Thursday, 25 August 2016

Harga Tiket Legoland ( Tiket Murah )

Sebenarnya entry kali ini adalah entry #throwback bersempena saya ke Johor Baharu baru-baru ini.


Legoland Tiket Murah
Legoland

Trip Cuti-Cuti kami ke Legoland ni sebenarnya dah setahun lebih. Memandangkan saya baru selesaikan kongsikan pengalaman trip Jalan Jalan Cari Makan saya ke Johor Bahru, jadi saya ambil kesempatan juga untuk kongsikan sedikit pengalaman bercuti di Legoland.... walau pun dah lama berlalu.


Untuk yang ingin dapatkan info berkaitan tiket murah ke Legoland, boleh klik link di bawah. Di link di atas (entry "Tiket Legoland Murah") saya kongsikan promosi terkini untuk dapatkan tiket murah ke Legoland. Terdapat maklumat kupon-kupon, baucer dan diskaun yang ditawarkan oleh pelbagai pihak. Boleh la pilih mana yang paling menjimatkan dan berbaloi.



Untuk trip saya ke Johor Baharu baru-baru ini, saya kongsikan juga mengenai :








Sebelum saya kongsikan sedikit pengalaman percutian kami ke Legoland di entry berikutnya, saya kongsikan dahulu sedikit info mengenai Harga Tiket masuk ke Legoland.


Harga Tiket Legoland

Harga tiket ke Legoland ni bolehlah kata ada 4 kategori iaitu
  1. Harga Walk-in
  2. Harga Online
  3. Harga Annual Pass
  4. Harga  VIP Expedition
Untuk harga murah, kena la beli secara online. Tetapi kadang-kadang, harga Walk-in pun boleh jadi lagi murah tetapi dengan syarat anda ada kupon promosi tertentu.

Tips : 
Google sahaja dengan carian "Kupon Tiket Legoland Malaysia / Legoland Ticket Coupon"


Pengalaman saya semasa hendak ke Legoland hari tu, saya juga google dahulu sebelum pergi untuk dapatkan info kalau ada apa-apa promosi tiket murah terkini.

Kebetulan pada waktu itu Susu Dutch Lady UHT memberikan promosi buy 1 free 1 tiket Legoland. Jadi saya beli susu kotak Dutch Lady dan gunakan kupon yang diberikan tu untuk membeli tiket masuk ke Legoland. Saya beli tiket secara walk-in tetapi dengan kupon dari Dutch Lady, kira murah la dari beli secara online atau secara walk in.

Tapi cuba la juga lihat harga online, mungkin lebih murah kerana promosi sentiasa berubah-ubah. 






Mari semak harga tiket untuk masuk : ( saya copy dari laman web legoland pada 25.08.2016)


1. Harga Walk-in - Open Date ( Tiket Sehari)

- Beli di kaunter
- Beli dan masuk
- Ada waktu tertentu, terutamanya weeknd di musim cuti sekolah, kaunter tiket agak ramai pengunjung.




1-Day Tickets (Theme Park, Water Park & Combo)
Standard Ticket (Walk-Up Price: Visit Any Date The Park Is Open)
Price in RM

Combo Adult (Theme Park & Water Park) 
RM225
Combo Child/Senior (Theme Park & Water Park)
RM180

Theme Park - Adult
RM180 
Theme Park - Child/Senior
RM145

Water Park - Adult
RM122
Water Park - Child/Senior
RM10



2. Harga Online - Book 7 hari awal ( Tiket Sehari)

- Beli online, dapat diskaun 20%. 
- Jadi kalau anda tiada sebarang kupon promosi, maka beli secara online lebih murah dan menguntungkan. 
- Tiket perlu dibeli 7 hari awal



Tapi nanti dulu, lihat harga ini dan tengok juga harga pilihan ke-3 iaitu beli secara walk-in


1-Day Tickets (Theme Park, Water Park & Combo)
Book 7+ Days Early & Save 20%
Normal Price20% OFF

Combo Adult (Theme Park & Water Park) RM225RM180 
Combo Child/Senior (Theme Park & Water Park) RM180RM144

Theme Park - AdultRM180RM144 
Theme Park - Child/SeniorRM145RM116

Water Park - AdultRM122RM  98
Water Park - Child/SeniorRM101RM  81



3. Harga Walk-in - MYKad Promotion ( Tiket sehari)

Jika dilihat harga tiket ini, harga yang ditawarkan adalah sama dengan membeli secara online. Jadi kalau rakyat Malaysia, semestinya ada MYKad, jadi beli sahaja di kaunter pun sudah dapat harga murah. Yang penting jangan lupa bawa MYKad masa membeli.

Selain harga yang beli dengan membawa MYKad lebih murah berbanding membeli secara online, beli di kaunter secara walk-in ini juga memberikan kita pilihan untuk ke Legoland tanpa menetapkan hari terlebih dahulu. Kalau beli secara online tu, kita dah kena tetapkan tarikh siap-siap. Mana tahu, beli tiket awal-awal.... di saat akhir ada pulak halangan untuk Legoland. Kan dah rugi...

Selain itu, dengan membeli tiket  menggunakan MYKad, pembeli juga akan dapat baucer makanan bernilai RM10. Dapat lah cover sikit  kos makan kat dalam tu nanti.

Tapi sebelum decide nak beli secara online atau walk-in sahaja, adalah lebih elok intai-intai website Legoland. Mana tahu ada promosi-promosi tertentu yang sedang dijalankan.

Jika anda memilih untuk membeli tiket secara walk-in, seelok-eloknya datang awal 30 minit sebelum theme park dibuka. Untung kalau awal ni, kita tidak perlu membuang masa beratur di kaunter dan dapat jadi antara pengunjung yang paling awal masuk ke Legoland. Dapat la main permainan yang ada tanpa perlu beratur panjang. 

Berikut harga tiket untuk pemegang MyKad : 

1-Day Tickets (Theme Park, Water Park & Combo)
MYKAD Promotion (Includes a RM10 food voucher)
Price in RM

Combo Adult (Theme Park & Water Park)RM180
Combo Child/Senior (Theme Park & Water Park)RM144
Theme Park - AdultRM144 
Theme Park - Child/SeniorRM116

Water Park - AdultRM100
Water Park - Child/SeniorRM 83




Ketiga-tiga senarai harga tiket di atas ni saya kongsikan untuk kemasukan ke Theme Park Legoland untuk satu hari. Jika bimbang anak-anak tak puas bermain di Theme Park dan di Water Park, apa kata beli sahaja tiket combo untuk 2 hari.

Satu hari untuk bermain puas di taman tema dan hari berikutnya bolehlah anak-anak bermain di taman tema air sepuas-puasnya.



Harga-harga tiket bagi kategori lain boleh semak di http://www.legoland.com.my/Plan/Prices-and-Tickets/#walk-up-price




Parking Rate Legoland

Untuk parking, setiap kereta akan d caj RM10 per entry.Lot parking pula hanya bersebelahan dengan Legoland, Tapi kalau datang lambat, terpaksa la pilih tempat yang sedikit jauh walau pun di kawasan parking yang sama.

Sambung di entry berikutnya untuk 







Booking.com

~mat-drat~

3 comments:

  1. Nak tanya kalo kita ada baucer rm60 off dia akn tolak harga standard or kalo kita ada mykad bole guna sekli x ? Means dia akn tolak rm60 tu guna harga lepas tolak mykad

    ReplyDelete
  2. Setahun saya... Tiket mykad tak boleh tolak mana2 diskaun/voucher.


    Saya hari tu, baucer guna utk harga tiket normal

    ReplyDelete