Wednesday 8 March 2017

Trip Ke Lahad Datu

Assalamualaikum.


Trip Lahad Datu
Trip Lahad Datu



Kali ni Mat Drat nak share sikit mengenai trip dan pengalamn ke Lahad Datu hujung tahun lepas. Ini bukan lah trip percutian ke Lahad Datu sebenarnya, apatah lagi trip Cuti-Cuti Malaysia ke Lahad Datu. Kali ini Mat Drat ke sana atas sedikit urusan kerja dan mengambil peluang sedikit masa yang ada untuk mengenali sedikit Lahad Datu dan sekitarnya.

Pulang dari Langkawi pada hujung tahun lepas, selang beberapa hari Mat Drat diminta ke Lahad Datu pula.  Ini merupakan kali pertama Mat Drat ke Lahad Datu. KK sudah...Kundasang sudah....Kudat sudat....Kuala Penyu sudah.... kini Lahad Datu pula.



Boleh baca entry Mat Drat sebelum ini untuk Pengalaman trip Ke Langkawi :
👉👉>> Percutian ke Langkawi << 👈👈



Penerbangan ke Lahad Datu

Seperti biasa, penerbangan MAS menjadi pilihan saya. Dan seperti biasa juga, saya ke KLIA dengan menaiki kereta dan park di Park N Ride Putrajaya, Putrajaya Sentral.....memudahkan saya dan lebih menjimatkan berbanding menggunakan Teksi Limo atau ERL

Boleh baca entry saya sebelum ini :


MAS tidak menawarkan penerbangan terus dari KLIA ke Lahad Datu, sebaliknya akan transit di Kota Kinabalu sebelum ke Lahad Datu. Dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu pula, penumpang akan menaiki pesawat yang agak kecil iaitu pesawat ATR 72. Seronok juga sekali sekala naik ATR ni...😃😃


MAS Inflight Meal -
Meal MAS - Simple je...Murtabak
MAS Inflight Meal -




Jadi kalau yang nak direct flight, tak nak transit lama-lama di KK boleh pertimbangkan untuk ambil penerbangan Kuala Lumpur ke Tawau dan dari Tawau kena memandu ke Lahad Datu. Pemanduan akan mengambil masa lebih kurang dalam 2 jam lebih.


Jadi utk Kuala Lumpur ke Lahad Datu ada beberapa pilihan:
MAS Kuala Lumpur - Kota Kinabalu - Lahad Datu
MAS Kuala Lumpur - Tawau - 🚗🚗 Memandu ke Lahad Datu
AirAsia → Kuala Lumpur - Tawau - 🚗🚗 Memandu ke Lahad Datu

Transit Di Airport Kota Kinabalu

Penerbangan kali ini, seperti Mat Drat maklumkan tadi yang Mat Drat terpaksa transit di Kota Kinabalu.


  • Semua penumpang dari Semenanjung dikehendaki ke kaunter imigresen sebelum menyambung ke penerbangan seterusnya.
  • Sebelum mendarat, juruterbang akan buat announcement sebagai peringatan
  • Ada kaunter imigresen khas untuk penumpang transit, jadi tidak perlu ke kaunter imigresen di balai ketibaan.





Kota Kinabalu Airport
Kaunter Imigresen Khas untuk penumpang Transit









Walau bagaimana pun, Mat Drat tidak ke kaunter imigresen transit sebaliknya terus ke kaunter imigresen ketibaan sebab Mat Drat nak keluar dahulu dari bangunan terminal. 

Maklumlah datang bersama rakan yang smoker, jadi kena temankan mereka keluar dari terminal untuk sedut asap rokok di luar bangunan terminal. Lagi pun kami ada 3 jam lagi sebelum penerbangan kami ke Lahad Datu. Lama nak kena tunggu tu.


Ingatan Mesra :
  1. Pastikan passport di cop atau jika tidak membawa passport, pastikan menerima pass lawatan dari kaunter imegresen sebelum menyambung ke penerbangan lain. Kalau tidak, akan hadapi masalah untuk penerbangan pulang nanti.
  2. Ianya merupakan satu kesalahan jika memasuki Sabah (dan juga Sarawak) tanpa pass lawatan ye ( jika tak bawa passport).
  3. Jika ingin terus ke Gate Pelepasan - perlu ke kaunter imigresen transit.
  4. Tetapi jika ingin keluar dari terminal (boarding area)- perlu ke kaunter imigresen ketibaan dan masuk semula ke airport seperti biasa.
Suasana Airport Kota Kinabalu
Starbuck Airport Kota Kinabalu
Minum dulu di sini... temankan  kaki minum kopi
Makan di Airport Kota Kinabalu
Makan KFC je....senang



Penerbangan Kota Kinabalu Ke Lahad Datu

Untuk penerbangan Kota Kinabalu ke Lahad Datu, kami akan menaiki pesawat ATR 72 yang dikendalikan oleh MAS Wings.


  • Penumpang perlu ke terminal di aras bawah. 
  • Gate MAS Wings ini terletak di hujung terminal.
  • Sila beri masa kepada diri sendiri secukupnya untuk menapak ke gate ni kerana agak jauh, berilah dalam 15-20 minit masa menapak dari kaunter imigresen ke gate pelepasan ini. 
  • Pesawat ATR ni tak bersambung dengan aero-bridge ye, jadi perlu menapak juga dari gate ke pesawat.



 Airport Kota Kinabalu
Gate Pelepasan untuk MAS Wings

 


 Airport Kota Kinabalu
Terpaksa menapak. ke pesawat. Nasib baik tak hujan
Seperti biasa...selfie fulu. Bukan senang nak selfie dgn kapal terbang


Kalau yang pertama kali naik ATR72, elakkan seat yang Mat Drat ambil. Kalau tak silap, seat tepi tingkap nombor 5. Bukan apa, seat ni  betul-betul di sebelah kipas. Ngeri sangat-sangat rasaya tengok kipas besar ni berpusing di sebelah kita., sebab jaraknya terlalu dekat.



Tips

  • Untuk penerbangan ke Lahad Datu, Mat Drat cadangkan ambil seat tepi tingkap sebelah kiri (selain seat no 5).
  • Penumpang seat sebelah kiri akan berpeluang melihat puncak Gunung Kinabalu.
  • Tak silap dalam 20 minit pertama penerbangan ia akan kelihatan puncak gunung.


Dari pesawat kita dapat melihat puncak Gunung Kinabalu yang berada di atas awan. Masa Mat Drat terpandang puncak Gunung Kinabalu tu, rasa terpegun sekejap.... tingginya Gunung Kinabalu ni rupanya.. Dan masa tu juga terasa macam nak join je kawan-kawan yang nak buat trip mendaki Gunung Kinabalu. Harap-harap angan-angan Mat Drat ni bukan tinggal angan-angan sahaja la...


Puncak Gunung Kinabalu
Puncak Gunung Kinabalu


Airport Lahad Datu

Tak sampai pun 1 jam penerbangan, pesawat mula menghampiri Lahad Datu. Landed je di Airport Lahad Datu, rasa lain macam pulak airport ni.... rasa cantik je view airport ni.


Bersedia mendarat di Lahad Datu

Turun-turun pesawat, terdampar pemandangan yang cantik. Pandang nun di sana....terdampar gunung ganang dan kebetulan pula langit cerah. Memang cantik view. Pandang kat depan pesawat pula, nampak satu 'roundabout' di tengah-tengah runaway Airport Lahad Datu ni. Macam padang golf pula.... hijau. Memang rare Airport macam ni.....


Lahad Datu Airport
Sini tak sibuk, jadi boleh la bergambar puas-puas. 

Lahad Datu Airport
Cantik roundabot tengah-tengah runaway ni....

Airport ni betul-betul kecil ye. Kecil sangat. Pesawat pun tak banyak yang mendarat di sini. Sehari hanya ada beberapa pesawat sahaja yang mendarat.

Part paling best, bila Mat Drat lihat pekerja punggah bagasi kita. Mereka tak guna kenderaan berenjin tetapi hanya pakai troli dan tolak secara manual. Punggah beg pun depan-depan kita, jadi jangan risau ....mereka pasti akan angkat dan letak beg penuh berhemah, tak ada main campak2 kat sini ye.


Lahad Datu Airport
Krew menolak bagasi dengan menggunakan troli

Lahad Datu Airport
Operasi pungah memunggah depan penumpang










Kereta Sewa Lahad Datu

Jika ingin menyewa kereta, boleh hubungi nombor yang tertera di signboard di bawah. Kaunter kereta sewa ni terletak betul-betul diluar 'ruang ketibaan'. Mat Drat tak kata 'balai ketibaan' sebab ruang ni kecil sangat, jadi saya panggil 'ruang' sahaja.

Kereta sewa kami dah sedia menunggu. Kami ambil kereta dan terus bergerak ke hotel. Kawan Mat Drat dah uruskan kereta sewa awal-awal... dia ambil dengan Hertz.  Untuk lain-lain pemilik kereta sewa, kena google la kot. Kat bawah ni Mat Drat share banner yang ada di airport yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa.




Hotel Di Lahad Datu

Emmmm...nak pilih hotel di sini sebenarnya satu masalah. Tak banyak pilihan hotel di Lahad Datu yang ada. Survey punya survey, 3 hotel sahaja yang saya nampak agak okey... iaitu 






>> Silam Dynasty <<
>> My Inn <<
Royal Palm

Dan akhirnya Mat Drat pilih hotel My Inn kerana 

  • nampak macam hotel baru
  • disekitarnya banyak tempat nak makan
  • dekat dengan kedai ( supermarket)
Hotel My Inn terletak dalam 6-8km dari Bandar Lahad Datu.
Hotel Silam Dynasty terletak ditengah-tengah Bandar Lahad Datu.


Teringat masa kawan Mat Drat suruh saya booking hotel, "ko carikan hotel yang 'okey-okey' sikit... Budget satu malam dalam RM 200++". 

Mat Drat kata dah survey dan dapat hotel paling okey.... tapi harga RM 300 lebih. Terkejut  dia "jangan mahal sangat... budget kita RM 200++ je seorang"

Mat Drat balas .... "RM 300 lebih tu untuk 3 malam. Ini hotel paling mahal yang aku jumpa kat Lahad Datu ni. 😀😀😀 Siap breakfast lagi." 


Hotel ni pun tak jauh dari Airport Lahad Datu, hanya dalam 6 km sahaja. Tak sampai pun 15 minit jika dari Airport.



Untuk melihat senarai hotel di Lahad Datu pula boleh KLIK DI SINI. 






Mat Drat share sikit gambar bilik Mat Drat di Hotel MyInn Lahad Datu.

Bilik agak kemas dan kelihatan perabot pun agak baru.


MyInn - Hotel di Lahad Datu
MyInn Hotel Lahad Datu

MyInn Hotel  Lahad Datu
MyInn Hotel Lahad Datu

MyInn Hotel  Lahad Datu
MyInn Hotel Lahad Datu

Sarapan yang disediakan agak simple. Berpadanan dengan harga bilik yang kita bayar. Memang simple... tapi kira okey la.


MyInn Hotel  Lahad Datu
MyInn Hotel Lahad Datu

MyInn Hotel  Lahad Datu
MyInn  Hotel Lahad Datu 
MyInn Hotel  Lahad Datu
MyInn Hotel  Lahad Datu











Tempat Makan Best di Lahad Datu

Nak cari tempat makan best di sini pun boleh dikira satu masalah juga kalau datang kesini untuk beberapa hari. Kalau sehari dua mungkin tiada masalah, kalau beberapa hari tu .... nak tak nak kena makan tempat sama juga la. Pilihan kedai makan di sini agak terhad ( kalau nak makan spesial la).





Mat Drat kongsikan di entry yang berasingan di 


Tempat Menarik Di Lahad Datu

Lahad Datu ni juga terdapat beberapa destinasi dan tempat menarik walau tidak banyak. Sebelum ke sini pun Mat Drat dah beberapa kali tanya Pakcik Google tempat-tempat menarik di Lahad Datu.... dan lokasi dan tempat menarik yang Mat Drat jumpa hanya 3-4 sahaja.... 





Ada kisah yang Mat Drat kongsikan di salah satu tempat yang lepas ni akan membuat Mat Drat lebih berhati-hati di tempat orang.... mungkin boleh jadi panduan kepda pembaca juga....


Semuanya Mat Drat kongsikan di entry yang berasingan di 




Buah Tangan dari Lahad Datu

Macam biasa, kalau kemana-mana tu jangan lupa beli buah tangan sedikit... mungkin untuk isteri, mak ayah dan jangan lupa untuk jiran sebelah rumah.

Apa yang Mat Drat perhatikan, 2 produk ni sentiasa jadi 'buah tangan' untuk mereka yang ke Lahad Datu iaitu...
- Ikan bilis / ikan kering dan hidupan laut kering
- Kain batik dan kain pelikat


Mat Drat pernah kongsikan tips beli ikan bilis di entry semasa trip ke Kota Kinabalu.  Boleh baca di 


Kalau dah biasa ke Kota Kinabalu dan selalu membeli ikan bilis/ikan kering di Pasar Kota Kinabalu tu, pasti tahu kebanyakkan produk itu di bawa dari Tawau. Yup, Tawau memang terkenal sebagai destinasi untuk membeli produk hidupan laut pada harga agak murah....tersangat murah.

Sebab tu kalau kita di KLIA/KLIA2... kalau di ruang menunggu bagasi dan terkebetulan conveyer belt (tak tahu nama betul) untuk tunggu bagasi tu sama dengan bagasi Penerbangan dari Tawau... kita akan perasan banyak kotak-kotak 'fresh' sejuk beku yang tiba dari sana, terutama jika abang-abang askar balik... memang berkotak-kotak ikan fresh yang depa bawa balik.


Okey... berbalik kepada ikan bilis/ikan kering dan kain batik/kain pelikat di Lahad Datu ni, semuanya boleh di beli di Pasar Kain. Bangunan Pasar Kain ni terletak di sebelah Pasar Rakyat.

Di Pasar Rakyat ada di jual pelabagai barangan basah... Macam pasar jual ikan dan sayuran. Manakala Pasar Kain kebanyakan gerai menjual pakaian terutama kain batik/pelikat ..... dan gerai-gerai di bahagian belakang pula menjual produk kering hidupan laut (ikan bilis/ikan kering).


Harga memang murah.... sangat murah berbanding harga di Kota Kinabalu. Salah seorang sahabat Mat Drat yang penerbangannya dari KL ke Lahad Datu perlu transit 5 jam lebih di Kota Kinabalu, jadi dia ambil peluang ke Kota Kinabalu untuk membeli ikan bilis. Harga yang dia beli dalam RM 24 sekilo di sana. Bila Mat Drat bawa dia ke sini ( Pasar di Lahad Datu), Mat Drat dealkan harga hanya RM 18 sekilo. Terkejut dia....

Nasib dia la sebab dah terbeli kat Kota Kinabalu...  dia tak tahu di sini lagi murah. Berkilo-kilo pulak tu dia beli di KK.


Dan seperti biasa, setiap kali Mat Drat ke destinasi di  Sabah ni.... mesti Mat Drat ambil 'order' dari jiran-jiran yang inginkan ikan bilis segar. 30kg luggage allowance memang biasanya penuh dengan bilis je. 😁😁


Kain batik dan kain pelikat Mat Drat tak beli di sini.... sebab Mat Drat baru 'borong' di Langkawi sebelum ke Lahad Datu. Tu belum lagi kain batik yang beli di Kuching Sarawak beberapa bulan sebelum, yang masih tersimpan rapi di dalam almari.

Kalau ke Langkawi, di situ pun ada satu kedai yang murah kalau kita mencari kain batik / kain pelikat. 

Mat Drat kongsikan di entry









Sedikit gambar-gambar ketika Mat Drat dan rakan-rakan 'memborong' ikan bilis dan ikan kering di Lahad Datu. Kami beli ikan bilis ni di pagi hari terakhir kami di Lahad Datu....beberapa jam sebelum berlepas.  Jarak ke Airport dalam 10 minit je pun.... 

Kami beli awap-awal pagi, kedai buka je kami terus ke sana. Siap-siap beli, minta penjual packingkan siap-siap dan terus kami bawa ke Airport.





Ikan Bilis Lahad Datu - Segar

Udang Kering  Lahad Datu - Segar








Penerbangan balik Lahad Datu ke Kuala Lumpur

Nak tulis pajang-panjang dah tak larat ni... dah mengantuk. Jadi ringkaskasnya....

-Penerbangan kami dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu dengan MasWings
-Transit 2 jam di Airport Kota Kinabalu sebelum sambung penerbangan ke Kuala Lumpur dengan MAS

-Kaunter untuk check-in ada dua, jangan risau... penerbangan tak banyak di sini, jadi tak akan 'Q' panjang
- Ruang menunggu sementara berlepas juga agak kecil, rasanya cukup-cukup untuk penumpang bagi dua penerbangan. 
-Perlu ingat jika hanya ada tiket penerbangan dengan MasWings, limit luggage allowance hanya 20kg seorang. Tetapi jika tiket penerbangan bersambung dengan MAS, luggage seperti biasa iaitu 30kg.

-Untuk penerbangan ke Kota Kinabalu, jika ingin melihat puncak Gunung Kinabalu di atas awan.... ambil seat sebelah kanan. 

.... MatDrat kongsikan gambar-gambar terakhir semasa di Airport Lahad Datu.

Satu pengalaman yang agak berlainan bagi Mat Drat ketika di Airport Lahad Datu ini terutama ketika melihat crew-crew MASWings bekerja.





Airport Lahad Datu
MASWings Lahad Datu 

Airport Lahad Datu
Airport Lahad Datu

Airport Lahad Datu
Merakam gambar-gambar terakhir.
Semua penumpang lain dah di atas pesawat

Akan saya ingat 'roundabout' Airport Lahad Datu ni.. 



Sila baca 2 entry Mat Drat yang berikutnya berkaitan trip Lahad Datu ini iaitu entry 

👉👉 Tempat Makan Best di Lahad Datu 👈👈

👉👉 Tempat Menarik di Lahad Datu 👈👈




MatDrat

8 comments:

  1. Pernah singgah di Lahad Datu satu malam semasa bercuti di Semporna. Masa tu ada satu kompleks belibelah sedang di bina. Dah siap kot sekarang ni...

    Orang asing punyalah ramai kat sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala bro.... sory, baru ada masa menjenguk blog sendiri. dah dekat sebulan tertangguh entry ni.

      Saya hari tu pun tak banyak masuk area bandar Lahad Datu, banyak habiskan masa kat area hotel dan mengahala ke Kunak. Rasanya yang bro maksudkan tu komplek katarea Escom kot, tepi Jalan Pantai.... masa saya ke situ, kompleks ni dah dibuka tapi macam tak berapa ramai orang

      Delete
  2. Tuan yg npk gunung kinabalu dr flm flight kk ke ld tu seat no apa ya. .. Atau bila kita duduk kat seat tgn kiri kita tpi tgkp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan, KK ke LD saya duduk seat window kiri, dan balik saya ambil seat window kanan.

      Delete
    2. Seingat saya, kita hanya ada masa singkat shj utk View gunung kinabalu ni.. Lepastu semakin jauh

      Delete
  3. Tuan, KK ke LD saya duduk seat window kiri, dan balik saya ambil seat window kanan.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih buat review ni Mat Dart. Lahad Datu adalah kampung saya. Kalau nak tanya apa-apa saya boleh kongsi. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada apa apa info tambahan yang ingin di kongsi, boleh tinggalkan di ruangan komen.

      Nanti saya masukkan di entry. Maklumlah, dah 2 tahun.. Takut byk info baru dan ada yg saya tertinggal

      Delete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.