Saturday 14 May 2016

Trip Singapore - Aktiviti di Marina Bay Sands





Sampai di Marina Bay, saya kena pusing juga 2 3 kali untuk cari tempat parking public. Asyik jumpa valet parking je.

Kebetulan malam tadi berlangsung Night Singapore F1,
jadi banyak betul sport car di sekitar Marina Bay Sands ni

Parking di Marina Bay Sands

Kami sampai di Marina Bay Sands agak lewat, lebih kurang jam 3 petang. Untuk pemandu yang tak menggunakan valet parking, boleh terus masuk parking di Paiza Carpark di hujung Tower 3. Di sini parking di caj agak mahal dan pembayaran menggunakan kad autopass. Kebanyakan bangunan di Singapore memerlukan pengguna membayar menggunakan kad autopass.

DI Piazza Carpark ini, guest hotel boleh dapatkan flat rate kaunter MBS Hotel di Tower 1. Cuma perlu bayar SGD 8 untuk setiap kali mahu keluar berbanding perlu bayar ikut jam yang boleh mencecah sehingga SGD 24 sehari. 

Kadar parking Marina Bay Sands / Car Park Rates:


Siang
  • 7am - 7pm Monday - Friday: S$7 for first hour and S$1 for every subsequent half hour
  • 7am - 7pm Saturday & Sunday, eve of public holiday & public holiday: S$8 for first hour and S$1 for every subsequent half hour

Malam
  • 7pm - 7am Monday - Thursday: S$7 flat rate
  • 7pm - 7am Friday - Sunday, eve of public holiday & public holiday: S$8 flat rate


Max charge: S$26 per 24 hours
For in-house hotel guests: S$8 per 24 hours

Check in di Marina Bay Sands (MBS)

Walau pun hari ini adalah hari Isnin, dimaklumkan bilik hampir penuh. Kaunter check-in di MBS berbeza di setiap Tower, jadi pastikan Tower mana kita akan menginap.

Jika kita datang bersama anak-anak, maklumkan sekali bilangan anak sewaktu check-in kerana setiap anak juga akan di berikan satu kad access. Kad access ini tidak boleh di gunakan untuk access lif dan bilik, tetapi akan berguna untuk masuk ke infinity pool dan juga ke skypark.


Tunggu turn nak check-in... Depan Korean, belakang Japanese

Add caption


"Terbaik la ayah hotel ni "
Pemandangan depan bilik kami , mengadap Merlion

Pandanagn ke kanan sedikit

Pandangan ke kiri
Selesai urusan check in jam dah menunjukkan jam 4 lebih. Kami pun tiada apa-apa aktiviti yang dirancang untuk petang ni. Hendak keluarkan pun rasa tak berbaloi menempuh kesesakan serta membayar caj parking dan juga membayar tol. Jadi kami hanya berehat dan 'ronda-ronda' cuci mata sementara menunggu waktu malam.

Memang besar hotel ni

Besar-besar macam ni pun sentiasa penuh


Bagi yang bersarapan di Marina Bay Sands, kena awal sebab apa yang saya perhati... memang ramai tetamu hotel.

'Q' nak bersarapan. Cafe ni menjadipilihan sebab open space kot

Beratur tu nak saraapan... dah 10 pagi


AKTIVITI DAY 1 DI MARINA BAY SANDS

Kalau menginap di Marina Bay Sands, bagi saya jangan lepaskan 5 aktiviti di sini.


Wonder Full - Marina Bay Sands Light and Water Show

Bagi saya ia satu pertunjukan cahaya yang mempersonakan selama lebih kurang 15 minit. Cahaya laser berwarna warni akan dipancarkan dari bumbung roof top Marina Bay Sands dan juga dari waterfront itu sendiri dengan iringan muzik yang menghiburkan. “Mainan” cahaya serta biasan cahaya di air di hadapan shopping centre mempersonkan.

Untuk pertunjukan pertama 8.00 malam, kami hanya menonton dari bilik sahaja,jadi dapat melihat view dari atas. Bunyi dan muzik kedengaran sehingga ke bilik kami. Dan untuk pertunjukan kedua jam 9.30 malam, baru kami menonton dari depan waterfront. Untuk dapatkan tempat / view yang cantik, boleh la tunggu awal 10 minit terutama di malam minggu.


Waktu pertunjukan adalah seperti berikut :
  • Sunday – Thursday : 8:00pm, 9:30pm
  • Friday & Saturday : 8:00pm, 9:30pm, 11:00pm

Pertunjukan Wonder Full – Light & Water Show juga mendapat anugerah Gold Award oleh Pacific Asia Travel Association (PATA).

Antara gambar pertunjukan








Observation Park – Sands Skypark


Bagi guest hotel, jangan sekali-kali lepaskan peluang menaiki ke observation park ini. Observation Park ni terletak di Tower 3.

Untuk guest hotel, tidak perlu buat sebarang bayaran untuk naik dan naik lah seberapa kali yang kita hendak naik dan duduk la situ seberapa lama yang kita nak duduk. Ada access direct dari lif hotel dan tidak perlu melalui entrance public.

Pemandangan dari level 57 cukup mempersonakan dengan kita boleh melihat 360 darjah.

Untuk public (bukan guest hotel), kadar bayaran adalah seperti berikut :

  • S$23 for adults
  • S$17 for children (aged between 2 - 12 years)
  • S$20 for senior citizens (aged 65 years and above)
  • Children under 2 years may enter for free


Dan tiket boleh dibeli di

  • SkyPark Ticketing Counter, Tower 3 B1
  • ArtScience Museum Lobby
  • Concierge Desk, Hotel Lobby Tower 1
  • Retail Concierge, The Shoppes L1
  • Theatres, The Shoppes B1

Untuk tiket masuk hari yang sama, hanya boleh dibeli dikaunter Skypark itu sendiri.

Antara gambar dari Observation Park kami













Infinity Pool – Sands Skypark

Infinity pool ini merupakan kolam renang infiniti terbesar di dunia. Bayangkan sepanjang tiga Tower MBS ni, di roof top terdapat swimming pool. Memang besar tetapi 2 hari saya di sana, boleh kata sepanjang masa hampir penuh sahaja.

Jangan lupa bawa kamera jika naik ke atas ni, pemandangan cukup ohsem! Terutama wakru malam.

Cuma satu masalah di atas ni, sewaktu saya di sini kebanyakannya pengunjung dari korea dan jepun cukup ramai dan pencemaran mata tak boleh elak. Semua pakai 2 pieces sahaja!

Sambil berehat diiringi lagu boleh order minuman sekali, Cuma haga kena bayar harga “roof top” la.

Di sini juga terdapat ruang mandi untuk anak-anak, juga pool infinity. Sewaktu saya bawa anak saya ke sini,cuma ada 4 orang sahaja kanak-kanak yang mandi termasuk anak-anak saya. Saya bawa waktu pagi kerana waktu malam agak crowded di samping nak kurangkan pencemaran mata kepada nak-anak saya.

2 malam saya mandi disini, dan dua-dua malamp pool agak penuh. Kami naik jam sudah hampir 10 malam dan pengunjung tetap penuh sehingga waktu tamat.

Infinity pool inil dibuka dari 6am – 11pm dan ia hanya dibuka untuk guest hotel sahaja..


Antara gambar  kami di Infiniti Pool...









Garden By The Bay
Alang-alang sampai ke Marina Bay Sands, jangan lupa ambil peluang ke Garden By The Bay


Cukup menarik dan menawan dengan keunikannya tersendiri.Dari Marina Bay Sands, disediakan jalan terus dari Tower 2 ke sini.

Kadar tiket adalah
  • Standard Flower Dome + Cloud Forest (Adult) SGD 28
  • Standard Flower Dome + Cloud Forest (Adult) SGD 15

Dan waktu beroperasi adalah dari 9.00 pagi – 9.00 malam.

Untuk melawat sekitar Garden By The Bay ini (Outdoor) sahaja tanpa masuk ke dome, tidak dikenakan sebarang bayaran.

Kami tidak berpeluang untuk memasuki ked Dome Garden By The Bay ini kerana hari malam pertama kami menonton Light and Water Show. Manakala malam kedua pula, sampai ke hotel dari Universal Studio Singapore (USS) sudah agak lewat dan anak-anak sudah keletihan. Walau bagai mana pun, kami gagahkan juga untuk ke situ, Cuma tidak masuk ke dalam ”dome”

Antara gambar dari  kami di sekitar Garden By The Bay...

Eye of Singapore

Biruuuuu

Hijau pula...

Kuning....



Cuci mata di The Shoppers

Sambil-sambil jalan ke Light and Water Show, boleh la jalan-jalan cuci mata di The Shoppers. Butik-butik berjenama banyak di sini lebih kurang macam di Pavillion. Di sini juga disediakan aktiviti “Sampan Ride” ala-ala naik sampan kat First World Hotel atau di Mines Sri Kembangan




Chanel 7






Maklumat berkaitan Sampan Ride :

LOCATION:
B2, Canal Level
The Shoppes at Marina Bay Sands

TICKET PRICE:
$10 per person (kids and adults)

TICKET COUNTER:
B2, Retail Concierge
The Shoppes at Marina Bay Sands

ADMISSION GUIDELINES:
Children 2 - 8 years must be accompanied by an adult.
Children under 2 years and infants in arms are not permitted.

OPERATING HOURS:
Daily 11:30am - 8:30pm
Last ride at 8:15pm


~mat-drat~






Tiket Bas Kuala Lumpur ke Singapura KLIK DI SINI

Bas Kuala Lumpur - Singapore


 Tiket KTM Train KLIK DI SINI

Tiket KTM Train
Tiket KTM




Booking.com

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.