Monday 16 May 2016

Memandu ke USS, Universal Studio Singapore - Trip Singapura

USS


Entry ringkas ini saya sekadar  kongsikan pengalaman memandu ke USS. Untuk panduan memandu ke Singapura, boleh baca di entry sebelum ini di

"Baca http://mat-drat.blogspot.my/2016/05/trip-singapore-memandu-ke-singapura.html

Hari kedua di sini, memang kami rancang akan seharian suntuk di sini. Dari hotel, saya dah setkan destinasi di WAZE akan ke USS. Perjalanan cuma ambik masa kurang 15 minit dengan jarak cuma lebih kurang 8 km sahaja.

Kami bergerak dari hotel sekitar jam 9, nasib baik tidak menempuh sebarang kesesakan.

Untuk ke sana, kita boleh ikut panduan yang diberikan… pilih sahaja sama ada secara menaiki train, bas atau memandu sendiri.


Jika inginkan panduan untuk ke sana, boleh
"Baca di http://www.rwsentosa.com/Homepage/HowToGetHere

Panduan yang diberikan untuk mereka yang memandu sendiri : ( saya copy paste dari website mereka) yang di atas tadi)

1. On Sentosa Gateway, keep to left lane and drive down the slope leading to Resorts World Sentosa Car Park.
2. Filter right and drive into tunnel for "Cars/Taxis".
3. Follow overhead signage to "B1 East" and park vehicle.
4. Locate nearest Car Park Map Directory and follow directions to Universal Studios Singapore on level 1

INGAT!! 
Follow instructions above for entry via Resorts World Sentosa car park, for which only car park charges apply. For entry through Sentosa gantry, Sentosa Island admission and car park charges will apply.

Kalau yang memandu tu jangan terlajak ke enterance Sentosa pula. Selepas melalui jambatan / Sentosa Gateway tu…. Kekal di lorong kiri dan ikut anak panah ke Resort World Sentosa. Jangan terlajak ke Sentosa Island pula. Kalau terlajak, nanti kena caj masuk ke Pulau Sentosa dan juga perlu bayar caj parking.


Sentosa Gateway. Apabila melalui Sentosa Gateway ini, ikut di lorong paling kiri.

Lorong paling kiri akan bawa kita ke USS.
Lorong tengah dan kanan akan ke Sentosa Island

Kalau sampai kat entrance ni, kira betul la tu



Kadar parking di USS pula adalah seperti berikut

Carpark Charges
Monday - Thursday (excludes Public Holidays):
7am to 7pm: $7 for 1st hour, $1 subsequent half hour or part thereof
After 7pm: $6 per entry
Maximum: $28 per 24 hours

Friday/Saturday/Sunday/Public Holiday:
7am to 7pm: $8 for 1st hour, $2 subsequent half hour or part thereof
After 7pm: $8 per entry
Maximum: $28 per 24 hours


~mat-drat~



Tiket Bas Kuala Lumpur ke Singapura KLIK DI SINI

Bas Kuala Lumpur - Singapore


 Tiket KTM Train KLIK DI SINI

Tiket KTM Train
Tiket KTM







Booking.com

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.