Wednesday, 17 May 2017

Review Samsung Galaxy S8 Malaysia

Review Samsung Galaxy S8 Malaysia




Galaxy S8 , iaitu flasgship Samsung telah mulai berada di pasaran Malaysia sejak minggu lepas. Sen Heng telah mengadakan majlis pelancarannya sendiri pada 4 Mei yang lalu serentak dengan majlis pelancaran yang dilakukan oleh Samsung Malaysia. 

Mat Drat pasti model Samsung Galaxy S8 ini dinanti-nantikan oleh pengguna dan peminat android, lebih-lebih lagi pengguna dan peminat Samsung itu sendiri. Mat Drat secara personally adalah pengguna Galaxy S Series bermula dengan model Samsung Galaxy S3. 3 telefon S Series telah Mat Drat guna. Dan kehadiran model ini memang di nanti-nantikan oleh Mat Drat. Bila dijemput untuk hadir ke majlis pelancaran ini, rasa seronok juga sebenarnya.





Okey, 3 hari sebelum majlis pelancaran Galaxy S8 ini di Malaysia, sebenarnya Mat Drat berada di Korea untuk trip percutian. Di sana juga Mat Drat sempat la intai telefon ni di dua kedai telefon di sana, tetapi oleh kerana semuanya di dalam Bahasa korea, jadi tak dapat la nak explore lebih telefon ni. Balik sahaja ke Malaysia, dijemput hadir ke majlis pelancaran pula... macam tahu tahu pulak yang Mat Drat memang mengintai telefon ni.


Sebelum majlis perasmian ini bermula, para tetamu diberi peluang untuk mengenali dengan lebih dekat telefon pintar Samsung Galaxy S8 ini. Mat Drat pun tak lepaskan peluang untuk mencuba Samsung Galaxy S8 ni.




Tetamu jemputan mencuba sendiri Samsung Galaxy S8 / S8+ ini.


Tapi Mat Drat kena inform awal-awal, dalam entry ni, gambar sangat sedikit sebab koleksi gambar semasa majlis pelancaran semuanya hilang. Hanya tinggal beberapa keeping yang sempat di share ke group whatsapps semasa majlis itu berlangsung. Lain-lain gambar hilang bersama laptop beberapa jam sebelum Mat Drat berlepas pulang ke Malaysia dari Thailand. Yup, balik dari Korea….. selang beberapa hari Mat Drat pergi ke Thailand pula untuk trip 7 hari. Memori handphone tak cukup besar, jadi terpaksa transfer sebahagian gambar ke laptop. Malangnya, laptop pula hilang…. Cuma ada beberapa gambar trip yang sempat di copy ke hard disk. Nasib baik gambar trip Korea sempat di transfer ke harf disk….

 

Okey berbalik kepada Samsung Galaxy S8 ini, Mat Drat kongsikan apa yang Mat Drat suka dan tertarik dengan telefon ni….. dari kaca mata Mat Drat sendiri.



Reka Bentuk dan Skrin

Samsung Galaxy S8/S8+ tampil dengan ‘dual-curved’ skrin 5.8 inci QHD / 6.2 inci QHD. Bagi S8+, walau pun saiznya 6.2 inci tetapi ianya masih cukup selesa di pegang dengan satu tangan.

Rekabentuknya betul-betul menawan dengan Infinity Display dengan penggunaan minimun bazel. Paparan skrin seperti ‘infiniti’ dimana seperti tiada sekatan tepi dinding tepi. Paparan skrin menjadi lebih besar dan lebih memberi kepuasan kepada pengguna.

Mat Drat cukup tertarik dengan skrin S8 ini, susah nak explain sebenarnya, tapi kalau tengok dengan mata sendiri memang betul-betul menarik. Kalau menonton video, Youtube atau bermain game di Galaxy S8 ini, paparan di skrin sangat memukau. Serius!!


Selain tu, Samsung juga telah menambah baik dwi-lengkung Galaxy S8 ini dengan paparan super sAMOLED untuk pengalaman menonton video atau bermain game lebih menyeronokkan. Skrin telefon Galaxy S8 ini , hujungnya berbentuk curve dan tidak petak, jadi cukup selesa dipegang atau diletakkan di dalam poket seluar!



Prosesor dan Memory

Samsung Galaxy S8 ini dilengkapi prosesor OctaCore 2.3GHz, 1.7GHz serta menyokong Dual sim. Ia hadir dengan 4GB RAM dan 64 GB internal memori serta mempunyai slot MicroSD (up to 256 GB). 


Jadi boleh snap gambar puas-puas tanpa risau memory penuh. Sangat sesuai untuk mereka yang suka mengambil gambar. Jangan jadi macam Mat Drat baru-baru ni, memory telefon tak cukup besar dan terpaksa pindahkan sebahagian gambar Trip Korea untuk beri laluan gambar-gambar Trip Thailand. Nasib tak baik, laptop pulak hilang tetapi ada nasib baik pula… sebab ada sebahagian gambar dah di transfer ke hard disk.

Galaxy S8 / S8+ ini dioperasikan oleh android versi terbaru iaitu Andriod 7.0 – Nougat. Ia turut dilengkapi dengan Bluetooth 5.0 dan menggunakan USB Type-C, jadi proses pindahan data (gambar terutamanya) dapat dilakukan dengan lebih pantas.


Ops satu lagi, teringat demo yang ditunjukkan semasa majlis tersebut, Galaxy S8 ni membolehkan kita ‘buka’ dua skrin serentak. Katakan tengah layan Video/ Youtube, dan dalam masa yang sama perlu balas chit-chat, jadi kita tidak perlu di minimizekan video / youtube tersebut. Cukup sekadar kecilkan skrin paparan untuk video/ Youtube tersebut dan balaslah chit-chat tersebut sambil menonton video atau youtube.





 
Selective screenshoot

Sekarang ni screenshoot seperti perkara wajib di telefon. Sikit-sikit screenshoot atau print screen. Yang Mat Drat suka, Galaxy S8 ni ada selective screenshoot iaitu kita boleh pilih siap-siap part yang nak kita screenshoot tu. Boleh pilih dahulu baru di screenshoot, jadi tak ada la bila dah save baru nak crop gambar. Kan lebih pantas.

 

Bateri Berkuasa dan Ringan

Galaxy S8 di datangkan dengan bateri 3,000 mAh manakala S8+ dengan bateri 3,500 mAH. Cukup berkuasa dan tahan lama tanpa perlu risau telefon kehabisan kuasa walau sudah seharian (dalam penggunaan biasa). Kalau yang selalu travel atau selalu habiskan masa di luar, memang tahulah betapa pentingnya telefon dengan kuasa bateri yang tinggi seperti ini. Kadang-kadang tu bila travel, nak caj handphone pun tak sempat…. Bateri baru nak penuh dah nak kena keluar semula.

Dan terima kasih juga kepada Samsung kerana hadirkan Galaxy S8/S8+ ini dengan teknologi wireless fast-charging. Wired Fast Charging juga ada, pilih nak caj telefon ikut kesukaan masing-masing sama ada wireless atau wired.

Dan Galaxy S8 ini hanya seberat 155 gm sahaja. Walaupun bateri berkuasa, tetapi cukup ringan.



Kamera Hebat

Kamera Galaxy S8 ini cukup hebat. Di datangkan dengan 12MP f1.7(OIS) untuk kamera belakang dan 8MP f1.7(OIS) untuk kamera hadapan. 

8MP kamera hadapan untuk selfie, pasti ramai suka. Tak ada lagi maslaah bila selfie gambar sedikit blur atau tak menarik. Bukan tu sahaja, untuk kamera hadapan juga ada Smart Auto Focus. Tak cukup dengan itu, boleh terus letak sticker di “muka-muka” semasa ambil gambar selfie/wefie tu. Tak perlu lagi nila dah snap baru nak letak sticker. Tak cukup sticker yang di pre-install, boleh download di app Samsung untuk tambahan sticker.







Dual Pixel 12MP f1.7 dibekalkan untuk kamera belakang. Walaupun kamera belakang bukan dua lens seperti kebanyakan telefon terbaru sekarang, tetapi software yang di kemaskini mampu menghasilkan gambar yang cantik. Kamera belakang ni boleh digunakan Selective Fokus untuk focus ala-ala DSLR untuk hasil gambar yang lebih memukau.

 

Iris Scan

Ini teknologi terbaru. Samsung Galaxy S8 ini didatangkan dengan teknologi iris scan. Jadi boleh lupakan ciri keselamatan dengan masukkan kod pattern atau thumbprint. Hanya dekatkan telefon dengan mata, scanner akan detect dan akan onkan semula screen telefon. Lebih selamat dan cepat. 

Tetapi kalau lebih selesa dengan ciri keselamatan lama, tidak ada masalah…. Boleh teruskan guna kod pattern atau password.



Harga

Samsung S8 ditawarkan pada harga RM 3,299 manakala
Samsung S8+ ditawarkan pada harga RM 3,699.

Tapi Mat Drat cadangkan beli sahaja di
senQ.



Promosi S8 & S8+ di senQ



senQ menawarkan promosi hebat kepada pembeli Samsung Galaxy S8/S8+. Untuk melihat tawaran promosi dari senQ, boleh KLIK DI SINI.


Pilih sama ada ingin beli secara online atau secara offline (di store)

Ansuran disediakan oleh senQ (tertakluk terma dan syarat)
 
Online = Up to 24 bulan ansuran + Extra 1 tahun jaminan
Offline = Up to 24 bulan ansuran + Extra 1 tahun jaminan + SenHeng Mobile Sim Pack Prepaid.

Untuk membeli secara online, boleh KLIK DI SINI.

~Mat Drat~






No comments:

Post a Comment