Wednesday 17 August 2016

Tempat Menarik Di Labuan

Bagi mereka yang merancang untuk ber Cuti Cuti Malaysia ke Labuan, tempat-tempat berikut boleh dipertimbangkan untuk dilawati.

Labuan Malaysia

1. Ujana Kewangan

Ujana Kewangan merupakan pusat membeli belah yang terletak di Labuan Financial Park Complex.

Banyak kedai bebas cukai di sini.. Pelbagai barangan dijual disini dengan harga yang boleh dikatakan murah terutama barangan seperti minyak wangi, coklat, peralatan elektrik, beg dan lain-lain. Rokok tak perlu beli la sebab tak bagus untuk kesihatan. Tapi disini saya tak jumpa pula kedai duty free jual pinggan mangkuk macam kat Langkawi tu.

Boleh kata memang boleh rambang mata kalau masuk kedai jual coklat di sini, kedai yang jual coklat di sini lebih meriah dari di Langkawi. Yang saya ingat, nama kedai coklat tu Sky Park.


Tempat Menarik Labuan
Ujana Kewangan Labuan

Sky Park - Ujana Kewangan

Tempat menarik Labuan
Pilih la coklat yang berkenan

2. Pantai Layang-layangan / Pantai Manikar/ Pantai Pancur Hitam

Ketiga-tiga pantai ini tidak jauh antara satu sama lain. Ketiga-tiga pantai ini terletak di sebelah utara Labun dan mengadap Laut Cina Selatan. Paling utara adalah pantai Manikar, kemudian pantai Layang-Layangan dan Pantai Pancur Hitam.





Di Pantai Layang-Layangan terdapat beberapa gerai dan kedai makan. Pondok untuk berteduh juga ada disediakan di kawasan ini. Suasana malam di sini memang agak gelap, tetapi beberapa gerai masih dibuka. Jadi kalau nak bersantai malam di sini boleh makan-makan di gerai sambil layan bunyi ombak. Hujung minggu memang menjadi pantai pilihan orang ramai. Tapi di sini tidak lah terlalu ramai pengunjung, jangan bayangkan macam suasana ni Teluk Kemang Port Dickson ye. .

Untuk menikmati saat matahari terbenam, boleh la ke salah satu pantai ini. Saya turut tidak melepaskan peluang. Saya menikmati suasana sunset di Pantai Layang-Layangan.




3. Muzium Chimney

Muzium Chimney terletak di utara Pulau Labuan. Dari Bandar Labuan, hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk kesana.

Muzium ini mempamerkan dan menceritakan sejarah awal Tanjung Kubong di mana Tanjung Kubong sebagai tempat perlombongan arang batu sejak tahun 1847. Oleh kerana Tanjung Kubong ni mempunyai arang batu yang banyak, maka ia telah menarik minat pihak Inggeris datang dan seterusnya mengeksplotasi hasil arang batu di sini.

Di sini terdapat satu menara yang dikenali sebagai Menara Chimney. Ia di bina dengan menggunakan 23,000 biji batu bata merah dan menjadi ikon Muzium Chimney itu sendiri.


Tempat menarik Labuan
Muzium Chimney

Menara Chimney
Menara Chimney


4. Muzium Marin Labuan.

Jika bercuti beberapa hari di Labuan, boleh juga ambil kesempatan uuntuk ke Muzium Marin Labuan. Muzium ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Aras Atas dan Aras Bawah.

Aras Atas mempamerkan replica dan juga rangka hidupan laut. Yang paling menarik perhatian pengunjung di sini adalah rangka anak ikan paus serta seekor dugong yang telah diawet.

Aras Bawah pula terdapat beberapa akuarium yang menempatkan hidupan laut seperti ikan-ikan dan juga terumbu karang. Ada beberapa hidupan laut yang boleh dipegang oleh pengunjung seperti udang kara dan tapak sulaiman.

Muzium Marin Labuan

Rangka paus


5. Surrender Point / Peace Park

Surrerder Point dan Peace Park terletak berhampiran Pantai Layang-Layangan.

Surrender point merupakan sebuah memorial di mana di sinilah tempatnya secara rasmi tentera Jepun menyerah kalah dan menyerahkan kuasa kepada tentera Australia semasa Perang Dunia Kedua.

Berhampiran Surrender Point ini terdapat satu lagi memorial yang dikenali sebagai Peace Park atau Taman Damai. Ia merupakan simbolik kerjasama Malaysia – Jepun untuk memperingati mereka yang telah terkorban semasa Perang Dunia Kedua.

Jadi sambil berjalan di sini, boleh singgah di gerai makan berdekatan dan menikmati sunset di Pantai Layang-Layangan.

Surrender Point Memorial

Surrender Point Memorial

Taman Damai ( Peace Park ) Labuan
Taman Damai ( Peace Park ) Labuan

Taman Damai ( Peace Park ) Labuan


6. Kampung Air Labuan

Di Labuan juga terdapat perkampungan atas air seperti di Brunei dan di Kota Kinabalu. Kampung Air ini terletak di selatan Pulau Labuan. Jika mempunyai masa, boleh la melawati perkampungan ini sambil melihat cara hidup masyarakat di sini.
Kampung Air Labuan

Kampung Air Labuan






7. Pulau Papan

Untuk mereka yang menggemari aktiviti snokeling, boleh la ke Pulau Papan. Perjalanan dengan menaiki bot hanya mengambil masa 5-10 minit sahaja. Airnya yang jernih serta keindahan pantai memang mengasyikkan. Jika sesiapa yang tahu harga tambang bot ke Pulau Papan, boleh la tinggalkan komen di bawah untuk rujukan pembaca lain. TQ


Pulau Papan Labuan

Pulau Papan

1 comment:

  1. Thhis piece of writing ofers clear iddea in favor of the new users of blogging, tha really how to do
    blogging.

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.