Saturday 14 May 2016

Trip Singapore - Memandu Kereta ke Singapura


Terlebih dahulu nak kena ucapkan terima kasih kepada Marina Bay Sands (MBS) kerana mempelawa saya bermalam di situ untuk 2 malam. Kalau nak keluarkan duit menginap di MBS ni, rasanya buat masa terdekat ni tak la kot.... 








Trip kali ni di taja sebahagiannya oleh Marina Bay Sands (MBS), Singapore. Hadiah satu contest online yang saya sertai dan  pihak MBS memberikan hadiah yang merangkumi :
  • Penginapan 2 malam di Marina Bay Sand ( sehingga 31 Disember)
  • Tiket MAS pergi balik KL – Singapore (2 Adult)




Contest Online yang membawa saya ke MBS 





Sebagai intro, sebenarnya tarikh perjalanan yang saya beri kepada pihak MBS adalah semasa saya di Barcelona, Spain (Trip tajaan Qatar Airways). Oleh kerana tiket penerbangan hanya diberi untuk dua orang, jadi anak-anak terkpaksa kena tinggal lagi la untuk trip ini. Kena hantar rumah makcik mereka la gayanya. 

Dalam sebulan lebih sebelum tiba tarikh penerbangan, saya baru perasan tarikh yang saya berikan sebelum ini bertembung dengan Hari Raya Aidiladha. Jadi sangatlah tidak manis kami berdua tak balik ke kampong semasa AidilAdha, cuma hantar anak-anak tapi boleh pula ber”selfie” dari infiniti pool MBS. Jadi saya terpaksa hubungi semula organizer untuk pinda tarikh penerbangan dan tarikh check-in.



Pihak hotel tiada masalah untuk saya tukar tarikh penginapan. Cuma masalah apabila nak tukar tiket flight. Oleh kerana tiket dibeli oleh travel agent dari Singapore, pihak MAS maklumkan saya hanya boleh menukar tarikh penerbangan melalui travel agent di sana.


Dan travel agent maklumkan, untuk tukar tiket akan di caj SGD 50 manakala untuk reissue tiket pula penalty adalah SGD 90. Jadi untuk tukar tarikh penerbangan sahaja, saya perlu bayar SGD 140 x 2 orang, jadi total SGD 280. Dah hampir RM 900 ni. Tak berbaloi. Dah macam harga tiket baru je! Baik saya ambil penerbangan lain dan bawa anak-anak kecil saya sekali. Tambahan pula pihak hotel membenarkan saya membawa dua orang anak saya juga. 





Setelah berkira-kira, saya decide untuk bawa semua anak-anak saya sekali. Sebenarnya untuk cuti sekolah hujung tahun, memang ada hajat untuk bawa mereka ke Universal Studio Singapore. Hajat ni dah lama terdetik sekembalinya saya dari Warner Bros Movie World Gold Coast (tajaan AXN Asia) tempoh hari. Nak bawa ramai-ramai ke Australia, rasanya buat masa terdekat ni tak mampu lagi…… jadi ke USS sahaja pilihan yang lebih jimat.

Jadi untuk trip ke Marina Bay Sands Singapore ini saya akan memandu ke sana. Tiket flight saya "hanguskan"


Seperti biasa, apa-apa pun kena study serba sedikit berkaitan trip ke Singapura terutamanya tips memandu di sana. Yang penting kena layari website rasmi "LTA Singapore" untuk info tepat dan terkini. LTA ni fungsi dia macam JPJ la kalau di Malaysia.






Memandu Kereta ke Singapura



Di bawah ni, kalau ada yang nak tahu cara memandu kereta ke Singapura boleh la baca sampai habis.

Mengikut perancangan, kami bertolak dari rumah sekitar jam 5 pagi dan akan solat subuh di RnR Nilai. Ini untuk mengelak kesesakan memasuki jalan sekitar lembah kelang di pagi Isnin!

Dan rancangannya, saya akan memandu masuk ke Singapura melalui Lebuhraya Link ke Dua (2nd Link) selepas solat dzuhur di RnR Gelang Patah. Memang sengaja elakkan dari masuk melalui Tambak Johor, selain agak jauh ke selatan, saya juga terpaksa berpatah balik ke"atas" dari Woodland untuk ke Marina Bay Sands sekiranya melalui Tambak Johor. Bagi yang ingin memasuki Singapura melalui Tambak Johor, boleh pertimbangkan faktor kesesakan di situ sebelum betul-betul decide nak ikut situ.

Perjalanan agak lancar dan saya pun memandu di dalam keadaan relax dan tenang. Selesai solat subuh di RnR Seremban, hendak bersarapan masih awal jadi kami teruskan perjalan sehingga sampai di RnR Ayer Keroh untuk bersarapan di situ.





Makan Tengah Hari.

Di dalam perjalanan, saya sempat minta rakan di JB untuk suggest tempat makan tengah hari yang agak sedap untuk saya singgah sebelum sebelum saya memasuki Singapore. ("Kraken", "Ayu" n "Syamsul" kalau baca - thanks atas cadangan tempat makan)

Atas cadangan mereka, pilihan yang ada untuk makan tengah hari:


1. Nasi Beriani Kambing 40 Hari, Yong Peng
Kawan saya cadangkan saya makan disini. Memandangkan kami sampai awal kat area sini dalam jam 11 pagi dan perut pun masih belum lapar sebab baru lagi bersarapan di RnR Ayeh Keroh tadi, jadi kami teruskan perjalanan. Balik dari Singapore nanti baru akan merasa makan nasi beriani kambing 40 hari ni. Tak berbaloi makan nasi beriani awal-awal. Lagi pun kami perlu keluar dari Highway Plus untuk ke restoran ni, takut banyak masa terbuang nanti.






2. Restoran di Nusaria, Gelang Patah
Seorang kawan saya pula cadangkan saya makan di area sini sebab katanya di sini ada beberapa pilhan untuk makan. Dari Lebuhraya Link Kedua, selepas melepasi tol Lima Kedai dan sebelum sampai Gelang Patah ada exit ke Lebuhraya Pontian. Dan dari exit tu ke Nusaria hanya dalam 5 km sahaja. Ada beberapa restoran di Jalan Nusaria 11 ni. Yang nampak agak menarik adalah restoran Nasi beriani MH Beriani Tindih, Restoran Dapur Merah dan Restoran Amin. Kami pilh Restoran Merah untuk makan tengah hari sebab pengunjung kurang ramai pada waktu itu ( waktu makan tengah hari) . . . . . jadi lebih selesa kami makan. 


3. R n R Gelang Patah , Lebuhraya Link ke Dua
Pada asalnya saya tak mahu makan di sini kerana risau pilihan makanan tak banyak dan harga yang mahal... maklumlah berhampiran Singapura. Rupa-rupanya di sini banyak kedai-kedai makan. Harga pun masih dikira murah.

Selesai makan di Restoran Merah di Nusaria, kami singgah juga di RnR Gelang Patah untuk solat dzuhur. Sempat tapau beberapa bungkus nasi goreng untuk makan petang nanti di bilik hotel, jadi malam tak payah nak keluar cari makan 'berat-berat'. Maklumlah rate parking di Marina Bay Sands agak tidak berbaloi untuk keluar makan sekejap dan kena bayar 'tol' pula semata-mata nak makan.


Dalam jam 2 petang, selesai solat dzuhur (dan asar) di Hentian RnR Gelang Patah, kami terus ke Check Point Tuas untuk masuk ke Singapore.


Mula Memandu Memasuki Singapura


Beratur di CIQ Tuas





i. Pemeriksaan kastam, passport dan kad putih di Tuas Check Point


Tidak sampai 5 minit kereta beratur, sampai giliran kereta kami untuk diperiksa. Mungkin waktu ini jam 2 petang tidak sibuk berbanding di awal pagi di mana berpusu-pusu rakyat Johor melintasi Link Kedua untuk ke Singapura.

Selesai pemeriksaan ringkas oleh Kastam Singapore dan kami diarah terus memandu ke kaunter drive thru untuk pemeriksaan imigresen. Anak-anak yang tidur saya kejutkan, dan tingkap saya buka untuk officer kenal pasti passport dan pemiliknya. Nama pemegang passport di sebut dan anak-anak pun jerit “SAYA” seorang demi seorang. Passport di semak dan di cop tanpa masalah. Kemudian officer tanya “mana kad putih?” . Saya pun selamba je tanya balik “ kad puith? Kad apa encik?

Dan officer tu pesan….sambil tunjuk "kad putih"

“Lain kali nak masuk Singapore, senang kalau bawa dan isi siap-siap kad ni. Encik park kereta di hadapan dan masuk ke pejabat imigresen untuk isi kad putih”. 

Pulak..... satu hal la pulak kena turun kereta
Terpaksa la saya park kereta di hadapan dan keluar untuk ke pejabat imigresen. Tengah berjalan ke pejabat migresen, tiba-tiba Officer tu tadi jerit…. "Bukan encik seorang, semua sekali kena turun dan pergi ke pejabat termasuk anak-anak.

Adoiii... mesti makan masa la ni.

Berbondong-bondonglah kami semua keluar dan ke pejabat imigresen untuk mengisi kad putih tu…. Habis masa lebih 30 minit kat sini. Ini pun bukan masa orang ramai. Kalau peak hour, mahu sejam lebih di sini.

Selesai urusan ”kad putih”. Officer di dalam pejabat siap hulurkan satu bundle kepada saya dengan ingatan " next time, you fill up it first ....easier for you"

Jadi ingat!!!  Yang pertama kali ke Singapore tu, cuba cari kad putih sebelum masuk ke Singapura. Saya punya stok ada satu bundle lagi...he he he.




Kad Putih... Jangan lupa bawa



Yang tengah tidur... semua kena bangun seamsa di checkpoint Tuas


ii. Beli kad 'Autopass'

Kad autopass

Untuk kenderaan-kenderaan asing yang memasuki Singapore, kerajaan Singapore mewajibkan setiap kenderaan memiliki kad Auto Pass. Kad ini perlu di “match”kan dengan satu kenderaan sahaja, tidak boleh dipindah milik atau di gunakan untuk kenderaan lain. Maknanya satu kad untuk satu kenderaan. Kira I/C bagi kereta la... 

Kad ni macam kad Touch n Go tapi di Malaysia, kad Touch n Go boleh berpindah tangan...bertukar kereta.

Sebelum meninggalkan check point Tuas, jangan lupa singgah di kaunter Autopass di sebelah kiri. Betul-betul sebelum keluar, jangan terlepas kaunter ni! Signboard ada tertulis jelas, cuma kena perhati sahaja jangan buat-buat lupa.

Kaunter ni tak ramai orang sewaktu saya tiba, hanya ada dua kereta sahaja yang berurusan, jadi tak banyak masa yang terbuang di sini.

Untuk membeli kad ini kita perlu isi borang yang disediakan (saya isi di situ sahaja, ringkas sahaja), dan perlu pastikan
  • Road tax yang masih hidup (tak perlu cabut dari cermin kenderaan )
  • Salinan cover note insuran kenderaan di bawa bersama (pegawai akan minta)

Kad ini bernilai SGD 10 dengan nilai tersedia SGD 4 di dalamnya. Kad kita boleh top-up di mana-mana 7 Eleven di Singapore nanti.

Autopass ni sangat penting kerana kita akan guna untuk :
  • Bayar Vehicle Entry Permit (VEP) fees
  • Bayar Tol charges
  • Bayar Electronic Road Pricing (ERP) – macam tol juga
  • Bayar car park – kebanyakan pembayaran car park di Singapore menggunakan kad ini
Dan pastikan sebelum meninggalkan Singapore nanti, top up siap-siap kad ini untuk membayar caj-caj di atas. Sebelum memandu pulang ke Malaysia, anggarkan caj-caj yang telah dikenakan iaitu caj parking, VEP fee, caj tol dan caj ERP.

Untuk melalui ERP sebenarnya kita perlukan alat IU ( In-Vihicle Unit) yang berfungsi macam smart tag,  tapi memandangkan saya tak lama di Singapura, mereka hanya caj SGD 5 sehari untuk penggunaan jalan yang mempunyai ERP. Gunalah highway yang mempunyai ERP banyak kali pun, memang telah di caj siap-siap.




iii. Bayaran Vehicle Entry Permit (VEP) fees dan Tol

VEP
VEP kenderaan persendirian yang memasuki Singapore akan di caj sebanyak SGD 35 untuk sehari, kira-kira caj sehari jika kita berada di sana lebih kurang RM 100. Kalau 3 hari, dah SGD 105 la kena bayar. Dalam RM kena kira sendiri.

Tetapi jangan risau, kita dapat pengecualian 10 hari setahun untuk setiap kenderaan (setiap kad Autopass). Jadi kalau masuk kurang 10 hari, tak perlu bayar caj VEP ni. Selamat duit kami RM 300 lebih..... sebab tak perlu bayar caj VEP. 

Untuk maklumat detail, boleh semak di laman web rasmi 




Tol
Di Checkpoint Tuas ni, kita akan di caj SGD 3.20 untuk tol masuk dan keluar. Jadi masuk Singapore kena caj SGD 3.20, dan masa nak balik nanti kena caj lagi SGD 3.20. Semua ni akan di caj di kad Autopass kita.

Kalau melalui Checkpoint Woodland, caj masuk Singapore adalah SGD 2.70, manakala untuk keluar pula adalah SGD 3.80.



iv. Reciprocal  Road Charge (RCC) - Edited 07.08.2017

Ini info tambahan.
Sebagai "counter" tindakan Malaysia kenakan caj masuk untuk kenderaan dari luar negara melalui boarder Singapore/Thailand, Singapura juga telah memperkenalkan caj baru untuk kenderaan yang masuk ke negaranya.


Mulai 15. Februari 2017, setiap kenderaan yang masuk ke Singapura sama ada melalui Woodland atau Tuas akan dikenakan caj Reciprocal Road Caj (RCC) sebanyak SGD 6.40 setiap kali masuk.


v. Caj Electronic Road Pricing (ERP)

ERP ni lebih kurang kadar tol yang perlu dibayar apabila melalui jalan-jalan/ lebuhraya tertentu di Singapore.


Kadar tol (ERP) ni berbeza di setiap tempat dan waktu. Waktu puncak (pagi – waktu masuk kerja) dan petang (waktu balik kerja) caj lebih mahal.


Walau bagaimana pun, untuk kenderaan asing, kita akan di caj flat rate sebanyak SGD 5 sehari. Tidak kira berapa kali kita melalui kawasan “tol” ni. Jangan hairan pula, di sini kita tidak perlu berhenti di tol mereka, semua akan di kesan melalui IU dan kita tak perlu berhenti pun… lalu sahaja.

Bila la Malaysia nak guna sistem ni. Negara lain dah bertahun guna sistem ni.




Kita boleh semak anggaran berapa bayaran yang akan dikenakan untuk masuk ke Singapura di laman web ini. Boleh la cuba
https://www.onemotoring.com.sg/content/onemotoring/en/lta_e_services/online_enquiries/vep.html










Lain laluan, lain waktu  berbeza caj. Waktu sibuk lagi mahal




Memandu di Singapura guna Waze tanpa Internet

Untuk ke Singapore 2 hari sahaja ni, saya tak aktifkan roaming. Dan sebelum bertolak, saya dah double cek dengan celcom takut-takut raoming masih belum saya off kan. Kalau terlupa nak off kan, confirm “masak” nak bayar bil internet. Boleh kena ribu-ribu kalau terlupa off roaming.  Pihak telco pun biasanya lambat akan stop line kita,  bil dah tercaj beribu-ribu baru inform. 

Jangan buat-buat terkejut atau mengamuk tak tentu pasal kalau pergi oversea, roaming data aktif dan tiba-tiba kena caj beribu-ribu. Ada negara yang caj roaming data terlalu mahal dan syarikat telco di Malaysia hanya akan block talian kita bila caj penggunaan dah mencecah beribu-ribu. Saya pernah call customer service dan panjang lebar dia cerita pasal masalah roaming ni.

Saya memandu menggunakan waze yang telah di set-up kan awal-awal direction semasa di Hentian RnR Gelang Patah tadi. Kita boleh gunaklan WAZE sebagai panduan memandu tanpa perlukan data internet, dengan syarat kita on kan GPS. Direction nak tuju ke mana destinasi telah kita setkan awal-awal. Jangan quit dari WAZE dan hanya offkan internet data sahaja.... dan ikut direction yang diberikan.

Dengan cara ini kita tidak akan dikenakan caj data internet roaming tetapi semasa pemanduan itu kita tidak akan dapat info trafik terkini seperti kesesakan atau sebagainya.


Seperti orang Singapore apabila memandu di Malaysia, mereka tidak memandu mengikut cara pemanduan mereka di Singapore, tetapi mereka memandu mengikut cara pemanduan orang Malaysia. Mereka akan memandu laju di lebuhraya kita, siap boleh potong ikut emergency lane lagi. Phuiii

Jadi, saya juga sama. Saya memandu tidak mengikut cara memandu di Malaysia, saya memandu mengikut cara orang sana memandu. Saya memandu di lorong tengah yang majority di sana semua memandu di dalam speed limit yang di benarkan. Dengarnya, saman speed limit di sini boleh buat kita tepuk dahi bila nak membayarnya di check point nanti dan selagi tak jelaskan saman kita tak dapat keluar dari Singapura nanti.


Pemanduan saya agak lancar petang itu dan kurang 30 minit saya tiba di Marina Bay Sand. Kira bila dah nampak Marina Bay Sands ni, kira jalan yang dilalui ni kira betul la....




Anak-anak dah excited bila nampak MBS 
Bersambung ke entry seterusnya.....







~mat-drat~











Tiket Bas Kuala Lumpur ke Singapura KLIK DI SINI



20 comments:

  1. Hi, nak tanya macam mana nak dapat kad putih tuh ya? Tq....

    ReplyDelete
  2. Setahu saya, kad tu disediakan di semua check-point nak masuk.
    Kalau masuk gunakan travel agent, boleh minta dgn mereka.
    Tapi kalau drive sendiri, selain ambik kat check-point, kena tanya kwn2 yg selalu ke S'pore.... kot2 mereka ada simpan kad extra.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo di JB boleh amik kt mana?

      Delete
    2. Selain ambil masa di check point, boleh try tanya mana mana travel agency di JB atau hotel2 tertentu. Kalau ada kawan di travel agency/hotel boleh try tanya mereka.

      Delete
  3. Salam, Kalau kenderaan bukan milik sendiri kadar VEP charge tu same jgk ke? mkne nye tkyh byr sbb saya masuk kurang dari 10 hari?

    ReplyDelete
  4. Wasallam,

    VEP sama je, cuma untuk bawa masuk kenderaan bukan milik sendiri kena semak detail. Saya tak pasti ada spcial procedure atau tak.
    Pengecualian 10 hari memang masih diberikan.

    Cuma skrg ada tambahan caj baru -RCC. Saya baru tambah info di atas.

    ReplyDelete
  5. SAYA NAK TANYE, SAYA SUDAH ADA AUTOPASS KAD(KERETA MILIK KAKAK), SO SY NK MASUK SNGAPORE DRIVE KERETA KAKAK SAYA. AS LONG AS SY BWK AUTOPASS UTK KENDERAAN ITU, SY BOLEH DRIVE KAN MASUK SPORE?
    AND SATU LG, UNTUK (ERP) TU, KITE JUST DRIVE TRU JE KE? EVEN KITE TAKDE ALAT MCM SMART TAG TU? KAD AUTOPASS TU NK KENE DISPLAY KE?

    ReplyDelete
    Replies
    1. AUTOPASS. Autopass tu boleh guna utk kereta tu cuma saya tak pasti procedure bawa masuk kenderaan milik orang lain (jika ada). Cuma jgn lupa cek expire kad autopass tu.

      https://www.lta.gov.sg/content/ltaweb/en/roads-and-motoring/driving-in-and-out-of-singapore/west-malaysian-registered-vehicles-and-cars-and-motorcycles.html

      ERP
      ERP tu bila kita tak ada IU (mcm smart tag), akan di caj rate fixed perday SGD5.

      Delete
  6. Salam tuan..dengar cerita kene bawa original geran kereta..betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam... Saya tak pasti bab geran tu. Masa saya ke Singapore hari tu, hasil baca di blog2 kata kena bawa. Jadi saya bawa jugak la untuk persediaan (kalau diminta).

      Tapi semasa di Tuas Check Point, di kaunter untuk beli Autopass , staff tu tak minta pun geran kereta.

      Delete
  7. salam . kalau kita xda IU, macam mana nak tau kita dah dicaj fixed perday SGD5 tu yaa ? ke nanti kat check point akan tolak siap2 SGD5 tu ? tq in advance.

    ReplyDelete
  8. Kita akan di caj semasa nak tinggalkan Singapore.

    Masa saya hari tu, saya tanya perlu ke saya sewa IU. Officer kata tak perlu, tapi saya akan di caj SGD 5 perday. Pastikan sebelum keluar dari Singapore kad autopass cukup baki.
    Macam saya , saya top-up awal2 untuk cukup bayar caj tol, caj ERP, caj parking.

    ReplyDelete
  9. Macam mana dengan harga tiket parking di sana? mahal x nak parking di tempat2 menarik? paling lambat boleh keluar dari singapore ke malaysia jam berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga parking agak mahal rasanya. Lot parking awam kena pakai kupon. Kena beli satu buku (10 keping), tak silap S$12 (RM37) satu buku. Kadar parking S$1.20 (RM3.70) utk 1/2 jam.

      Masa saya park kat Shopping Mall Depan Marina Bay Sand, rate S$8 sejam pertama, S$1 setiap jam.
      Kat Merlion, saya park di Furlleon Hotel. S$1 setiap 10 minit, mahal sikit sebab office hour. Kalau weekend murah je dlm S$5-6 per entry rasanya.

      Masa kat USS, seingat saya dlm S$27 perday. Tapi saya beli tiket package dpt free parking.

      Nak keluar dari Singapore ke Malaysia, tak ada masalah bila-bila, tapi elakkan waktu lepas opis hour, nanti jem kat Tuas/Tambak Johor.

      Delete
  10. Nak tanya, kalau kita dah top-up dan ada baki selepas kita dah habis jalan kt Spore, boleh dapat balik ke baki dlm kad tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dapat....
      ni saya petik dari website mereka.

      HOW DO I APPLY FOR A REFUND OF MY AUTOPASS CARD?
      You can apply for a refund of your Autopass Card at the following venues:

      Vehicle Entry Permit (VEP)/Toll office at Woodlands or Tuas Checkpoint
      LTA office at 10 Sin Ming Drive
      Mail the required documents to LTA at 10 Sin Ming Drive, Singapore 575701
      You will need to submit the following:

      the original Autopass Card
      a photocopy of your passport/ NRIC of the refund applicant
      a refund application form (available at Woodlands or Tuas Checkpoint/ LTA counters)

      Delete
    2. saya tak minta refund, sebab saya top up pun ngam2 untuk byr tol, car park, erp.... ada baki sikit je yg tinggal. Simpan utk next trip ke Singapore

      Delete
  11. Salam.
    Nak tanya, kalau ada baki dlm kad setelah kita dah habis jln2 di Spore, boleh dpt refund balik ke bila kita exit nanti?

    ReplyDelete
  12. Sy tolong jwb ye on Mat Drat's behalf. Tak perlu geran kereta. Tak macam Thailand. Utk masuk S'pore, cukup dgn roadtax, lesen memandu (tak diminta pun kat imigresen, tapi kalau ditahan polis atas kesalahan trafik, kena stand by juga) & dan passport yg lebih 6 bulan tamat tempoh.

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.