Monday 16 May 2016

Makanan Halal di USS - Universal Studio Singapore

Semasa kami ke USS ini, bab makanan halal dan urusan untuk bersolat tidak menjadi masalah.

MAKANAN HALAL





Kalau datang ke sini, jangan risau untuk mencari restoran makanan halal. Semasa kunjungan kami tempoh hari, kami dapati ada 4 restoran yang menjual makanan halal di dalam USS ini. Di luar USS, juga terdapat beberapa restoran halal.


5 RESTORAN HALAL DI DALAM USS – UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE :

Lokasi restoran-restoran ini boleh dikenal pasti dengan melihat peta USS yang disediakan.

ZON ANCIENT EGYPT
1. OASIS SPICE CAFÉ



  • Menu seperti masakan Timur Tengah
  • Nasi juga terdapat di sini seperti nasi Briyani

Image result for OASIS SPICE CAFÉ




ZON FAR FAR AWAY
2. FRIAR’S
  • Pelbagai sandwich, potato chip dan aiskrim



3. GOLDILOCKS
  • Set menu utama adalah fried chicken, fish & chip, sandwich, coleslaw dan lain-lain.




ZON MADAGASCAR
4. MARTY'S CASA DEL WILD FOOLD COURT
  • Pelbagai masakan dari Asia Tenggara, seperti sate, tom yam, atau ayam bakar.

Masa kami ke USS, tempat ni di tutup sementara.



ZON HOLLYWOOD
5. MEL’S DRIVE IN
  • Pelbagai burger, sandwich fish and chicken.
  • Kat luar restoran ni ada beberapa kereta agak antik...menarik untuk bergambar



Di luar pintu masuk USS, terdapat beberapa restoran halal. Jelajahi je satu kedai ke satu kedai, jangan risau akan jumpa punya. Tapi macam kami, sewaktu sampai ke USS restoran belum di buka lagi dan perut masih kenyang bersarapan di hotel.

Apabila balik, semua dah keletihan. Jadi ambil kereta dan terus balik ke hotel. Malam baru cari makanan di sekitar hotel.

HARGA MAKANAN DI USS – UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE


Harga makanan di sini lebih kurang macam harga makanan di thema-park di Malaysia kalau di bandingkan 1:1. Macam kami makan di Mel’s Drive In , set burger dalam harga $12-$15. Lebih kurang harga set McD di genting Highland jugak la…. Tapi bila kita convert ke RM tu yang tak tahan tu….


TEMPAT SOLAT / SHALAT DI USS – UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE ( PRAYER ROOM )


Tempat solat disediakan surau kecil di sini. Terletak di Zone Sci-Fi City di sebelah Battlestar Galactica. Memang agak kecil, jauh kecil dari surau di Movie World Gold Coast yang saya pernah sampai. Tak patut rasanya sebab di sini walau pun muslim adalah minority tetapiu pengunjung dari Muslim Malaysia ramai.


Inline images 1
Surau terletak di anatar Sci-Fi City dengan Ancient Egypt



Booking.com

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.