum ini...👉👉 Bercuti ke Melaka Part 1



Bercuti ke Melaka Tempat Menarik Melaka A Famosa







Untuk entry ni Mat Drat share sikit mengenai tempat yang Mat Drat singgah di sekitar Dataran Pahlawan. Saja share di entry berasingan sebab gambar agak banyak.


Dataran Pahlawan Bandar Hilir Melaka

Banyak tempat menarik dan tempat bersejarah dan di sekitar Dataran Pahlawan ini.
    Cuma di sini tempat parking agak terhad. Pastikan parking di petak parking yang disediakan.  

    Tempat bersejarah disekitar Bandar Melaka :
    1. Muzium Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan (Proclamation of Independence)
    2. Muzium Istana Kesultanan Melaka
    3. A Famosa
    4. Bangunan Stadhuys ( Bangunan warna merah)
    5. Muzium Maritim
    6. Muzium Kapal Selam
    7. Muzium TLDM
    8. Muzium Dunia Islam Melaka
    Hanya 4 tempat bersejarah di atas yang kami singgah iaitu Muzium Pengishtiharan Kemerdekaan, Muzium Istana Kesultanan Melaka, A Famosa dan Bangunan Stadhuys.


    Selain itu, di kawasan Dataran Pahlawan ini ada juga tarikan lain seperti
    • The Pirrate Adventure
    • Melaka Alive
    • Menara Taming Sari
    • Beca Berhias
    • Melaka River Cruise.


    Beca Berhias

    Tempat Bersejarah Menarik Melaka Dataran Pahlawan Beca Berhias


    Di Dataran Pahlawan ini terdapat perkhidmatan beca. Boleh la pilih nak naik beca mana yang berkenan, ikut la corak atau karektor apa yang anak-anak suka. Biarlah anak-anak pilih, takkan mak ayah pulak yang lebih excited.

    Harga setiap beca boleh kata semua sama sahaja dan bergantung kepada lokasi / pakej yang kita pilih. Kira harga dah fixed la.

    Beca ni siang ada, dan malam pun ada. Kalau naik malam tu beca lebih meriah dengan lampu berwarna warni. Banyak tertumpu di kawasan tarikan pelancong.

    Satu beca boleh naik 2 orang. Tak boleh la naik ramai-ramai, kesian kat yang kayuh beca tu. Kalau anak2 yang saiz kecil, minta la naik 3 orang.

    Kami ambil pakej ke Stadhuys dan berpatah balik ke Dataran Pahlawan. Beca berhenti sekitar 10 minit di Stadhuys (bangunan merah Belanda)





    Tempat Bersejarah Menarik Melaka Dataran Pahlawan beca Berhias


    Selain perkhidmatan beca berhias... juga terdapat perkhidmatan menyewa basikal / skuter elektrik di Dataran Pahlawan ini.


    Tempat Bersejarah Menarik Melaka Dataran Pahlawan
    Sewa Basikal di Dataran Pahlawan

    Tempat Bersejarah Menarik Melaka Dataran Pahlawan
    Sewa motorsikal elektrik di Dataran Pahlawan




    Bangunan Stadhuys

    Bercuti Tempat Menarik Melaka Stadhuys
    Stadhuys Melaka
    • Stadhuys yang bermaksud sebagai Dewan Perbandaran dalam bahasa Belanda dibina pada tahun 1650 sewaktu Melaka dijajah oleh Belanda. Ia merupakan penempatan rasmi Gabenor Belanda dan timbalannya pada ketika itu.
    • Menjadi tarikan pelancong kerana senibinanya serta warna merahnya yang sunguh menarik. Pelancong dan pelawat memang agak ramai di sini.
    • Kami ke Stadhuys tu dengan beca (beca memang akan berhenti di Stadhuys itu).
    • Di Stadhuys itu nanti banyak gerai-gerai menjual cenderamata/cenderahati.
    • Di Stadhuys itu nanti juga, banyak beca yang menurunkan pengunjung dan pelancong. Beca akan menungu sekitar 5-10 minit bergantung kepada pakej atau arrangement. Sebelum turun di sini, ingat rupa/tema beca kita dan cam (kenal pasti) driver beca kita betul-betul. 



    Bercuti Tempat Menarik Melaka Stadhuys



    Bercuti Tempat Menarik Melaka Stadhuys Cenderamata  murah

    Bercuti Tempat Menarik Melaka Stadhuys Beca Berhias
    Beca menungu di Stadhuys


    Bercuti Tempat Menarik Melaka Stadhuys Beca Berhias



    Muzium Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan



    Tempat Bersejarah Melaka Memorial Kemerdekaan Dataran Pahlawan
    Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan
    Terletak bersebelahan A Famosa dan Muzium Istana Kesultanan Melaka dan mengadap Dataran Pahlawan. Bangunan ini dibina pada tahun 1911 dan dulunya dikenali sebagai kelab Melaka. Mulai 1985, kelab ini di jadikan sebagai memorial berkaitan kemerdekaan.

    Bagus untuk anak-anak mengenali dan mengetahu serba sedikit berkaitan sejarah kemerdekaan selain dari pembacaan melalui buku sekolah. Tak akan mengambil masa lama di sini, 15-20 minit dah boleh habis jelajah memorial ni.

    Tempat Bersejarah Melaka Memorial Kemerdekaan Dataran Pahlawan
    Merdeka !! Merdeka !! Merdeka !!
    Tempat Bersejarah Melaka Memorial Kemerdekaan  Dataran Pahlawan
    Salah satu gambar yang menarik minat Mat Drat


    Muzium Kesultanan Istana Melaka


    Terletak bersebalah A Famosa dan Memorial Kemerdekaan. Merupakan replika Istana Kesultanan Melaka. 2 tingkat dan ada dua sayap.  Ada ''model-model' atau replika orang dari zaman kesultanan Melaka.

    Tak ramai pengunjung di sini. Juga sesuai untuk anak-anak,  belajar sejarah melalui penglihatan selain membaca buku. Di sini juga tidak mengambil masa lama, lebih kurang 15-20 minit dah selesai.

    Jangan buat bising dalam ni!!! Takut Hang Tuah atau Hang Jebat terbangun!! Tak pun takut menggganggu Bendahara dan menteri-menteri lain yang sedang bersidang !!




    Tempat Bersejarah Melaka Muzium Istana Kesultanan Melaka
    Hang Tuah!!! Takkan Melayu Hilang Di Dunia


    Tempat Bersejarah Melaka Muzium Istana Kesultanan Melaka
    Hang Tuah dan Hang Jebat sedang bertarung !!

    Tempat Bersejarah Melaka Muzium Istana Kesultanan Melaka
    Mengadap Tuanku Sultan

    Tempat Bersejarah Melaka Muzium Istana Kesultanan Melaka
    Mat Drat menunggu turn untuk mengadap Tuanku Sultan !!


    A Famosa

    Tempat Bersejarah Melaka A Famosa

    Terletak berselahan Dataran Pahlawan dan Istana Kesultanan Melaka. 

    Sedikit sejarah/latar belakang mengenai A Famosa
    • A Famosa atau bermaksud "Yang Termasyur" dalam bahasa Portugis. 
    • Dibina pada tahun 1511 selepas Portugis menakluk Melaka. Dibina atas arahan Alfonso de Albuquerque bagi menangkis serangan orang-orang Melayu Melaka pada waktu itu.
    • Dikenali sebagai Kubu Melaka atau Fortaleza de Malaca.
    • Kota A Famosa ini mempunyai 4 menara (ketelom/bastion) yang dikenali sebagai Baluantealuarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. ( Wikipedia)

    Kalau datang dengan orang tua, jangan la bawa sampai ke atas. Kesian lihat orang-orang tua menapak sampai ke atas bukit tu.Tapi bukit tu sebenarnya pun tak tinggi mana, cuma agak tak sesuai untuk yang berumur dan semput.

    Kalau tak larat nak mendaki, cukuplah sekadar bergambar di bahagian kaki bukit sahaja. 

    Kalau jumpa "uncle" berdua ni dengan motor askar Jerman mereka tu, singgah la untuk bergambar dengan mereka. Jangan lupa letak token. Ini salah satu tarikan kepada pelancong.  

    Teringat masa ke Barcelona dulu, di Psg St Garcia tu ada ramai artis-artis dengan cara tersendiri untuk menarik perhatianpengunjung tapi nak bergambar kena la letak coin sebagai upah mereka. Sama juga konsep, kita perlu menghargai orang yang sebegini.

    Masa untuk anak-anak bergambar di kaki bukit Kota A Famosa.


    Tempat Bersejarah Melaka A Famosa
    Veteran askar kita. 
    Dah bergambar tu jangan lupa letak sedikit token. 

    Tempat Bersejarah Menarik Melaka A Famosa


    Tapi mamat dua orang ni saya tak suka...
    ada ke patut bergaya macam mickey mouse dan clown.
    Lari konsep dari tempat bersejarah!!

    Tempat Bersejarah Melaka A Famosa

    Tempat Bersejarah Melaka A Famosa


    Tempat Bersejarah Melaka A Famosa
    Pemandangan dari atas bukit Kota A Famosa

    Tempat Bersejarah Melaka A Famosa
    Memang sesuai menjadi kubu pertahanan. Dari atas ni bolehnampak jauh ke laut.

    Dan gambar-gambar di Kota  atas pula

    Tempat Bersejarah Melaka A Famosa


    Tempat Bersejarah Melaka A Famosa

    Tempat Bersejarah Melaka A Famosa

    Tempat Bersejarah Melaka A Famosa
    Baca catitan ni.... tertulis sedikit mengenai Portugis vs Belanda ... Katolik vs Protestan


    The Pirrate Adventure



    Antara tarikan lain di Dataran Pahlawan ni adalah The Pirrate Adventure. Cuma kelihatan seperti pengunjung tidak berapa ramai sewaktu Mat Drat ke sini.

    Mungkin pengunjung tak ramai sebab yang ke Melaka ni nak melawat tempat-tempat bersejarah.



    Boleh baca entry sebelum ni 👉👉Bercuti ke Melaka Part 1 untuk perkongsian gambar-gambar sunset dan sunrise yang cantik di Masjid Selat Melaka dan juga pengalaman kami menaiki Melaka River Cruise.

    Dan Cuti-cuti Malaysia ke Melaka Mat Drat bersambung ke entry berikutnya
    👉👉 Umang-Umang Melaka



    Dan link berkaitan trip ke Melaka ini

    👉👉 Tempat-Tempat Menarik di Melaka
    👉👉 Tempat Makan Best di Melaka

    👉👉 Senarai Hotel dan Homestay di Melaka - Recommended by Agoda


    ~Mat Drat~





    No comments:

    Post a Comment