Wednesday 3 August 2016

Perkara Paling Menjijikkan di Pulau Perhentian

Pengalaman bercuti ke Pulau Perhentian boleh la saya katakan antara percutian yang sangat menyeronokkan dan juga mendamaikan.

Suasana yang damai tanpa hiruk pikuk kendeaan, penduduk yang agak ramah dan yang paling penting pantainya yang cukup indah. Yang belum pergi, cuba la ke sini dan rasai keindahan pantainya.

Dalam keseronokkan di sana... ada satu perkara yang saya jumpa.... yang sungguh menjujikkan.

Ini dia...

Anak sape la punya pampers ni.
Anak  tak bersalah, tapi parent yang bersalah !

Malu lihat sikap pengunjung yang tak beretika dan tak ada sivik ni.!!


Apa lah masalah orang yang buang pampers anak dia ni. Saya yakin sangat, yang peranagi buruk macam ni, mesti pengunjung dari negara kita.... biasanya Mat / Minah Salleh ni mereka datang dari jauh untuk menikmati keindahan alam semulajadi dan mereka akan menghargai ....tidak akan buat benda yang tak ada sivik ni.

Pulau dan pantai yang cukup cantik macam Pulau Perhentian ni, tak rasa bersalah langsung boleh buang pampers macam ni je. Apa la salahnya bungkus dan bawa balik ke resort dan buang di sana..... anak sendiri punya.

Ni lokasi teluk/pantai yang saya jumpa pampers yang dibuang ni, pantainya cukup cantik... airnya cukup jernih.... dan ikan-ikannya cukup banyak.

Pantai yang indah ini jangan di cemari dengan sampah.
Sama-sama lah kita menghargai dan menjaganya.

Hargai lah dan sayangilah ikan-ikan di sini.... Jangan di buang sampah merata-rata

Kepada mereka-mereka yang tak ada sivik buat peranagi hodoh maca ni, satu sahaja pesanan saya.... hargailah alam sekitar, tunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak.

Tak kira lah anda bercuti ke pantai atau berkelah di sungai, jangan lah tinggalkan sampah sarap anda di situ. Bukan sahaja menyakitkan mata, tapi juga boleh menyumbang kepada penyakit 'kencing tikus'. Please lah.....




Boleh baca entry-entry lain untuk pengalaman percutian kami di Pulau Perhentian.

👉👉 Aktivit di Pulau Perhentian Besar

👉👉 Snorkeling di Teluk Pauh
👉👉 Long Beach Pulau Perhentian

~mat-drat~





Booking.com

3 comments:

  1. ape jadi ngan sampah tu mat drat? Rizal Manan

    ReplyDelete
  2. x ada perkataan yg sesuai untuk gambarkan betapa bencinya pd mereka yg x tak tau jaga kebersihan alam semulajadi dan x ada kesedaran sivik mcm ni. please la berubah. klu negara kita bersih dan cantik kita juga yg dapat kebaikannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... Kdg2 segan dgn pelancong asing dgn sikap org kita...

      Delete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.