Tuesday 6 September 2016

Bas KLIA / KLIA2 ke TBS - Bas TBS ke KLIA / KLIA2

Baru-baru ni saya ke Kuala Terengganu atas urusan kerja. Saya pergi dengan penerbangan MALINDO dari Subang Airport. Dan balik dari Kuala Terengganu pula dengan penerbangan MAS dengan turun di KLIA. 

Saya pilih Malindo untuk ke Kuala Terengganu kerana jarak Subang Airport yang dekat dengan rumah untuk memudahkan isteri menghantar saya ke airport. Manakala saya pilih MAS untuk balik dari Kuala Terengganu kerana MAS menawarkan luggage allowance yang lebih iaitu 30 kg berbanding Malindo hanya 15 kg.

Kedua-dua penerbangan saya dapat pada harga kurang RM 70 sehala.

MENAIKI BAS DARI KLIA 

Sampai di KLIA, kononnya saya akan mengambil bas dari KLIA terus ke Subang Airport kerana isteri saya menunggu di sana. Tetapi memandangkan bas ke Subang Airport bergerak agak lewat ( saya perlu menunggu hampir 1 jam) dan ada urusan keluarga yang perlu disegerakan, jadi saya mengambil bas dari KLIA ke KL Sentral.

Sebenarnya dalam 5 tahun ini, sudah beberapa kali juga saya menaiki bas untuk laluan KLIA - KL Sentral. Untuk tahun ini, ini adalah kali pertama. 

Untuk mereka yang ingin menaiki bas dari KLIA,  terminal bas terletak di bangunan parking blok C. Jadi perlu menggunakan lif di terminal bangunan utama dan berjalan ke bangunan parking kereta BLOK C menggunakan laluan yang tersedia. Signboard ke lot parking jelas kelihatan. Gunakan lif untuk ke Terminal Bas yang terletak di Groud Floor Blok C (Blok Parking). 



MENAIKI BAS DARI KL SENTRAL

Jika mengambil bas dari KL Sentral pula, ikut sahaja papan tanda menuju terminal bas. Papan tanda di KL Sentral juga cukup jelas menunjukkan arah ke terminal bas. Platform bas ke KLIA terletak di tingkat bawah.

Sila baca artikel saya   >> Bas KLIA ke KL Sentral / KL Sentral ke KLIA  dan Bas KLIA ke Destinasi Lain <<



BAS KLIA ke TBS / BAS TBS ke KLIA

Untuk mereka yang ingin mengambil bas KLIA ke TBS atau sebaliknya, perkhidmatan disediakan oleh Jetbus. Dahulunya Jetbus memberikan perkhidmatan untuk route TBS - LCCT - TBS. 

Kini  selepas KLIA2 menggantikan LCCT, Jetbus menawarkan perkhidmatan TBS - KLIA2 - KLIA - KLIA2 - TBS.

Maknanya, jika kita mengambil bas dari KLIA untuk ke TBS, bas akan singgah dahulu di KLIA2 untuk mengambil penumpang di sana. 

Masa perjalanan KLIA 2 ke TBS adalah 1 jam 15 minit dan bergantung kepada keadaan traffic. Untuk mereka yang dari KLIA, sila tambah 10-15 minit untuk masa perjalanan KLIA - KLIA 2 dan waktu menunggu di KLIA2.

Tambang perjalanan adalah RM 10 sehala.


Bas Pertama 
Dari TBS - 3 pagi
Dari KLIA - 4.15 pagi.

Bas Terakhir 
Dari TBS - 11 malam.
Dari KLIA -12.15 pagi.

Untuk maklumat lanjut berkaitan jadual bas boleh layari laman web rasmi JETBUS 








~ mat-drat~


Tiket Bas Online     KLIK DI SINI



 Tiket KTM Train    KLIK DI SINI

Tiket KTM Train

2 comments:

  1. Assalam.

    Jika dari KLIA, tiket bas dijual di mana ya?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, nak tanya ne bas dri KLIA ke TBS hari ini still ada lagi ?

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.