Monday, 5 September 2016

10 Tempat Menarik di Kuala Terengganu

Terengganu cukup terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan popular di Malaysia.

Pelbagai tarikan di janjikan jika kita berkunjung ke Negeri Terengganu ini. Dari keindahan ikon-ikon bangunan negeri Terengganu di Kuala Terengganu sendiri sehingga keindahan tasik dan pantai serta seterusnya kecantikan pulaunya . Pelbagai makanan istimewa juga menambahkan lagi alasan untuk kita ke Terengganu.

Di Kuala Terengganu itu sendiri, 10 tempat paling menjadi tumpuan pelancong adalah 


1. Taman Tamadun Islam

Sebahagian Momnumen di Taman Tamadun Islam
Image : terengganu-tourism-portal.blogspot
Taman Tamadun Islam merupakan sebuah kembara interaktif monumen Islam di serata dunia. Ia terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Taman ini seluas 23 hektar.

Taman Tamadun Islam menempatkan monumen-monumen bersejarah seperti Masjid Negara, Dome of the Rock, Masjidil Haram, Al-Hambra Citadel, Taj Mahal, Mimbar Kalyan, Makam Abu Nasr Masjid Mohd Ali, Masjid Besar Qairawan, Aleppo Citadel, Masjid Sulaiman Turki, Masjid Kul Syarif Russia dan Mimbar Xian, China.



2. Masjid Kristal

Masjid Kristal Terengganu
Masjid Kristal Kuala Terengganu
Image : http://www.santabanta.com/

Masjid Kristal yang menjadi salah satu mercu tanda kebanggaan negeri Terengganu & Malaysia Khususnya. Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu

Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. 






3. Muzium Negeri Terengganu

Muzium Negeri Terengganu
Muzium Negeri Terengganu
Muzium Terengganu adalah muzium terbesar di Asia Tenggara dengan menempatkan empat blok utama selain mempunyai muzium maritim dan lima rumah tradisional.

Muzium Terengganu terletak di Bukit Losong, Kuala Terenggan. Kompleks ini dibina dengan senibina yang menarik dan diinspirasikan dari istana lama di Terengganu. Ia turut dibina dengan landskap taman yang indah.




4. Masjid Terapung @ Masjid Tengku Tengah Zaharah

Masjid Terapung Kuala Terengganu
Masjid Terapung
Image : kenaliterengganu.blogspot
Masjid Tengku Tengah Zaharah juga dikenali sebagai Masjid Terapung. Masjid ini terletak di Jalan Sultan Mahmud, perjalan kira-kira 10 minit dari pusat bandar Kuala Terengganu.

Masjid Tengku Tengah Zaharah dibina di atas pelantar terapung dan menggunakan batu marmar & seramik. Diinspirasikan dari Almarhum Sultan Terengganu, Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ibni al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah. 


5. Pasar Besar Kedai Payang

Pasar Besar Kedai Payang
Pasar Besar Kedai Payang
Pasar Payang merupakan salah satu destinasi pelancongan terkenal di Kuala Terengganu dan merupakan satu destinasi 'wajib' jika ke Kuala Terengganu.

Pasar dalam bangunan moden ini menawarkan pelbagai jenis hasil kraftangan tradisional masyarakat Terenggau seperti kain batik, kain sutera dan songket hasil tenunan tangan. Paling menarik harganya jauh lebih murah daripada di tempat lain. Bagi mereka yang bijak dan rajin tawar-menawar, Pasar Payang sudah pasti menjadi lokasi paling digemari.










Selain 5 tempat tumpuan pengunjung di atas, 5 tempat lain yang boleh dilawati jika ke Kuala Terengganu adalah :

6. Dataran Shahbandar

Dataran Shabandar Kuala Terengganu
Dataran Shahbandar Kuala Terengganu
Image : myforum.cari

7. Waterfront Kuala Terengganu

Waterfront Kuala Terengganu
Waterfront Kuala Terengganu
Image : lakwaksero.com

8. Bukit Puteri Kuala Terengganu

Bukit Puteri Kuala Terengganu
Bukit Puteri Kuala Terengganu
Image :flickr
9. Chinatown, Kuala Terengganu.

Chinatown Kuala Terengganu
Chinatown Kuala Terengganu
Image : sini.com.my
10. Pulau Warisan - i-City Terengganu.
i-City Pulau Warisan Kuala Terengganu
i-City Pulau Warisan Kuala Terengganu
Image : lakwaksero.com

~mat-drat~


Entry berkaitan trip Kuala Terengganu kali ini

Entry berkaitan destinasi lain di Terengganu


Tempahan Tiket Bas  KLIK DI SINI

Tiket Bas Kuala Lumpur Kuala Besut

No comments:

Post a Comment